Saturday, January 29, 2011

ROTI




5 FAKTA YANG PERLU KITA TAHU

  • Elakkan membeli roti yang diperbuat daripada 'wheat flour' kerana sama istilah bagi white flour. Kandungan bijirin di dalamnya sudah sudah habis diproses. Pastikan kita memilih roti yang diperbuat dari tepung jenis 'wholewheat' atau wholemeal'.

  • Jika menggemari menggemari roti berbijirin, boleh memilih roti putih dengan tambahan serat. Setiap kepingnya mengandungi serat yang baik sebagai bahan pelawas.
  • Roti yang diperhebat rasanya dengan tambahan kekacang dan bijian masih kekal rendah lemak. Bagi mengekalkan manfaatnya elakkan menyapu marjerin, keju atau pelbagai jem di atasnya.
  • Roti 'whole grain bread' perlu mengandungi sekurang-kurangnya 3 gram serat bagi setiap keping.

  • Perhatikan kandungan minyak tambahan di dalam roti yang mampu menambahkan lemak tidak sihat dalam tubuh. Antara istilah yang sering digunakan 'hydrogenated vegetable oil', 'trans fats', 'partially hydrogenated oils' dan 'vegetable oil shortening'.
(sumber:majalah Rapi)

NASI LEMAK SETIAP HARI???



Ramai menganggap menikmati nasi lemak setiap pagi boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Mungkin benar jika kita menikmati nasi lemak bersama lauk pauk yang bergoreng dan berminyak seperti sambal sotong, rendang daging, ayam goreng dan sebagainya. Namun jika sekadar menikmati nasi lemak biasa ( 1 cawan nasi bersama sedikit sambal, timun, telur dan ikan bilis) tidak akan memudaratkan kesihatan dan tidak akan menambah pengambilan kalori yang berlebihan

TAHUKAH ANDA?????



MI SEGERA DAN KESANNYA
  • Bahan perencah mi segera tinggi kandungan MSG- kesan negatif kepada kesihatan terutamanya buah pinggang.
  • Kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan ( dalam bentuk mangkuk dan cawan) mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser. Bahan kimia ini akan melarut di dalam air panas dan akan menjadi berbahaya jika menikmati hidangan terus dari mangkuk tersebut.
  • Elakkan memasak mi segera dengan cara merendam dalam air panas ,masukkan bersama serbuk perisa dan dinikmati selepas 3 minit. Kesannya cara memasak seperti ini akan menukarkan struktur molekul MSG dan menjadikannya bertoksik.
  • Tahukah anda mi segera diselaputi oleh 'wax' dan tubuh mengambil masa kira-kira 4-5 hari untuk mencernanya.
  • Pengambilan mi segera yang kerap dalam kalangan kanak-kanak mampu memudaratkan kesihatan mereka bagi jangka panjang.Akan mengurangkan penyerapan nutrisi lain bagi kanak-kanak yang berusia di bawah lima tahun jika mengambil mi segera lebih tiga kali seminggu.
  • Pengambilan mi segera yang kerap dalam kalangan ibu mengandung mampu menjejaskan janin. Pengambilan yang kerap dan banyak cenderung mengalami keguguran.
TEKNIK DISARANKAN UNTUK MEMASAK MI SEGERA:
  • Masak air di atas api sehingga mendidih. Masukkan mi ke dalamnya. Tunggu seketika.
  • Apabila mi sudah lembut , angkat dan toskan. Buang air rebusan tadi kerana mengandungi 'wax'.
  • Didihkan air yang baru. Masukkan mi segera ke dalam air yang menggelegak seketika sebelum matikan api. Celur sayur-sayuran dan campurkan di dalam mi.Tambah bahan perisa dalam kadar haba yang masih panas.
(Sumber : majalah Rapi)

Friday, January 28, 2011

KABUS DI PERBUKITAN

SINOPSIS

BAB 21- Tak Ingin Tahu

Zain kembali ke tanah air setelah tiga tahun berada di New Zealand. Zain mendapati banyak perubahan telah berlaku di kampungnya dalam tempoh ketiadaannya. Azrul pula dianugerahi gelaran 'Datuk' kerana berjasa kepada rakyat melalui penglibatannya dalam bidang pertanian. Beliau menggalakkan para petani untuk menanam modal dalam Pertubuhan peladang di samping berusaha menyatukan kebun-kebun tradisi menjadi estet mini kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Ketika Datuk Azrul berbual dengan Zain, tiba-tiba Masitah muncul untuk mendapatkan tandatangan tentang urusan pemgambilan tenaga pekerja asing. Datuk Azrul mengambil pekerja asing untuk bekerja dengannya kerana tiada pilihan. Menurut Datuk Azrul, anak-anak tempatan semuanya sudah berpendidikan tinggi dan tidak sesuai bekerja di ladang.

BAB 22- Mengukur Usia

Datuk Azrul mengimamkan sembahyang Azar. Dia berasa sedih kerana tidak ramai jemaah yang hadir ke masjid. Hal ini demikian kerana kebanyakan penduduk kampung terdiri daripada orang tua. Banyak juga yang menghidap penyakit gout. Jemaah solat Jumaat juga kini berkurangan hingga sekitar 60 orang sahaja. Kebun-kebun juga telah banyak terbiar. Anak-anak yang mewarisi kebun ramai. Mereka pula tidak mahu menjual tanah pusaka masing-masing. Jadi pemilikan tanah semakin lama semakin mengecil dan tidak ekonomi. Datuk Azrul tidk dapat berbuat apa-apa untuk mengubah sikap masyrakat. Suasana kerjasama dalam masyarakat kini juga sudah berbeza. Zain bersetuju dengan pandangan bapanya bahawa zaman sudah berubah. Negara ini makmur kerana rakyat bekerja kuat. Pendidikan tinggi pula bukan jaminan untuk menjadi senang tetapi jalan yang memudahkan . Datuk Azrul sendiri berjaya dalam bidangnya kerana beliau berpendidikan tinggi. Namun dia masih tidak berjaya mengubah pandangan masyarakat setempat untuk mengusahakan tanah secara lebih komersial. Zain memberitahu Datuk Azrul bahawa dia sudah mempunyai pilihan teman hidup iaitu seorang gadis kacukan di New Zealand . Datuk Azrul tidak membantah dengan pilihan anaknya.

BAB 23- Melihat Dalam Diri

Benny sudah semakin berubah. Dia selalu ke luar daerah bersama Mehmood dan Mohamed Attar. Akibatnya Melina ditinggalkan keseorangan di rumah mereka. Setiap kali Benny keluar daerah, Melina akan ditemani Khadijah, anak Haji Awang (bekas pengetua di sebuah sekolah menengah di Kuala Terengganu) dan Mak Som yang gemar menganyam mengkuang. Khadijah sering menemani Melina kerana menurut perintah ayahnya yang mengambil berat akan Melina. Melina sering bersantai di beranda rumahnya sehingga lewat malam dan hal ini amat membimbangkan Hj Awang. Semasa sedang rancak bercerita, Melina bertanyakan tentang Sungai Besar kepada Khadijah. Melina ingin menjejak warisan yang telah lama lenyap.

BAB24- Lambaian Hati

Faridah menghidangkan teh panas ketika Zain dan Anne menyiapkan praktikum yang perlu dihantarnya 3 hari lagi. Faridah berbual dengan zain dan Anne seketika. Faridah mendapat tahu bajawa Zain berasal dari Sungai Besar iaitu kampung Faridah. Mereka bercerita tentang keindahan di Sg Besar lalu Anne mengajak Faridah pulang ke tanah air semasa cuti semester yang akan menjelang 2 bulan lagi. Zain begitu memahami Faridah yang sudah 25 tahun meninggalkan kampung halaman. Zain turut mengajak Faridah sekeluarga menginap di rumahnya apabila pulang ke tanah air. Faridah juga ingin berjumpa Melina, anaknya yang dirindui. Faridah merenung Anne yang ayu dengan campuran Melayu-Inggeris. Hatinya senang jika Anne dan Zain berkahwin dan berharap Anne akan kembali kepada susur galurnya, menetap di Malaysia.

BAB 25- Menghapus Dosa

Mehmood , Mohamed Attar dan Benny mengunjungi Ustaz Hassan di rumahnya untuk bertukar-tukar pendapat dan mengeratkan ukhwah sesama Islam. Mereka sibuk membahaskan mengenai pengamalan agama Islam di Malaysia dan negara Islam yang lain. Ustaz syukri menegaskan bahawa budaya Melayu lebih menekankan adat Melayu yang bercakap lembut dan tidak berkias. Dalam masa yang sama Benny teringatkan keluarga Hj Awang yang mesra melayannya dan Melina walaupun Melina berpakaian tidak menutup aurat. Semasa dalam perjalanan pulang, Mohamed Attar menyatakan bahawa dia tidak bersetuju dengan pendapat ustaz Syukri kerana baginya Islam mestilah berjuang dan berperang demi menentang musuh Islam. Mohamed Attar meluncur laju membawa keretanya ke Kuantan untuk berjumpa seorang pemimpin tempatan yang berpotensi mengikuti perjuItalicangan mereka.

