Thursday, February 25, 2010

Tatabahasa: Soalan 3 (e)

Bahagian 2

Simpulan Bahasa

1. Ada hati
maksud :kemahuan / berhajat akan sesuatu

2. Buah hati
maksud: kekasih / orang yang dicintai

3.Langkah kanan
maksud: bernasib baik/bertuah

4. Kecil hati
maksid: tersinggung/terguris

5. Ayam tambatan
maksud: orang yang menjadi harapan dalam pasukan(biasanya permainan)

6. Buah tangan
maksud:hadiah

7. Mandi peluh
maksud: bekerja dengan sepenuh tenaga

8. air muka
maksud: maruah

9. Bau-bau bacang
maksud: ikatan persaudaraan yang jauh

10. Ikat perut
Maksud: mengurangkan makan kerana tidak mampu/miskin

11. Anak emas
maksud: orang yang disayangi

12.Asam garam
maksud:pengalaman

13. Bulat kata
maksud:sepakat/muafakat

14. Tangan terbuka
maksud: bersedia memberi pertolongan dengan rela hati/ murah hati

15. pelanduk dua serupa
maksud: dua orang yang mempunyai iras wajah yang sama.

16. nyawa-nyawa ikan
maksud: hampir-hampir mati

17. Buat duit
maksud:bekerja keras untuk mendapatkan wang

18. Duit terpijak
maksud: rezeki /wangyang diperoleh tanpa disangka-sangka

19. Ringan tulang
maksud: orang yang rajin

20. Atas pagar
maksud: orang yang berkecuali/tidak menyebelahi mana-mana pihak

Tatabahasa: Soalan 3 (e)

Bahagian 1

Peribahasa/simpulan bahasa
Aplikasi Soalan dalam peperiksaan SPM

i. Menyatakan maksud peribahasa/simpulan bahasa
ii. Menyatakan peribahasa /simpulan bahasa berdasarkan maksud
iii. Menyatakan peribahasa/simpulan bahasa berdasarkan ayat
iv. Membina ayat berdasarkan peribahasa/simpulan bahasa
v. Menyatakan peribahasa/simpulan bahasa berdasarkan situasi dalam ayat / dialog
vi. Menyatakan peribahasa/simpulan bahasa yang sama maksud


MESYUARAT MAJLIS GURU CEMERLANG KALI PERTAMA SESI 2010




Pada 25 Februari 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Laksamana, Majlis Guru Cemerlang Daerah Kota Tinggi telah mengadakan pertemuan pertama dengan ahli-ahlinya. Mesyuarat yang bermula pada jam 8.00am telah dihadiri oleh seramai 32 orang guru cemerlang Daerah Kota Tinggi. Pelbagai agenda yang dibincangkan antaranya membentangkan minit mesyuarat yang lalu, kewangan, pembentangan pembinaan blog, pembinaan modul soalan dan hal-hal lain. Secara keseluruhan mesyuarat kali pertama ini dapat berjalan lancar dengan adanya kerjasama daripada semua guru cemerlang yang hadir. Moga kerjasama yang ditunjukkan pada hari ini akan dapat diteruskan bagi menjayakan program-program yang akan datang.

AKHIRNYA......






Akhirnya LEKIR JUARA LAGI setelah 3 tahun terlepas tangan untuk memegang gelaran Juara. Hari ini kemuncak kejohanan sukan sekolah telah menyaksikan Rumah Lekir dinobatkan sebagai Juara keseluruhan dalam temasya sukan dan juga Juara bagi acara sukantara.....Tahniah kepada semua guru pasukan Lekir dan semua pelajar yang terlibat dan tidak lupa kepada semua ahli rumah Lekir.....GO LEKIR GO......

Wednesday, February 24, 2010

KEJOHANAN TENPIN BOLING MSSM JOHOR 2010

Daerah Kota Tinggi telah menggalas tanggungjawab sebagai tuan rumah Kejohanan Tenpin Boling 2010. Kejohanan yang bermula pada 23 Februari 2010 telah berlangsung dengan jayanya. Sebanyak sepuluh buah daerah telah menyertai kejohanan ini dan setiap kategori telah disertai oleh 42 orang peserta. Antara kategori yang dipertandingkan ialah acara individu dan master bawah 12, 15 dan 18 tahun lelaki dan perempuan. Johan keseluruhan dimenangi oleh Johor Bahru. Namun begitu daerah Kota Tinggi dan Pengerang tetap memberi saingan yang tidak kurang hebatnya. Daerah Kota Tinggi telah menjadi Johan acara individu L15, ke-4 P15,L15 dan P18. Manakala bagi acara master Kota Tinggi memenangi tempat ke-3 P18, Naib Johan L15, tempat ke-4 P15 dan L15. Bagi daerah Pengerang pula tidak ketinggalan untuk berada di tangga 10 terbaik kategori P18 di mana salah seorang peserta daerah tersebut telah berjaya menduduki tempat ke-5 dalam acara individu. Tanpa kemudahan gelanggang boling peserta kedua-dua buah daerah ini tidah boleh dipandang sebelah mata. Segalanya telah terbukti........

ESOK SELAMAT BERJUANG !!!!!

Selamat berjuang untuk pendekar-pendekar TUAH....LEKIR.....JEBAT....KASTURI....berjuanglah hingga ketitisan peluh terakhir.....kalah menang adat pertandingan , yang penting SEMANGAT KESUKANAN.....