Saturday, January 8, 2011

Kabus di Perbukitan

SINOPSIS

BAB 1-Pucuk-pucuk Kayu di Hadapan Matanya

Pada pagi itu Rahayu dan Azrul telah berjanji untuk pergi ke perpustakaan. Azrul telah tiba lebih awal daripada Ayu. Sememangnya Azrul merupakan seorang pelajar yang menepati masa. Ayu dan Azrul merupakan penuntut jurusan Pembangunan Manusia di Fakulti Ekologi Manusia di UPM. Mereka merupakan penuntut yang rajin dan sering menghantar tugasan diberi tepat pada masanya. Azrul aktif dan cenderung kepada NGO yang memperjuangkan alam sekitar dan pengguna. Dia juga telah menaja penubuhan Persatuan Pencinta Alam dan Hutan. Banyak ekspedisi telah dianjurkan oleh persatuan itu. Ayu juga memberikan kerjasama untuk menjayakan kempen 'Save Our River iaitu kempen menyelamatkan sungai. Ayu merupakan seorang ulat buku. Sewaktu di perpustakaan Ayu telah pengsan. Dia dikejarkan ke Pusat Kesihatan.

Faridah dan Mastura telah mengikut aktiviti perkhemahan tahunan Pusat Pemilihan dalam Komuniti (PDK) Suria. Faridah bertugas di PDK Suria hampir 3 tahun sebagai sukarelawan yang dibayar gaji oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pagi itu Mastura dan kanak-kanak istimewa melaksanakan aktiviti riadah, manakala Faridah bergerak menaiki van menuju ke Raub. Dia cuba menenangkan fikiran yang runsing apabila Azman telah memutuskan pertunangan. Dia bimbang ibunya akan kecewa. Sewaktu Faridah sedang memandu dia telah dikejutkan oleh kehadiran Iqbal di dalam van tersebut. Tiba-tiba van yang dipandu tidak dapat dikawal lalu melanggar tembok penghadang. Dia telah pengsan.

LATIHAN (PENGUKUHAN PEMAHAMAN TEKS)
1. Siapakah Rahayu?
2. Siapakah Azrul?
3.Nyatakan pesanan Mastura kepada Faridah sewaktu Faridah hendak pergi ke Raub.
4. Di manakah mereka berada dan apakah tujuan mereka ke sana?
5. Di manakah Faridah bertugas?
6. Kenapa Faridah berasa runsing?

JAWAPAN
1. Rahayu anak kepada Mejar(B)Kamarudin Ahmad bekas pegawai tentera daripada 4 RAMD.
Mempunyai empat orang adik-beradik iaitu Syuqri (menuntut di Maktab Tentera Sg Besi), adik kembarnya Abdul Rafiq dan Abdul Rashid menuntut di tingkatan 3 di SM Victoria.
Rajin memasak dan membantu emaknya di dapur. Rajin membaca. Menghidap penyakit asma. Melanjutkan pelajaran dalam bidang Pembangunan Manusia.

2. Azrul merupakan kawan baik Ayu sejak tahun 1 lagi di UPM.
seorang yang prihatin buktinya dia sangat prihatin terhadap alam sekitar. seorang yang menepati masa. contohnya dia datang lebih awal ke perpustakaan untuk bertemu dengan Ayu. Pemimpin pelajar yang aktif buktinya dia cenderung untuk terlibat dengan aktiviti-aktiviti anjuran NGO.

3. Pesanan Mastura kepada Faridah ialah mengingatkannya untuk mengisi minyak dan membeli sedikit kudapan.

4. Mereka berada di Kawasan Peranginan Bukit Fraser untuk mengikuti perkhemahan Tahunan Pusat Pemulihan .

5. Faridah bertugas di PDK Suria.

6. Faridah berasa runsing kerana Azman telah memutuskan pertunangan dengannya.

BAB 3 - Bersarang di Dalam Dada

Berita kehilangan Faridah disampaikan kepada bapanya Mejar(B) Kamarudin yang sudah berkahwin dengan Hamidah. Dia tidak memberitahu isterinya tentang Faridah yang merupakan kembar seiras Rahayu. Beza antara kedua-dua orang adik-beradik itu ialah Faridah mempunyai lesung pipit manakala Rahayu tidak memilikinya. Hamidah tidak menghalang suaminya untuk pergi ke tempat kejadian. Sepeninggalan Kamarudin, Hamidah mendapat berita tentang Rahayu yang dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan. Pihak hospital mahu berjumpa dengan ibu bapa Rahayu untuk membincangkan masalah kesihatan Rahayu. Azrul menunggu Hamidah ketika wanita itu sampai. Setelah bertemu dengan Rahayu yang terbaring di katil, Hamidah diminta untuk bertemu dengan Dr. Susan yang merawat Rahayu. Melalui pemeriksaan Dr Dr. Susan, terdapat tompok-tompok dikesan melalui x-ray dalam dada Rahayu . Tompok-tompok putih itu mula menjalar ke pangkal leher dan menyebabkan leher Rahayu membengkak. Pihak hospital meminta kebenaran agar ujian biopsi ke atas Rahayu dapat dijalankan terhadap Rahayu. Setelah menjalani ujian tersebut Rahayu dibenarkan pulang. Azrul membantu Rahayu ketika Rahayu di rumah. Nota-nota kuliah dan tugasan disampaikan kepada Rahayu.