BAB 26- Hati Wanita

Soleh Johnson dan Fnaridah terbang ke Malaysia untuk membincangkan majlis perkahwinan Zain dan Anne serta melawat Melina yang sedang sarat mengandung dan bercuti. Soleh sedang membiasakan tinggal di bumi Malaysia ini serta mendapat ramai kenalan baru apabila kerap ke masjid berhampiran. Faridah tersenyum sendirian terkenang rumahnya di Christchurh apabila melihat pemandangan banglo di Camero Highlands,tempat mereka menginap. Hari yang dijanjikan tiba, Datuk azrul memandu sendiri bersama datin Aisyah, Hj Zubair dan Zain ke banglo yang bergelar The Golf View Cottage. Sebaik sahaja tiba, penghuni banglo itu keluar menyambut mereka. Mereka semua berkumpul di ruang tamu. Masing-masing mula bercerita. Faridah menceritakan latar belakangnya dan keluarga. Datuk Azrul menghela nafas panjang, beliau bertanya tentang masa lampau mereka kepada Faridah. Seketika kemudian, masing-masing diam melayan perasaan.

BAB 27-Kembali ke Alam Nyata

Benny memandu keretanya menyusuri lebuh raya.Jambatan Pulau Pinang semakin hampir dan bererti destinasinya juga semakin hampir. E-mel lewat malam yang diterimanya itu penuh maksudnya tersendiri. Berita Mohamed Attar mahu mengebom kasino di Pulau Sentosa terbongkar apabila polis republik menemui sejumlah bom miliknya, lalu Mohamed Attar ditangkap. Mehmod yang selama ini banyak berdiam rupa-rupanya dia ialah seorang anggota polis yang sedang mengikut gerak-geri Mohamed Attar. Benny teringat kata-kata Melina bahawa dia berkawan dengan orang yang salah. Tetapi dia tetap mempertahankan kawan-kawannya kerana mereka boleh membimbingnya ke arah kebaikan. Pendapatnya juga selalu bertelagah dengan Hj Awang dan ustaz Syukri. semasa Mohamed attar mengajaknya untuk berjuang, Benny tidak turuti kerana baginya dia msih belum bersedia lagi. Benny kecewa, dia terpaksa meninggalkan Melina sendirian. Dia harap dengan wang yang dititipkan kepada Ustaz Syukri akan membantu Melina. Setibanya di Pantai Miami, dia menghampiri dua orang lelaki berbaju hitam dan bertopeng ski. Mereka ialah penyelamat khas dari An-Anbia Family Limited Company untuk membawanya ke lokasi rahsia. benny memahami dan esok akan ada kenyataan dilaporkan dia diculik dan mangsa keganasan.Lalu mereka semua enaiki bot menuju ke perairan antarabangsa sebelum dijemput oleh sebuah helikopter.

BAB28- Cerita Pnghujung Usia

Saat ini Faridah menyingkap kembali peristiwa 25 @27 tahun yang lalu. Datuk Azrul sebahagian daripada kenangan itu. farida dan Datuk Azrul bercerita tentang kisah silam mereka, amanakala Datin Aisyah lena dibuai mimpi setelah menelan ubat khas akibat migrainnya. Soleh pula memahami, dia berada di bilik bacaan dengan kerja-kerja ditalian. Zain dan Anne sudah ke Ipoh sejak petang tadi dan masih belum pulang. Datuk Azrul merungkai cerita sewaktu Faridah hilang dahulu, beliau berbincang dengan banyak orang serta Hj Kamarudin mengenai hal ini. Hj Kamarudin masih lagi menetap di Kuala Lumpur. Isterinya Hamidah sudah meninggal beberapa tahun yang lepas. Kini dia tidak boleh bangun lagi dan hanya baring di katil sahaja. Dia dijaga oleh anak lelakinya tetapi kebersihan dirinya diuruskan oleh seorang jururawat yang diupah. Berbalik kepada cerita tentang kehilangan Faridah di hutan, Datuk Azrul hanya mempercayai akal, di mana kelebihan akal untuk mengjangkau sesuatu yang mustahil. Faridah juga berpendapat yang sama setelah bertanya kepada beberapa ulama di New Zealand. Datuk azrul bertanyakan perihal rumah banglo milik Soleh itu lalu Faridah tersenyum memberitahu bahawa kerakyatannya masih kekal lagi dan akan pegang status itu buat selamanya. Datuk Azrul tumpang gembira mengenai hal tersebut. faridah berfikir sejenak, sepatutnya dia harus menulis mengenai pengalamannya di Bukit Kutu ketika koma dahulu yang bukan boleh dialami oleh semua orang. Tanpa sedar, Faridah mengalirkan air mata, hatinya meronta ingin menziarahi kubur ibunya, Ayu serta Ghazali.

BAB 29-Pasrah

Melina merenung kosong bilik tidurnya. Hari ini sudah 4 hari Benny menghilang. Sejak mereka berkahwin, Benny menanam azam untuk berubah ke arah kebaikan. Azamnya itulah yang mengukuhkan persahabatannya dengan ustaz Syukri, Mohamed Attar, Mehmood dan Noor Mohamad. berbalik kepada kehilalngan Benny, syarikat telah 2 kali menghubungi tetapi Melina gagal memberikan penjelasan. melina pasti Benny menghilang dengan sebabnya tersendiri. Lalu keesokan harinya, Melina mengambil keputusan utnuk membuat laporan polis. Inspektor Radzi membantu Melina memguat laporan. Inspektor Radzi meminta nama dan nombor telefon rakan-rakan Benny dan dia mengeshkan bahawa Mohamed Attar serta Noor Mohamad telah ditangkap polis Interpol beberapa hari yang lalu. Namun nama Benny tidak tersenarai dalam tangkapan tersebut. Kini jelas, Benny meninggalkannya atas sebab persahabatan yang sukar dimengertikan. selepas selesai membuat laporan, Melina keluar dari Balai Polis Marang dengan hati yang gundah. Hj Awang mengambilnya untuk pulang dan semasa dalam perjalanan pulang, Melina menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali.

BAB 30- Pangkuan

Melina tiada pilihan lain. Benny sudah 2 minggu menghilangkan diri, keluarga Benny yang mewakili Jaafar al-Anbia telah menghubunginya. Akaun peribadinya sudah dipenuhkan sejumlah besar wang . Kiranya semua keperluannya tersedia ada. Melina mengambil keputusan untuk tinggal bersama ibu bapanya di Cameron Highland. Melina memandu seorang diri menuju ke sana. Tiba-tiba dia sedih mengenangkan Benny, beberapa hari yang lalu Inspektor Radzi mengunjungi Melina. Dia memberitahu bahawa Melina diberi pengawasan pernuh oleh pihak polis. Teori pengganas dan penglibatan yang menjejaskan keselamatan boleh dikaitkan dengan Benny, seorang yang penyayang dan bertanggungjawab. Hal ini amat menghairankan Melina. Melina menafikan tuduhan Inspektor Radzi bahawa Benny sanggup bersubahat untuk meletupkan bom di tempat awam. Melina berhenti di sebuah masjid tidak jauh dari Pekan Batang Kali untuk sembahyang zuhur.Selesai menunaikan solat, hatinya serasa begitu tenang . 3 jam kemudian, Melina tiba juga di Cameron Highland. Dia menelefon Golf View Cottage sebaik sahaja memasuki pekan Ringlet. Faridah terharu melihat anaknya yang sedang sarat mengandung sanggup memandu beratus-ratus kilometer tanpa suami di sisi.

KABUS DI PERBUKITAN

SINOPSIS

BAB 8-Terus Mencari

Kamarudin dan Buyung meneruskan pencarian hingga ke sempadan negeri Pahang. Dalam perjalanan mereka mendengar bunyi salakan anjing dan suara kanak-kanak. Mereka berjumpa dengan kawasan orang asli suku Temuan. Buyung menceritakan tjuan kedatangan mereka kepada Tok Batin Senik. Setelah mendengar cerita Buyung Tok Batin Senik mengajak mereka ke rumahnya. Di situlah Kamarudin mendapati Faridah sedang tidur. Kepalanya berbalut dengan kain putih dan ada kesan darah. Tok Batin Senik menjelaskan bahawa Faridah dijumpai di sungai Dua .Keadaan Faridah waktu dia ditemui oleh orang asli seperti kebingungan dan tidak ingat akan namanya. Iqbal mengikut Meor untuk meminta bantuan. Tok Batin Senik menyuruh anak buahnya menebas semak untuk dijadikan kawasan pendaratan helikopter.Akhirnya Faridah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dengan helikopter. Berita tentang penemuan Faridah tersebar ke seluruh negara.

BAB 9-Pekan Sungai Kubu

Bab ini mengisahkan peristiwa imbas kembali yang berlaku suatu ketika dahulu di Pekan Sungai Kubu secara bawah sedar. Faridah seolah-olah berada di tempat tersebut dan menyaksikan suasana kehidupan di situ. Penduduk keluar ke pekan membeli barang keperluan selepas hujan teduh. Terdapat 12 buah kedia di pekan kecil itu. Orang Melayu dan Mandailing mempunyai 4 buah kedai. Pekedai cina menjual pelbagai barang keperluan. Ada sebuah kedai yang menjual candu untuk pekerja-pekerja lombong. Rumah kayu milik Tuan Ceci Renking terletak di atas bukit. Kebanyakan penduduk bekerja sebagai pelombong bijih timah. Bijih diangkut dengan kereta kuda melalui pondok cukai yang dijaga oleh Penghulu Garang. Faridah dibawa oleh Amah Siti ke pasar. Faridah tertarik dengan cara orang dulu-dulu berkomunikasi dengan penuh adat sopan. Setelah sebulan tinggal di Sungai kubu, Faridah mula menyesuaikan diri. Namun dia mesti tidak dapat mencelikkan mata. Dia berharap untuk pulang ke Sungai Besar. Akan tetapi Amah Siti mengatakan Sungai Besar sangat jauh dari tempat mereka. Di rumah Tuan Cecil Faridah dan Iqbal diberikan sebuah bilik kecil bersebelahan bilik amah siti. Tn Cecil memberitahu tentang kewujudan buaya keramat di empangan bijih.Namun Tn Cecil tidak percaya tentang unsur keramat .Beliau mengambil keputusan untuk menembak buaya itu. Tindakan Tn. Cecil tidak disenangi oleh Penghulu Garang . Katanya tempat itu akan diti mpa bala akibat perbuatan Tn Cecil itu Penghulu Garang menyuruh orang berpindah meninggalkan tempat tersebut.

BAB 10-Kau Hadir Dalam Igauan

Faridah dirawat di wad kecemasan hospital tetapi belum sedar. Tubuhnya penuh dengan kesan gigitan dan calar-calar. Ghazali sedih melihat keadaan Faridah yang terlantar. Setelah keadaan stabil, Faridah dipindahkan dari wad rawatan rapi. Hanya dua orang pelawat dibenarkan melawat Faridah pada satu-satu masa. Rahayu dibawa melawat Faridah . Dia menangis sambil menggenggam tangan kakaknya. Dia bercakap dengan Faridah yang masih tidak sedarkan diri. Akibat berasa lemah kerana baru menjalani kimoterapi, Rahayu meletakkan kepalanya di tepi dada Faridah. Dia tertidur dan bermimpi rumah mereka digenangi air. Dalam mimpi itu, kedua-dua adik-beradik itu seolah-olah bercakap antara satu sama lain. Tiba-tiba suasana dikejutkan oleh raungan Faridah menyebut nama Rahayu. Pada masa itu juga Rahayu didapati telah meninggal dunia.

BAB 11- Kasih Ibu Sepanjang Jalan

Kematian Rahayu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap ibu kandungnya, Salmah. Dia sering teringat akan Rahayu dan mulal diserang sakit jantung. Suatu pagi Salmah mahu ke pasar di Sungai Haji Dorani. Dia mahu membeli belacan di gerai Pak Talib. Ghazali sering datang untuk membantu Faridah. Salmah mencadangkan agar Faridah berkahwin dengan Ghazali tetapi Faridah berasa malu dan bimbang dianggap perigi mencari timba. Namun demikian Ghazali telah berterus terang untuk mengambil Faridah sebagai isteri. Rombongan pemingngan akan dihantar untuk meminang Faridah secara rasmi. Faridah bersetuju untuk menerima Ghazali sebagai teman hidupnya. Salmah berasa sangat gembira dengan persetujuan Faridah.


BAB 12- Tekad
Azrul menamatkan pengajiannya di UPM. Namun demikian beliau tidak berminat untuk bekerja makan gaji. Dia mahu memulakan projek ternakan kambing. Pasaran kambing di negara ini semakin besar. Berdasarkan kajian Azrul, terdapat pelbagai spesies kambing yang sesuai dipelihara. Keputusan Azrul mendapat sokogan bapanya tetapi ibunya agak resah. Suatu hari, Azrul menziarahi kubur arwah Rahayu. Dia terserempak dengan Faridah yang kebetulan menziarahi kubur adiknya. Dia teringat akan kisah kehilangan Faridah ketika Rahayu sedang dirawat di hospital. Mereka brdua berkenalan. Namun kehidupan Azrul agak muram kerana masih terkenangkan Rahayu. Dia banyak termenung hingga disedari oleh ibunya. Namun Azrul meyakinkan ibunya bahawa dia akan meneruskan niatnya untuk bekerja sendiri. Dia tetap menjadikan Rahayu sebagai pencetus semangatnya untuk menghadapi masa hadapan yang mencabar.

BAB 13- Rindu

Ghazali telah bertukar ke Kelang. Dia hanya pulang ke rumah dua atau tiga kali dalam seminggu. Faridah masih tinggal di Sungai Besar untuk menemani ibunya. Salmah pula meneruskan kehidupan dengan mengerjakan sawah. Namun dalam jiwanya dia sangat rindu akan anaknya. Bertahun-tahun dia terpisah dengan Ayu setelah dibawa pergi oleh Kamarudin selepas mereka berpisah. Fikiran Salmah semakin terganggu. Dia sering menziarahi kubur anaknya itu. Dia sering teringat saat-saat terakhir kehidupan Ayu, ketika anak gadisnya pulang untuk brsama-sama dengannya. oleh sebab itu dia sangat sukar melupakan Rahayu walaupun dua tahun selepas Rahayu meninggal dunia . Faridah dan Ghazali bimbang dengan keadaan Salmah. Faridah menderitakan tentang Azrul kepada Ghazali. Katanya Azrul terlalu sayang akan arwah Rahayu. Kini Azrul mengusahakan ternakan kambing dan tapak semaian. Dia mahu mengotakan janjinya dengan arwah Rahayu untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

BAB 14-Ibu Angin Telah Menderu Pergi

Faridah bangun awal pagi, pukul 4.00 pagi. Dia menunaikan solat tahajud. Entah mengapa hatinya berasa resah. Ketika fajar menyingsing, Faridah membasuh beras kerana ibunya berpesan kepadanya untuk masak nasi lemak. Faridah berasa hairan kerana ibunya lambat bangun pagi itu. Ketika cuba dikejutkan, barulah dia sedar bahawa ibunya telah meninggal dunia. Faridah memeluk tubuh ibunya dengan penuh kasih sayang. Dia berasa pemergian ibunya ialah titik akhir penderitaan orang tua itu.

BAB 15- 25 Tahun kemudian- Cintaku Abadi

Faridah kini berada di New Zealand. Dia telah berhijrah ke negara itu sejak 25 tahun yang lalu. Dia kini tinggal di Rosewood iaitu pekan kecil berhampiran bandar Christchurch. Dia telah berkahwin dengan Soleh Johnson dan memiliki dua orang anak perempuan, Anne dan Melina. Faridah melalui kenangan pahit di tanah air sendiri. Tidak lama selepas ibunya meninggal dunia, Ghazali pula meninggal akibat kemalangan jalan raya. Dia hampir gila dengan tekanan hidup akibat kehilangan orang yang tersayang. Nasibnya baik apabila dia ditawarkan oleh ibu pejabat JKM untuk berkursus selama enam bulan di New Zealand. Selepas itu dia tidak balik-balik lagi ke kampung kerana telah bertemu jodoh dengan Soleh Johnson. Ingatannya terhadap Sungai Besar tetap aadi. Suaminya memahami perasaan Faridah. Soleh mengusahakan kawasan ternakan dan pusat penyembelihan kambing. Dia sering mengupah pelajar Islam dari negara luar untuk menyembelih kambing sebagai kerja sambilan.

BAB 16- Mengejar Mimpi-mimpi

Melina adalah salah seorang anak kembar Faridah. Pada suatu hari Melina berkenalan dengan Benny yang berketurunan Arab. Benny menyapa Melina ketika dia sedang minum di sebuah gerai di Auckland. pekenalan mereka merupakan permulaan hubungannya dengan lelaki yang lahir di Dubai itu. Dari segi peribadi Melina agak bebas. Dia sangat berbeza dengan Anne yang begitu taat dengan ajaran Islam. Dia juga tidak tinggal bersama-sama keluarganya di Christchurch, sebaliknya memilih tinggal di Auckland dan bekrja sebagai pembantu pelukis pelan. Benny meneruskan perhubungannya dengan Melina. Mereja saling bertemu dan berbincang tentang pelbagai pekara. Benny memberitahu dia akan ke Malaysia kerana hendak melihat tempahan perahu layarnya di Terengganu. Dia juga bakal ditempatkan oleh syarikat keluarganya untuk mengendalikan anak syarikat mereka di Malaysia. Dia mengajak Melina dan ajakan itu sangat-sangat dihargai oleh Melina. Dia memang teringin untuk ke Malaysia kerana tidak pernah berbuat begitu walaupun ibunya orang Malaysia. Akhirnya Benny membuat keputusan untuk mengahwini melina. Benny dan Melina pulang ke rumah ibu bapanya di Christchurch untuk menyatakan hasrat mereka untuk berkahwin serta untuk mendapat persetujuan Soleh Johnson.