BAB 4 Air Mata dan Rambut yang Berguguran

Rahayu dirawat di hospital . Dia berasa sangat sedih dengan keadaannya. Azrul tetap datand menemani Rahayu di wad. Keadaan penyakit Rahayu semakin serius. Rambutnya gugur setelah menjalani rawatan kimoterapi. Hamidah juga tetap setia menjaga anak tirinya itu. Perasaan Rahayu bertambah tertekan apabila Suhaila yang menjadi rakannya di wad meninggal dunia. Sebelum meninggal dunia Suhaila memberikannya beberapa buah novel cinta untuk dibaca. Mejar (B) Kamarudin tidak dapat menahan kesedihan melihat keadaan anaknya yang menderita. Azlin iaitu jururawat yang menjaga Rahayu di wad menjadi teman rapatnya. Azlin melayan Rahayu dengan agar Rahayu tidak terlalu tertekan dengan penderitaannya. Dr Susan hanya memberikan masa tiga bulan untuk Rahayu terus hidup. Dalam pada itu, Rahayu tetap mengingati kakaknya Faridah yang masih hilang.

BAB 5- Bukit Kutu

Faridah yang hilang selepas kemalangan terasa dirinya berada di tempat yang asing. Dia seolah-olah berada di rumah zaman kolonial. Tempatnya agak eksklusig di sebuah kawasan peranginan tempat tinggi. Tuan rumah itu seorang lelaki kulit putih bernama Tuan Cecil Renking yang fasih berbahasa Melayu. Faridah mula berasa dia tidak berada di alam maya. Dia bertanya bahaimana dia berada di tempat itu. Dia diberitahu bahawa orang Penghulu Garang yang menjumpainya bersama-sama Iqbal lalu dibawa ke situ. Dia diberitahu bahawa tempat itu bernama Bukit Kutu. Ketika dia tidur dia bermimpi bertemu dengan adiknya Rahayu. Mereka berdua seolah-olah berkomunikasi antara satu dengan lain. Rahayu meminta Faridah pulang kerana Bukit Kutu seolah-olah satu dunia yang berbeza. Di hospital Rahayu kelihatan seperti meracau-racau. Dr Susan berkata perkara itu merupakan kesan morfin iaitu ubat yang digunakan untuk merawat Rahayu. Dr Susan juga diberitahu oleh Hamidah tentang Faridah. Dr. Susan mula menyedari bahawa ada hubungan bawah sedar antara Rahayu dan Faridah.

BAB 6- Hanya Pada Harapan

Azrul berasa sedih dengan penderitaan yang dialami oleh Rahayu. Ketika dia melawat Rahayu di rumahnya, gadis itu berkata dia hanya menanti kematian. Rahayu juga meminta agar Azrul meneruskan cita-citanya utnuk membuka perniagaan berasaskan eprtanian . Hamidah memahami perasaan Azrul. Dia memujuk Azrul dengan mengatakan orang yang berpenyakit memang berkelakuan seperti Rahayu. Azrul pulang dengan perasaan yang hambar. Satu sidang akhbar diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub untuk mengumumkan penamatan usaha mencari dan menyelamat Faridah dan Iqbal. Namun pihak polis berjanji untuk meneruskan siasatan kes dikategorikan sebagai orang hilang. Penamatan operasi itu menyebabkan Kamarudin berasa kecewa. Dia membuat keputusan untuk mencari anaknya sendiri memandangkan kembar Faridah sedang sakit dan berhajat untuk bertemu dengan kakaknya itu. Kamarudin berhasrat untuk meminta bantuan rakannya, Buyung untuk membantunya mencari Faridah.

BAB 7- Kabus di Perbukitan

Kamarudin memulakan usaha mencari anaknya Faridah di hutan. Dia ditemani oleh Buyung yang juga bekas tentera. Kamarudin berasa dirinya tidak secergas semasa masih berkhidmat dalam angkatan tentera sebelum dia bersara 15 tahun yang lalu. Buyung masih seperti dahulu iaitu dia sangat suka menghisap rokok gulung. Kamarudin mengajak Buyung mencari Faridah di Bukit Kutu. Katanya Rahayu sering meracau dan menyebut Bukit Kutu. Dia teringat akan Rahayu yang sedang sakit. Dia juga menghantarkan Rahayu untuk bertemu dengan ibu kandungnya Salmah di Sungai Besar. Dia mahu memenuhi semua kehendak Rahayu kerana da berasa bersalah terhadap semua epgolakan yang berlaku dalam keluarga mereka. Setelah lima jam mendaki, mereka sampai di puncak Bukit Kutu. Pemandangannya sangat indah. Kamarudin dan Buyung bermalam di bukit itu ketika malam tiba. Keadaan malam sangat gelap dan berkabus. Suasana sangat dingin. kamarudin bertanya pada Buyung tentang kemungkinan untuk memberitahu perkembangan keadaan Rahayu . Menurutnya Rahayu ada memberikan gambaran tentang tempat Faridah hilang. Berdasarkan panduan itu, Kamarudin meneruskan pencarian. mereka cuba mencari kawasan petempatan orang asli kerana gambaran yang diberikan oleh Rahayu ada kaitan dengan kawasan orang asli.


No comments:

Post a Comment