BAB 17- Penyembelihan Kambing

Zain ialah anak Azrul yang menuntut dalam bidang pertanian di New Zealand. Dia bekerja sambilan sebagai penyembelih kambing di pusat penyembelihan yang dimiliki oleh Soleh Johnson. Dia tinggal bersama-sama Asraf Ameen yang berasal dari Nigeria . Pada suatu hari, mereka mendapat jemputan perkahwinan anak Soleh Johnson dan bercadang untuk menghadirinya. Zain seperti juga ayahnya, sangat meminati bidang pertanian. Dalam kalangan pelajar Malaysia di Universiti Lincoln, hanya dia seorang yang mengambil jurusan pertanian. Dia sering teringat akan pandangan ayahnya tentang kepentingan bidang pertanian. Di tanah air, ayahnya merupakan seorang peladang yang berjaya. Datuk Azrul pernah membawa isterinya melawat New Zealand ketika Zain belajar di sana. Mereka menikmati keindahan pemandangan di New zealand ketika menaiki bot persiaran di Pantai Kouikora. Menurut Zain, ada ramai orang Melayu yang menetap di new Zealand. Mereka menjadi orang berjaya. Pada suatu hari, Zain bertemu Anne. Zain membantu Anne yang menghadapi masalah keretanya rosak. pertemuan itu membuatkan Zain jatuh hati pada Anne.

BAB 18- Tanah Tumpah Air Mata

Benny membawa Melina ke Malaysia selepas dua minggu mereka dinikahkan di Masjid Al-Noor, Christchurch. di Kuala Lumpur mereka berdua dilayan dengan baik oleh pekerja syarikat yang ditugaskan untuk menjemput Benny. Benny akan memulakan tugasnya di syarikat milik bapa saudaranya Jaafar Al-Anbia. Dia telah lama menghabiskan masa dengan belayar. Melina berasa dia berada di tempat yang sangat asing dan bimbang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di Kuala Lumpur. namun Benny berkata Kuala Lumpur mempunyai lebih 50 ribu orang ekspatriat asing seperti mereka berdua. Semasa di Kuala Lumpur, Khalid bertindak sebagai pemandu Benny. Dalam saru mesyuarat , Benny diperkenalkan kepada ahli-ahli lembaga pengarah syarikat milik keluarga Al-Anbia. Dia diberitahu bahawa dia akan ditugaskan di pejabat cawangan Kuala Terengganu. Benny tidak menolak dan berkata dia suka akan terengganu. Dia memang suka akan laut, Melina membeli peta untuk mencari tempat yang bernama Sungai Besar, iaitu tempat kelahiran ibunya, Faridah. Dia teringat akan ibunya yang gemar mendodoikan dengan lagu Melayu ketika dia masih kecil.

BAB 19- Hati dan Warna Kanvas

Benny membeli sebuah banglo di tepi pantai dengan harga setengah juta ringgit termasuk tanah lima ekar. Melina juga tertarik dengan suasana banglo tersebut kerana kedudukannya menghadap laut. Benny tidak bimbang dengan kewangan kerana dia yakin dapat menjual perahu layar yang ditempahnya dengan harga yang lebih tinggi. Marang telah menjadi tempat tinggal Melina. Dia suka melihat laut dari beranda banglo otu. Dia memulakan minatnya kembali, iaitu melukis. Keindahan Marang diabadikan di atas kanvas lukisannya. Benny turut mengagumi bakat yang dimiliki oleh Melina. Setelah agak lama bertugas, Benny mempunyai beberapa orang kawan. Antaranya Mohamed Attar yang berasal dari Pakistan Mehmood dari Mghribi dan Noor Mohamad dari Bangladesh. Mehmoo masih bujang dan berniat untuk berkahwin dengan di kampung halamannya. mereka sering berbincang soal agama, soal jihad dan dakwah Islam. Benny mula sedar dan mahu kembali ke jalan Allah.


BAB20- Pendatang

Soleh bimbang dengan kejadian vandalisme di Az Noor Islamic Centre apabila beberapa buah kereta dipecahkan cerminnya. Hl ini akan menyebabkan media memberikan gambaran yang salah tentang Islam. Faridah pula yakin ketenangan akan tetap terjamin. malah Faridah sendiri pula mulanya sukar untukmenyesuaikan diri ketika mula-mula sampai di Christchurch dahulu. Dia disangka orang Maori, rakyat pribumi New Zealand. Kini dia diterima dengan baik oleh semua jiran. Dia juga mencadangkan agar ada usaha dijalankan untuk membaiki hubungan antara anggota masyarakat setempat. Dia mencadangkan agar diadakan majlis ramah mesra komuniti. Cadangannya sangat disokong oleh suaminya. mereka pun bercadang untuk menganjurkan majlis tersebut dalam masa dua minggu. Mereka akan memaklumkan perkara itu kepada komuniti setempat. Mereka jga menjemput rakan-rakan sekuliah Anne untuk membantu. Ketika merancang majlis tersebut, Faridah teringat akan kemeriahan majlis kenduri di kampung yang sudah lama ditinggalkan. Dia juga terbayangkan wajah melina yang sudah menetap di Malaysia.

Thursday, January 27, 2011

TIP MENEGUHKAN IMAN



  • BERSYUKUR apabila mendapat nikmat.
  • SABAR apabila mendapat kesulitan.
  • BERTAWAKAL apabila mempunyai perencanaan.
  • IKHLAS dalam segala amal perbuatan.
  • JANGAN MEMBIARKAN HATI larut dalam kesedihan.
  • JANGAN MENYESAL atas sebab-sebab kegagalan.
  • JANGAN PUTUS ASA dalam menghadapi kesulitan.
  • JANGAN HASAD DAN IRI HATI atas kejayaan orang lain.
  • JANGAN SOMBONG sekiranya memperoleh kejayaan.
  • JANGAN TAMAK kepada harta.
  • JANGAN GOYAH dengan fitnah.
  • JAUHKAN DIRI daripada dosa-dosa yang besar.
  • JANGAN MEMBIASAKAN DIRI melakukan dosa-dosa kecil.
  • BANYAK BERKUNJUNG ke rumah Allah.
  • LAKUKAN SOLAT FARDU PADA AWAL WAKTU dan berjemaah di masjid.
  • PERBANYAKKAN ZIKIR dan doa kepada Allah.
  • JANGAN RASA TAKUT kecuali hanya kepada Allah.
  • CINTAILAH seseorang dengan tidak berlebih-lebihan.
  • BERSATU PADULAH kerana Allah dan BERPISAHLAH hanya kerana-Nya.
(dipetik dari majalah solusi Januari 2011)

ADAB TERHADAP IBU BAPA


Dalam ENSIKLOPEDIA Wanita Muslimah karangan Haya Al-Mubarak , beliau meletakkan beberapa adab terhadap ibu bapa, antaranya:

  • Taati perintah ibu bapa kita dengan saksama.
  • Segera menjawab panggilan mereka.
  • Tidak memotong bicara mereka.
  • Tidak bermuka masam dalam apa-apa jua keadaan.
  • Tidak keluar rumah tanpa izin mereka.
  • Tidak membuat keputusan kecuali setelah mendapat izin dan restu daripada mereka.
  • Memberikan hadiah kepada mereka pada waktu-waktu tertentu.
  • Memuliakan sahabat mereka.
  • Sabar ketika menjaga mereka jika mereka telah lanjut usia.

Monday, January 24, 2011

STRES?????


Tip Tangani Stres

  • Bertenang- membantu mengurangkan kitaran stres di peringkat permulaan.
  • Berfikiran positif
  • Amalkan pemakanan sihat
  • Berkongsi perasaan atau masalah dengan seseorang
  • Lakukan aktiviti riadah
  • Bersenam
  • Berurut- dalam keadaan stress, otot-otot di leher, kepala dan bahu akan tegang tanpa disedari. Berurut boleh melegakan otot dan melancarkan perjalanan darah.
  • Meningkatkat amalan kerohanian- berzikir, berdoa dan beribadat memberi sokongan emosi dan melegakan perasaan.

BINA KEYAKINAN DIRI


1. PAKAIAN yang anda pakai setiap hari sebenarnya menggambarkan tahap keyakinan diri. Tidak salah memilih pakaian yang boleh menampilkan keyakinan diri yang tinggi.

2. PERHATIKAN postur tubuh dan bahasa tubuh anda. Sentiasalah tampil dengan penuh keyakinan.

3. CARA anda berjalan juga memainkan peranan penting. kalau sebelum ini anda sudah terbiasa berjalan agak lambat, kini ubah cara berjalan dengan melangkah lebih cepat dan penuh bertenaga.

4. PERTINGKATKAN ilmu pengetahuan dengan membaca buku-buku berkaitan motivasi. Kata-kata motivasi dapat memberi inspirasi untuk diri anda menjalani kehidupan dengan lebih positif.

5. PERUNTUKAN waktu untuk diri sendiri. Syukur dan bersujudlah kepada Tuhan.

6. SESEKALI hargai dan berikan pujian untuk individu yang berada di sekeliling anda. Pujian ikhlas memberikan sinar pada wajah anda.

7. BAGI menambahkan keberkatan majlis ilmu, sebaiknya duduklah di barisan hadapan untuk memberika
n tumpuan yang lebih kepada perkara yang baik yang akan disampaikan.

8. USAH kedekut membantu insan yang memerlukan.

(dipetik dari Majalah MIDINovember 2010)

Saturday, January 22, 2011

DI MANA HARGA SEORANG WANITA???





Harga diri wanita ...
Perlukah diperniagakan
Perlukah dibayar dengan penderaan,
Wajarkah dibayar dengan penganiayaan,
Haruskah dibayar dengan seribu Kelukaan,
lautan nista yang bisa meruntun perasaan...
hingga tenggelam
lemas dalam kesengsaraan

Beri ruang wanitaku bernafas
menghirup udara kedamaian
di bawah payung keadilan
Sesungguhnya ...
penghargaan bagi wanita adalah satu kemanisan
yang sukar untuk dinilaikan

-ABA 2011-
MARAH?

Apa yang perlu dilakukan???

1. DIAM : Mendiamkan diri dapat meredakan marah. Berbalas
cakap akan menambahkan
kemarahan.

2. JAUHKAN DIRI : Apabila anda marah lebih baik jauhkan diri
daripada individu yang
menyebabkan anda
marah.


3. BERWUDUK : wuduk adalah jalan yang amat bagus kerana
boleh mencairkan kemaraha
menjadi cairan yang terus
mengalir keluar dari tu
buh.

Mulakan diri pada waktu pagi dengan...


Pagi ialah masa kita mengalu-alukan mood ceria supaya dapat memulakan hari dengan perasaan gembira.
  • Pertama perlu bersyukur kerana masih berpeluang bernafas di muka bumi ini sekali gus boleh meningkatkan kualiti hidup .
  • Niat dalam hati untuk menjadi seorang yang lebih bersemangat.
  • Selepas memasang niat baik dalam diri dan minda, mulakan hari dengan ucapan Bismillah dalam segala pekerjaan.
  • Mulakan juga hari anda dengan sasaran yang hendak dicapai. Rancang segala jadual dengan betul.
  • Agar lebih positif, lihatlah warna cerah seperti hijau dan biru. Kedua-dua warna ini membawa ketenangan dan boleh menyihatkan mata.
  • Memaafkan orang lain antara cara menjadikan hari-hari kita semakin menggembirakan. Kita juga bersedia untuk meminta maaf daripada orang lain.

TIP BERDIET LEBIH BERKESAN

  • Tentukan sasaran penurunan berat badan yang logik dan masuk akal.
  • Apabila anda berdiet jangan terlalu tertekan atau menganggap program ini memberi perubahan penting dalam hidup.
  • Jangan lewatkan mengambil waktu makan. Mengambil makanan tepat waktunya boleh mengawal nafsu makan. Mengambil sarapan pagi dapat meningkatkan metabolisme badan dan membakar lebih banyak kalori.
  • cubalah belajar menikmati makanan yang sihat.
  • Elakkan makan sambil melakukan sesuatu seperti membaca atau menonton. Fokus kepada apa yang dimakan
  • Perhatikan apa yang diminum. Elakkan mengambil minuman ringan. Sebaiknya minumlah susu rendah lemak atau jus buah. Paling baik banyakkan minum air putih.
  • Buatlah diari diet, Mereka yang mencatat apa yang dimakan lebih mudah menjaga berat badan.
  • Jangan meminta orang lain yang mengambil makanan anda. Ambil sendiri makanan mengikut selera.
  • Kurangkan lemak sehingga 30. Anda boleh mengurangkan lemak secara drastik dengan mengelakkan pengambilan daging, makan bergoreng, mentega, mayonis dan sebagainya.
  • Jangan terlalu ghairah atau selalu menimbang berat anda. Memadai dengan sekali seminggu.
  • Kurangkan gula dan makanan manis kerana banyak mengandungi kalori.
  • Kawal diri ketika berhadapan dengan makanan kesukaan.
  • Makan secara perlahan-lahan. Cara ini membuatkan anda cepat kenyang dan makanan yang diambil jumlahnya lebih sedikit.
  • Gunakan piring yang kecil dan kurangkan jumlah makanan.
(majalah Rapi Oktober 2010)

Friday, January 21, 2011

10 K dalam Persahabatan



  • KECINTAAN - sebuah persahabatan akan mudah rapuh tanpa adanya kecintaan antara dua insan.
  • KASIH SAYANG - Setelah wujud rasa cinta terhadap sahabat maka kita perlulah mencurahkan kasih sayang.
  • KEIKHLASAN - Bagi mendapatkan keberkatan dan rahmat Ilahi, sesebuah persahabatan itu haruslah berserta dengan rasa ikhlas.
  • KESETIAAN - Kesetiaan terhadap sahabat mampu mengukuhkan lagi persahabatan yang terjalin biarpun jarang bertemu.
  • KEBERANIAN - Bersikap berani dalam berkata hal yang benar, lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya.
  • KEJUJURAN - Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita terutama dalam hal-hal berkaitan dengan sahabat.
  • KEMAAFAN -Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya.
  • KESEDIHAN - Apabila sahabat sedang bersedih, maka kita harus sedih bersama, pinjamkah telinga untuk mendengar setiap luahannya dan tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tempat tadahan air matanya.
  • KEGEMBIRAAN - Jika kita gembira, kongsilah kegembiraan itu bersama-sama sahabat tercinta.
  • KESERASIAN - Keserasian antara dua pihak dalam bersahabat dapat diwujudkan apabila adanya persefahaman antara mereka.
(Dipetik dari majalah MIDI Disember)


RENUNGAN

Mempunyai sahabat sejati lebih berharga daripada seribu teman yang mementingkan diri sendiri.

"Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita" .

Hargai dan perliharalah selalu hubungan kita dengan sahabat.

USAHA-USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI KRAF TANGAN

Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan, pepatah Melayu ini merupakan gambaran tepat yang dapat merumuskan mengenai stigma masyarakat Malaysia seolah-olah memandang sepi produk kraf tangan buatan tempatan. mentaliti masyarakat Malaysia yang lebih mendewa-dewakan produk kraf tangan moden dan berjenama antarabangsa, dilihat ancaman terbesar bagi industri kraftangan tempatan. Rentetan kelesuan permintaan dalam pasaran tempatan ini, telah menyumbang kepada kesuraman industri kraf tangan negara yang boleh diibaratkan seperti hidup segan mati tak mahu. Sorotan daripada kesuraman iklim ekonomi dunia yang kian meruncing dewasa ini, industri kraf tangan negara bergelut untuk terus bernafas. memburukkan lagi keadaan dikala industri kraftangan negara dilihat terumbang-ambing untuk kekal bertahan. Kerajaan seakan-akan terlepas pandang akan potensi industri ni. Apa yang lebih membimbangkan ialah pengusaha kraf tangan tempatan bukan sahaja terdesak untuk mencari peluang perniagaan malah terpaksa berdepan masalah permintaan domestik yang kurang memberangsangkan. Senario ini jelas sekali mengecewakan banyak pihak. Oleh yang demikian, pelbagai pihak perlulah mencari formula atau mekanisme berkesan untuk memajukan industri kraf tangan di Malaysia.

Dalam usaha memajukan industri kraftangan di Malaysia, kerajaan melalui agensinya telah berusaha untuk mempromosikan industri kraf tangan di peringkat antarabangsa. Pihak kerajaan perlu melakukan pelbagai inisiatif termasuk promosi yang diadakan melalui kempen-kempen, pakej-pakej pelancongan dan percutian di Malaysia. Dengan majunya industri pelancongan, secara tidak langsung perusahaan kraf tangan akan semakin menggalakkan kerana di mana ada gula di situ ada semut. Selain itu, pihak kerajaan boleh memberi peluang kepada pengusaha industri kraf tangan untuk mengkomersialkan hasil keluaran mereka. Pihak kerajaan juga boleh memberi pinjaman kewangan kepada mereka yang mengusahakan industri kraf tangan. Industri kraf tangan membuka banyak peluang pekerjaan apabila permintaan hasil kraf tangan meningkat seperti batik memerlukan pengeluaran yang banyak. Dengan itu, pihak kerajaan dapat membantu meningkatkan industri kraf tangan untuk terus berkembang maju.

Selain itu,peranan media massa amat penting dalam usaha kita mengekalkan industri kraf tangan ini. Media massa bertanggungjawab mempromosikan industri kraf tangan kepada seluruh warga Malaysia. Sejajar dengan kepesatan arus pemodenan, peranan media massa dalam usaha mengekalkan indusrti kraf tangan amat penting sekali. Media massa seperti media elektronik amat sesuai dengan pemikiran generasi muda sekarang, maka media ini memegang amanah mempromosikan dan menyebarkan maklumat tentang keunikan barangan kraf tangan. Contohnya rancangan yang dipaparkan di TV1 iaitu kesenian kraf tangan Malaysia menunjukkan penghasilan kraf tangan dari segi pembuatan, penyediaan dan pelbagai lagi proses perusahaan membuat barangan kraf tangan. Selain itu, wartawan rancangan Majalah 3 juga tidak ketinggalan melaporkan kepelbagaian seni kraf tangan seperti seni anyaman, seni ukir kayu, seni sulaman, hasil kraf tembikar dan perusahaan membuat barangan logam. Oleh itu, peranan media massa menerusi promosi hasil kraf tangan sememangnya tepat kerana kewujudan media elektronik sebagai medium untuk mempromosikan kraf tangan adalah selari dengan gaya hidup moden generasi muda pada alaf baru ini. Lagipun, kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai televisyen di rumah masing-masing.

Di samping itu, sekolah juga merupakan salah satu organisasi bagi memajukan industri kraf tangan. Pihak sekolah haruslah mendedahkan kepada para pelajar dengan lebih mendalam lagi tentang kesenian kraf tangan supaya industri kraf tangan tidak ditelan zaman. Sebagai contoh pihak sekolah menganjurkan pameran dan mengadakan pertandingan hasil kraf tangan, secara tidak langsung pelajar akan terdedah dengan industri kraf tangan. Hal ini kerana pelajar masa ini lebih cenderung memilih barangan moden dan berjenama. Pihak sekolah juga haruslah menubuhkan kelab warisan yang lebih menerapkan kesenian kraf tangan. Dengan adanya kelab-kelab sebegini industri kraf tangan tidak lenyap ditelan zaman. Secara tidak langsung, pelajar dapat menonjolkan bakat yang terpendam dan kreativiti mereka untuk menghasilkan kraf tangan mengikut imaginasi serta acuan mereka sendiri akan terlaksana.

Seterusnya, perihal masyarakat dewasa ini, suka akan barang yang mempunyai reka bentuk moden. Hal ini menyebabkan barangan tradisional khususnya barangan daripada hasil kraf tangan di Malaysia semakin dipandang lesu oleh segenap lapisan masyarakat. masyarakat seharusnya mengetepikan persepsi negatif terhadap hasil kraftangan yang dihasilkan oleh pengusaha tempatan. Masyarakat itu sendiri perlulah memberikan sambutan yang menggalakkan terhadap industri kraf tangan dengan cara membeli barangan tradisional seperti bakul anyaman, wau, hasil ukiran tangan dan hasil sulaman. Dengan cara ini akan menaikkan lagi taraf industri kraftangan di negara kira. Masyarakat haruslah melibatkan diri dalam industri kraf tangan itu sendiri dengan cara mengadakan atau menubuhkan kelas serta kelab yang melibatkan industri kraf tangan di Malaysia. Justeru, jelaslah bahawa komitmen di kalangan pelbagai lapisan masyarakat diperlukan dalam usaha memartabatkan lagi industri kraf tangan di negara kita.

Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Jelas menunjukkan bahawa untuk mendapatkan sesuatu yang membuahkan hasil , seseorang itu haruslah mencari inisiatif bagi memberi nafas baru terhadap usaha mereka. Dalam nada pendekatan lain ini juga, sebenarnya seseorang individu dapat mendimensikan industri kraf tangan mengikut acuan dan dinamik mereka sendiri. Hal ini , secara tidak langsung dapat mengangkat martabat industri kraf tangan negara ke satu tahap yang lebih membanggakan. Dalam hal ini, pengusaha kraf tangan perlulah memvariasikan corak, nilai estetika dan keaslian produk kraf tangan yang dihasilkan bagi menjana pertumbuhan industri kraf tangan negara. Selaras itu, usaha bersepadu ini dilihat sebagai formula yang dinamik ke arah meningkatkan daya saing produk tempatan yang dinamik ke arah meningkatkan daya saing produk tempatan khasnya di peringkat antarabangsa. Selain itu, pengusaha kraf tangan haruslah bijak mencari peluang dan platform dalam usaha mempromosikan atau mengkomersialkan produk mereka di peringkat domestik mahupun global. Sekiranya pengusaha kraftangan mengaplikasikan pendekatan global dalam mencari peluang perniagaan, maka tidak hairanlah saru hari nanti produk kraf tangan negara mampu duduk sebaris dengan produk kraftangan antarabangsa, bak kata pepatah duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Tuntasnya pengusaha karaf tangan haruslah lebih berinisiatif dan kreatif dalam memanipulasikan teknologi ICT agar industri kraftangan dapat bersaing secara kompetitif di peringkat global.

Konklusinya, terdapat pelbagai usaha yang boleh dilakukan bagi memartabatkan lagi industri kraf tangan di Malaysia. Semua pihak tidak harus memandang sebelah mata terhadap industri kraf tangan ini dan lebih malang lagi terdapat segelintir masyarakat yang menganggap industri kraf tangan seperti hidup segan mati tak mahu. Oleh itu , marilah sama-sama kita berganding bahu menyedarkan masyarakat yang dibuai mimpi dalam arus pemodenan dunia pada hari ini. Jelaslah bahawa kraf tangan merupakan inisiatif bagi menyelamatkan ekonomi negara dan sekali gus akan tercapai hasrat Malaysia yang ingin menjadikan negara maju menjelang wawasan 2020. Sekiranya terdapat kerjasama daripada semua pihak, kesenian kraf tangan yang diwarisi daripada nenek moyang kita ini pasti tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Peribahasa biar mati anak jangan mati adat seharusnya dijadikan prinsip hidup masyarakat agar dapat menjayakan usaha yang suci murni ini bagi mengekalkan industri kraf tangan yang kita warisi turun temurun.

Thursday, January 20, 2011

Karya Pelajar (contoh Penulisan Rencana)

Disiplin Asas kejayaan Akademik
Oleh : Hamidah Hashim

Alah bisa tegal biasa, sememangnya amat sukar untuk menanam disiplin yang tinggi dalam diri seseorang apatah lagi bagi seseorang yang bergelar pelajar. Namun, sekiranya pelajar tersebut telah dididik dan diasuh oleh ibu bapa agar terdidik dengan disiplin yang tinggi, pastinya amat sukar untuk menafikan bahawa pelajar tersebut akan terus-menerus mencipta kejayaan dalam akademik. Malangnya, harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kita dapat lihat anak muda pada hari ini begitu angkuh dan bangga sekiranya mereka melakukan perkara-perkara yang melanggar prinsip disiplin. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), ada menyentuh mengenai pembangunan modal insan iaitu aset negara yang perlu disuntik nilai tambahnya. Perkara seumpama ini memberi gambaran kepada kita bahawa kerajaan sendiri telah menyedari bahawa tahap disiplin para pelajar pada hari ini semakin kronik. Sememangnya, tiada bukti yang cukup padu untu menafikan bahawa "Disiplin Asas Kejayaan Akademik".
Disiplin mampu melatih pelajar supaya lebih peka dan bijak dalam mengatur serta menyusun masa. Malah apa-apa yang lebih bernilai ialah disiplin mengajar para pelajar bagaimana untuk mematuhi masa tersebut. Pujangga Arab melalui kata-katanya Masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya, dia akan memotong kamu , jelas memberitahu kita bahawa masa itu amat penting untuk ditepati agar tidak terbuang begitu sahaja. Oleh sebab itulah disiplin perlu dipupuk dalam jiwa setiap pelajar kerana merekalah yang bakal mencorak landskap pembangunan material, fizikal dan sosial pada era revolusi digital akan datang. Namun sesiapapun dapat berfikir bahawa sikap malas adalah musuh ketat amalan hidup berdisiplin. Olah sebab itulah, sokongan daripada ibu bapa serta usaha padu daripada pihak kerajaan adalah sesuatu yang amat diperlukan bagi mengubah perspektif pelajar tersebut sekali gus mengikis perasaan malas. Sekiranya para pelajar diasuh dengan norma hidup berdisiplin, secara tidak langsung mereka akan menyedari betapa berharganya setiap saat yang dilalui dalam hidup mereka. Hal ini akan menjadi satu inisiatif kepada mereka agar tidak menyia-yiakan masa tersebut dengan gejala-gejala sosial yang semakin menjerat remaja kita kini. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa masa itu ibarat emas bagi diri seseorang yang memiliki serta mengenali apa itu erti disiplin yang sebenarnya.
Tidak cukup dengan itu, disiplin turut dapat memupuk jati diri yang ampuh dalam diri pelajar. Disiplin mengajar pelajar supaya tegas dengan prinsip dan nilai moral pelajar itu sendiri. Sebagai contoh, di kem tentera, matlamat utama ialah membentuk jati diri bagi menanam semangat cinta akan tanah air serta berani dan tegas dalam perjuangan menentang musuh. Sebab itulah mereka dilatih supaya memiliki tahap disiplin yang tinggi bagi mencapai matlamat tersebut. Bagi seseorang pelajar pula, disiplin akan menjadikan mereka ini sebagai seorang yang rajin, tekun , berkeyakinan tinggi dan gemar menyahut cabaran yang secara tidak langsung akan lahirlah pelajar yang memiliki jati diri dalam rohani dan jasmani mereka. Kualiti seumpama inilah yang amat diperlukan oleh seorang pelajar bagi meraih kecemerlangan dalam bidang akademik. Dengan mempraktikkan amalan hidup yang penuh dengan disiplin, pelajar itu sendiri tidak akan terpesong daripada norma hidup yang teratur serta memberi banyak faedah kepada pelajar. Melalui jati diri yang diperoleh hasil daripada norma hidup yang teratur dan berdisiplin, pelajar pastinya akan bersungguh-sungguh menimba ilmu bagi mencapai matlamat yang satu sebagai pelajar. Justeru, jelaslah di sini bahawa, disiplin ibarat tiang tumah yang menjadi tunjang utama kekukuhan jati diri dalam diri para pelajar.
Seterusnya, disiplin turut mampu memelihara para pelajar supaya tidak terjebak dalam gejala-gejala sosial yang mampu memusnahkan masa depan tanpa disedari oleh pelajar itu sendiri. Tanpa disiplin, pelajar tidak akan ada matlamat yang jelas serta tidak tahu tanggungjawab mereka sebagai pelajar. Tanpa matlamat yang jelas ini, pelajar cenderung untuk mencari keseronokan hidup bersama rakan-rakan yang berpendirian sama seperti mereka yang tidak meletakkan pelajaran sebagai sesuatu yang amat bernilai dalam minda dan jiwa mereka. Ternyata hasrat Perdana Menteri yang bercita-cita mahu melahirkan warga glokal yang berakar nasional dan berakal internasional tidak akan tercapai sekiranya tahap disiplin para pelajar semakin terus -menerus menunjukkan penurunan. Kita dapat lihat pada hari ini, terlalu ramai anak muda yang majoritinya ialah pelajar telah terjebak dalam kancah sosial yang akhirnya pasti akan merugikan negara. Mereka inilah yang tidak memiliki disiplin untuk mengawal diri mereka daripada terjebak dalam perkara tersebut. Sudah pastilah pelajar yang langsung tidak melakukan aktiviti-aktiviti ini akan menjadi pelajar yang cemerlang rohani, jasmani dan intelek. Sekali lagi, hal ini menjadi bukti yang cukup ampuh untuk menyatakan bahawa disiplin asas kejayaan akademik. Justeru , jelaslah bahawa disiplin adalah kontra kepada gejala-gejala sosial.
Kita telah menyedari bahawa disiplin dapat membuka mata pelajar tentang nilai sesaat masa, disiplin juga telah melahirkan bakal pmimpin yang memiliki jati diri yang cukup ampuh untuk mentadbir negara suatu hari nanti, malah disiplin dapat membantu pelajar menentukan wawasan dan hala tuju yang jelas. Tokoh falsafah Barat, Cecil B. De Mille melalui kata-katanya, Orang yang berjaya ialah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang . Hal ini memberi gambaran kepada kita bahawa tanpa disiplin itu, tidak perlulah kita bermimpi untuk meraih kejayaan. Para pelajar harus mengetahui bahawa sememangnya menentukan wawasan serta hala tuju adalah amat penting seperti yang dinyatakan dalam buku teks Pendidikan Sivik dan kewarganegaraan Tingkatan Empat. Dengan adanya disiplin, pelajar tersebut akan terus berusaha dan berusaha untuk mencapai wawasan tersebut. Pelajar yang tidak memiliki disiplin pastinya tidak terfikir untuk menentukan matlamat hidup. Oleh sebab itulah, ramai pelajar yang hanya memikirkan keseronokan hidup semata-mata tanpa memikirkan impak perbuatan mereka terhadap masa depan. Sebagai intiha, sememangnya disiplin amat penting dalam menentukan wawasan hidup serta berusaha mengejar wawasan tersebut. Tahap disiplin yang tinggi membantu pelajar mengukir sejarah yang tersendiri.
Natijahnya, tidak ada jalan pintas yang lain untuk meraih kecemerlangan dan kegemilangan tanpa memiliki serta mempraktikkan amalan hidup berdisiplin. Hakikatnya, walau berapa banyak cara yang kita ketahui untuk mencapai kejayaan, tetapi tanpa adanya disiplin, kita tidak akan mampu untuk melaksanakan cara itu dengan teratur apatah lagi dengan berkesan. Pujangga Melayu ada mengatakan bahawa belia pada hari ini adalah cerminan negara pada masa akan datang. Sesekali kita melihat sekali lalu remaja kita pada hari ini yang begitu ghairah dengan kemewahan serta keseronokan yang ada. Hari ini telah timbul berbagai-bagai jenis masalah sosial seperti dadah, merokok, ponteng sekolah, buli, pergaduhan dan lain-lain. Kadangkala, perkara-perkara ini membuat saya terfikir, inikah generasi cerminan negara pada masa akan datang? kita menyedari, semua pihak tidak sesekali memandang enteng masalah ini. Namun , kita sendiri pastinya bersetuju bahawa amat sukar untuk mengembalikan seseorang kembali ke pangkal jalan.

Wednesday, January 19, 2011

WANGIAN SEMULA JADI ALAM


Tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk membeli pewangi. Bahan semula jadi di keliling rumah berupaya mengharumkan kediaman semula jadi.

Cuba Tip ini:
  • Daun pandan
Hirisan daun pandan mampu memberi aroma yang harum untuk bilik tidur, bilik air ,
laci untuk tempoh dua minggu.

  • Limau nipis dan kasturi
Belah dua bahagian dan simpan di dalam peti sejuk untuk menyerap bau yang kurang menyenangkan. hirisan limau nipis dan kasturi juga boleh dicampur bersama sabun pencuci pinggan untuk aroma yang lebih menyegarkan. Berkeupayaan untuk menghapuskan kotoran berminyak.

  • Bunga mawar
Kelopak mawar diracik halus dan dicampur bersama daun pandan menjadi bunga rampai. Masukkan cambupan bahan ini di dalam bekas khas untuk dijadikan potpourri semula jadi. Boleh diletakkan di ruang tamu untuk mendapatkan aroma yang menyegarkan.

  • Bunga-bungaan
Beberapa jenis bunga mampu mengharumkan kawasan kediaman dan boleh bertahan hingga seminggu. Contohnya bunga melur, cempaka, kenanga, kemboja, kesidang dan lili putih.

SENAMAN RUTIN GAYA HIDUP SIHAT


Faktor utama untuk menjalani kehidupan sihat ialah mengamalkan senaman, pemakanan sihat, sikap yang positif dan membuat sedikit pengiraan untuk mendapatkan sasaran kadar degupan jantung ideal sebelum dan semasa bersenam.

Perkara Yang Perlu Sewaktu Bersenam
  • Hentikan senaman apabila berasa sakit
  • Elakkan teknik yang salah
  • pelbagaikan senaman untuk mengelakkan risiko kecederaan akibat aktiviti yang dilakukan berulang kali.
  • Jangan terlebih bersenam
  • Pastikan anda masih boleh bercakap ketika bersenam.
Persediaan Sebelum BersenamPastikan anda sihat
  • Pakaian yang sesuai
  • Persediaan mental- pastikan tiada elemen negatif atau tekanan.
  • Makan antara satu setengah jam atau dua jam sebelum bersenam.
  • Luangkan 5 hingga 10 minit untuk melakukan senaman ringan terlebih dulu.
  • Penyediaan mekanikal- pastikan kelengkapan senaman berfungsi dengan baik.

BANGKIT MOOD KERJA

Bagaimana mahu melangkah cergas ke tempat kerja jika masih dibayangi mod cuti? Kita lihat apa kata survey...

"Apa yang penting , sentiasa berfikiran positif dalam apa-apa juga perkara yang dilakukan.Walaupun kenangan manis ketika bercuti masih segar dalam fikiran, tanggungjawab dalam pekerjaan masih perlu
dilaksanakan".


"Setelah lama bercuti, hari pertama mulakan dengan bersenam sedikit pada waktu pagi supaya tubuh badan lebih segar untuk bekerja di samping menyiapkan pakaian dan perkakasan kerja lebih awal. Bertemu dan bersosial dengan rakan sekerja sehari lebih awal juga suatu idea yang baik".

"Cuba siapkan mental bahawa esok adalah hari memulakan kerja supaya tidak terlalu terkejut apabila menghadapinya nanti. Susun dan rancang kerja yang ingin dilakukan dan lakukannya dengan perlahan-lahan sehingga semangat untuk bekerja datang. Jadikan percutian yang dilalui itu membuatkan anda lebih bersemangat dan segar untuk bekerja.

" Cuba kenakan pakaian baru dan digemari serta sembur pewangi kesukaan untuk tingkatkan keyakinan diri. Elakkan daripada membayangkan lambakan kerja yang banyak sebelum hadir ke pejabat. Ambil masa 15 hingga 30 minit untuk bertanya khabar dan berbual ringkas dengan rakan sekerja sebelum memulakan kerja".

"Cuba mulakan kerja secara perlahan-lahan tetapi dalam kadar yang konsisten. Walaupun sedikir perlahan, sedikit sebanyak ada juga kerja yang berjalan atau boleh disiapkan daripada membiarkan saja hari itu berlalu begitu saja".

(Dipetik dari Berita Harian Januari 2011)

TIP KEKALKAN PARAS KOLESTEROL SIHAT

  • Kurangkan pengambilan daging merah, lemak haiwan dan produk tenusu
  • Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kolesterol seperti hati dan sesetengah makanan laut.
  • kurangkan pengambilan makanan yang tinggi dengan gula dan karbohidrat ringkas yang lain. tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Pengambilan lesitin juga boleh membantu mengelakkan pemendapan dan memudahkan penyingkiran lemak badan.
  • Senaman secara berterusan membantu meningkatkan kolesterol HDL seterusnya menurunkan kolestrol total.
  • Elakkan pembambilan alkohol secara berlebihan kerana ia menyumbang kepada penurunan paras kolesterol HDL yang meningkatkan risiko penyakit jantung.

Tuesday, January 18, 2011


Hari ini ku peroleh kepuasan yang tidak terhingga pabila masuk ke semua kelas pelajar-pelajar memberi respon yang positif. Walaupun jadual padat tapi kepenatan tidak terasa...syukur...Moga Hari Esok lebih baik daripada hari ini...

Penghujung Epilog

Saat itu
di penghujung pertemuan
bibirmu yang dulunya bisu
hilang kebisuannya
Pandangan redup matamu
hilang auranya

Tika itu
Di penghujung pertemuan
bicaramu kian mesra
senyumanmu menguntum seri
setiap ketika

Detik itu
di penghujung pertemuan
katamu ada rasa kerinduan
yang tidak terbendungkan
sampai ketika
di penghujung pertemuan
Hanya matamu menyapa
bertaut pandang
Bibirmu bibirku berbicara mesra
hatiku hatimu saling berkata

Namun...
di noktah pertemuan
berarak mendung menutupi gumpalan awan nan memutih
Hujan air mata membasahi wajah hati
menelusuri persoalan demi persoalan
erti sebuah pertemuan...???
mainan perasaan...???
sekadar persinggahan???
yang melakar sebuah kemesraan
menutupi lompang kesepian
A T A U
sememangnya suratan
pada sebuah ketentuan???
yang pastinya tiada jawapan
di penghujung epilog ternoktah di situ

-ABA 98/99-

Monday, January 17, 2011

Novel Di Sebalik Wajah


PERSOALAN

1. Persoalan semangat setiakawan
Contoh: Josy tetap berkawan dengan Doktor Fikri walau apa-apa jua rintangan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

2. Persoalan Kasih sayang sesama ahli keluarga
Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah memberikan sepenuh kasih sayang kepada Doktor Fikri walaupun dia dilahirkan dalam serba kekurangan.

3. Persoalan reda menerima ketentuan Allah
Contoh: Cikgu saiful dan Puan Halipah reda dan pasrah menerima takdir Tuhan apabila anak yang dilahirkan cacat iaitu balar kulitnya.

4. Persoalan taat akan perintah Allah
Contoh: Cikgu Saiful dan keluarganya sering solat berjemaah bersama-sama di rumah

5.Persoalan memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat
Contoh: Cikgu Saiful menyediakan perpustakaan mini dan pelbagai bahan bacaan di rumah sebagai galakan dan sokongan kepada Doktor Fikri yang minat membaca.

Novel Di Sebalik Wajah


TEMA

Novel ini bertemakan ketabahan seorang remaja menghadapi dugaan dan kekurangan diri dalam kehidupan seharian.
Doktor Fikri yang cacat kulitnya iaitu balar, terpaksa berhadapan dengan ejekan, sindiran dan cemuhan daripada pelajar-pelajar lain di sekolahnya. Dia juga dibuli dan dianiaya oleh Narius, Jais dan Jamadi. Kawan-kawan baiknya juga telah memulaukannya sewaktu dia difitnah mencuri buku-buku di perpustakaan dan dompet pelajar lain. Hanya Josy sahaja yang terus setia untuk berkawan dengan Doktor Farid sewaktu dia dalam kesusahan.

Di Sebalik Wajah



Sinopsis

Cerita di sebalik wajah mengisahkan seorang remaja iaitu Doktor Fikri yang cacat kulitnya iaitu balar. Nama Doktor Fikri diberikan oleh bapanya sempena nama seorang doktor yang telah mendoakan keselamatan ibunya sewaktu melahirkannya. Disebabkan nama dan kecacatan kulitnya yang balar Doktor Balar sering diejek dan diketawakan. Namun begitu, dia tabah menerima segala dugaan yang menimpa dirinya. Pertukaran ke sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal banyak memberikan pengalaman baharu kepadanya. Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz dapat menerima kehadirannya di sekolah itu. Mereka berkawan baik sehinggalah Doktor Fikri dianiaya oleh tiga orang murid iaitu Narius , Jais dan Jamadi juga sering mengganggu murid lain.

Satu laporan salah laku mereka telah dibuat kepada guru disiplin iaitu Cikgu Wahab. Hal ini menyebabkan mereka berdendam kepada Doktor Fikri. Narius dan kawan-kawannya meletakkan buku-buku perpustakaan dan beberapa dompet ke dalam beg sekolah Doktor Fikri. Guru disiplin telah membuat pemeriksaan mengejut ke setiap kelas. Doktor Fikri telah dipanggil dan disoal siasat namun dia hanya mendiamkan diri. Selepas kejadian tersebut, kawan-kawannya mula menjauhkan diri kecuali Josy yang masih setia memberikan perangsang dan semangat serta memintanya bersabar dengan dugaan yang menimpa.

Semasa sukan tahunan sekolah, Doktor Fikri gagal menamatkan larian 1500meter dan pengsan. Dia juga kehilangan basikal yang baru dibeli dengan duit simpanannya sendiri. Pada suatu hari seorang murid mengadu kepada cikgu Wahab bahawa dia ternampak Narius dan rakan-rakannya mencuri basikal Doktor Fikri. Hal ini dilaporkan ke balai polis. Narius dan rakan-rakannya telah ditangkap atas pelbagai kesalahan yang dilakukan. Mereka ditahan di lokap. Jais dan Jamadi dijamin oleh keluarga masing-masing. Narius tidak dapat dibebaskan kerana keluarganya miskin. Doktor Fikri dan bapanya dipanggil untuk mengambil semula basikalnya. Semasa di balai polis, Doktor Fikri ternampak Narius sedang menangis di samping bapanya yang sudah uzur. Doktor Fikri meminta ayahnya menjamin Narius.

Semenjak hari itu, Narius, Jais dan Jamadi insaf dan berubah menjadi lebih baik. Mereka mengaku kepada murid lain bahawa merekalah yang menganiaya Doktor Fikri. Namun pada masa yang sama. Doktor Fikri berhijrah ke Jepun kerana bapanya bertugas di sana. Setelah setahun, Doktor Fikri dan keluarganya balik bercuti di Malaysia. Kepulangan Doktor Fikri disambut dengan perasaan gembira oleh rakan-rakannya. Keluarga Doktor Fikri mengisi cuti mereka dengan bersama-sama mendaki puncak Gunung Kinabalu seperti yang dihasratkan oleh Doktor Fikri.

Sunday, January 16, 2011

SISIPAN NOSTALGIA

Persis gelombang menderu
kau menyinggahi pantai hatiku
menyingkap rasa rindu
pada yang bernama Aku
belayar mesra dalam bicara
rindu terubat jua
meski hanya di samudera tinta
meski mata tiada menyapa
kata bicara tetap terungkap mesra

Pelayaran kian jauh
telah menutup jendela hatimu
ranting sepi kian rapuh di hatimu
tapi tetap utuh terpahat di hatiku

Kini aku umpama pasir-pasir
ditinggal jauh di gigi pantai
menitip sisa-sisa rindu
pada buih-buih ombak
yang menyapa sepiku
tersisip nostalgia
menyedarkan aku
bahawa kau...
tiada lagi di sisiku.

-Nukilan ABA 1986-

Bicara Buat Teman

Teman,
hadirmu...
sekadar mengkhabarkan satu ilusi
bicaramu...
hanya mengisi nyanyian sepi

Meskipun
ada bicara rindu
menyapa antara kita
namun lenyap
bersama bisikan angin yang lalu

Kini...
terlerai sudah
citra sketsa indah
dari mimpi dan igauan semalam

-nukilan ABA 1998-

Gema Derita

Laungan suara mohon pembelaan
Bergema di seluruh maya
diinjak kedaulatannya
dicabul maruah bangsa
tertoreh parutan luka
bisa merosak jiwa bangsa

Fakirnya jiwa manusia
tika mengukir nama di persada
menggempur kuasa gila
merentas sempadan kuasa
mempertahankan dendam berbisa

Hidup dilingkari derita
di setiap penjuru penuh sengsara
anak kecil tidak berdosa
menangis meratap hiba minta dibela

Fakirnya jiwa manusia
jauh dari rasa simpati
bumi merdeka punah terbakar
disasari hujan peluru
punah satu persatu

Darah merah pekat mengalir
hanyir ditiup angin semilir
namun tiada insan terpanggil
membantu membela
maruah nasib sikecil

-Nukilan Hasrahhim-
Mac 2003

Saturday, January 15, 2011

Awet Muda Dengan Air Suam

Air suam singkir toksin
salah satu cara mengeluarkan toksin ialah dengan minum air. Toksin akan mudah dikeluarkan melalui perpeluhan dan sistem buangan.

Air Suam membantu buah pinggang
Minum banyak air suam boleh membantu buah pinggang meringankan sedikit tugasnya. Tanpa air suam, buah pinggang perlu bekerja lebih kuat dan cepat merosakkan organ penting tersebut.

Air Suam melembutkan kulit
Minum banyak air suam dapat membantu melembutkan kulit tubuh anda. Air suam ibarat losen dari dalam tubuh untuk memberikan kulit yang lembut dan mulus. Orang yang kurang minum air suam mudah mendapat masalah kekeringan kulit.

Air Suam mencerdaskan otak
Minum air secukupnya untuk mencergaskan tubuh sekali gus mencerdaskan otak. Tanpa air yang cukup, tubuh mendapat kurang oksigen.Kekurangan oksigen dalam tubuh akan menyebabkan kita cepat letih dan mengantuk. Otak yang cerdas dapat menjadikan kita lebih sihat sekali gus kelihatan lebih muda.

(dipetik dari majalah MIDI Jan 2011)