Monday, November 21, 2011

BOLA OOOO BOLA

Malam ni pastinya ramai yang ternanti-nanti di hadapan kaca televisyen mahupun di stadium bola untuk menyaksikan wira-wira bola sepak negara mengerdipkan sinar emas dari sebutir pingat yang dinantikan setelah sekian lama. Siapa Juara semuanya masih menjadi tanda tanya dan dinanti jawapannya oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia. Namun hakikatnya bola itu bulat segalanya berkemungkinan dan menang kalah sudah menjadi adat pertandingan. Marilah kita bersama-sama mendoakan kejayaan untuk wira bola sepak negara meskipun dari kejauhan. MALAYSIA BOLEH

Sunday, November 13, 2011

LANGKAH-LANGKAH MEMBANTU ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)

Orang Kurang upaya merupakan orang yang kurang bernasib baik.Mereka dilahirkan dalam keadaan cacat atau mengalami kemalangan yang menjejaskan anggota badan. Mereka tidak dapat menjalani kehidupan yang sempurna kerana kekurangan yang dimiliki. Mereka perlu dibantu untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Terdapat pelbagai pihak yang perlu memainkan peranan untuk membantu Orang Kelainan Upaya (OKU).

Ibu bapa berperanan mendidik anak-anak mereka supaya menghormati serta tidak memandang hina OKU. Hal ini demikian kerana OKU juga mempunyai perasaan ingin dihargai,disayangi dan dihormati oleh masyarakat. Sebagai contoh, anak-anak diajar supaya tidak memandang sebelah mata serta tidak mentertawakan apabila berhadapan dengan golongan tersebut. Tegasnya, ibu bapa perlu mendidik anak-anak supaya menghormati OKU.

Selain itu, pihak kerajaan boleh menyediakan pelbagai peluang pendidikan dan memberikan kemahiran kepada golongan OKU. Hal ini demikian kerana .pendidikan dan kemahiran sangat penting demi masa depan mereka. Langkah pihak kerajaan mewujudkan Kelas Pendidikan Khas patut dipuji..Jelaslah bahawa, pihak kerajaan memainkan peranan penting dalam membantu OKU sebagaimana slogan yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak ,’Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan’.

Di samping itu, pihak swasta juga hendaklah turut sama membantu golongan OKU menjalani kehidupan yang lebih baik. Mereka tidak seharusnya bersikap lepas tangan dan jangan menganggap OKU sebagai beban.Sebagai contoh, usaha murni pengusaha pusat beli-belah yang menyediakan kemudahan untuk golongan OKU seperti lorong khas, tandas dan tempat letak kenderaan amat dihargai. Sikap pihak swasta yang menunjukkan keperihatinan dan menunaikan tanggungjawab mereka terhadap golongan yang kurang bernasib baik ini perlu dicontohi.

Seterusnya, pihak media massa boleh memainkan peranan mereka dengan menyebarkan maklumat peluang pendidikan dan kerjaya bagi OKU. Setiap maklumat mestilah disampaikan dan disebarkan oleh pihak media massa kepada orang ramai. Kempen Masyarakat Penyayang yang dilancarkan oleh pihak kerajaan perlulah disampaikan melalui saluran media massa, maklumat boleh disalurkan melalui iklan,kempen,dan melalui drama. Kesannya, orang ramai akan mendapat maklumat tentang OKU secara telus. Jelaslah, nasib OKU akan terbela dengan adanya peranan media massa.

Setiap individu perlu menunjukkan nilai-nilai murni. Hal ini demikan kerana setiap individu mempunyai tangungjawab masing-masing. Sebagai contoh, mereka perlu membantu golongan OKU semasa melintas jalan, menaiki bas atau ketika OKU memerlukan sebarang bantuan, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Pendek kata, setiap individu hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni bagi membantu golongan ini.

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh, pelbagai pihak perlu memainkan peranan untuk membantu OKU. Semua pihak perlu berganding bahu, bak kata peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, bagi membela nasib dan masa depan golongan OKU.

RENUNGAN TERAKHIR....MUDAH-MUDAHAN KELUAR SALAH SATUNYA

TAJUK-TAJUK TUDINGAN KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2011

Sebelum ini saya telah membuat analisa dan perbandingan soalan-soalan percubaan antara negeri di Malaysia. Soalan-soalan telah

saya asingkan mengikut kategori masing-masing. Tugasan yang perlu dibuat oleh calon SPM ialah menganalisis soalan-soalan sebelum ini kerana calon SPM kerap kali melakukan kesilapan memilih soalan yang kurang sesuai dengan keupayaan mereka untuk menjawab. Akhirnya soalan yang dijawab kurang menepati tugasan soalan. Di sini saya paparkan sekali lagi beberapa tema yang boleh dijadikan rujukan. JANGAN LUPA MENCUBA TEKNIK KISMIS MMMMM SEKIRANYA ANDA KETANDUSAN IDEA. TEKNIK KISMIS MMMMM BOLEH ANDA RUJUK PADA TAJUK ENTRI SAYA SEBELUM INI IAITU TIPS MENULIS KARANGAN.SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MAJU JAYA....

Usaha-usaha meningkatkan pengunaan Pusat Sumber Sekolah

1. Kepentingan alam sekitar / sungai.

2. Usaha-usaha menngatasi pencemaran alam sekitar.

3. Keluarga Impian Saya.

4. Kepentingan semangat kejiranan / usaha-usaha memupuk semangat kejiranan.

5. Disiplin Teras Kejayaan Akademik.

6. Usaha-usaha mempopularkan permainan tradisional.

7. Usaha-usaha menghargai warga tua .

8. Usaha-usaha menghargai Orang Kurang Upaya (OKU).

9. Usaha-usaha mengatsi kejadian tanah runtuh.

10. Kepentingan ilmu pengetahuan.

11. Peranan ibu bapa dalam menerapkan budaya ilmu.

12. Kepentingan pemakanan seimbang.

13. Cara-cara mengatasi kemerosotan mutu sukan negara / faedah-faedah menganjurkan sukan peringkat antarabangsa di negara kita.

14. Usaha-usaha mempopularkan pantun Melayu dalam kalangan masyarakat.

15. Usaha-usaha mempuk amalan membaca / kepentingan amalan membaca.

16. Kepentingan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan / usaha-usaha memartabatkan bahasa kebangsaan.

17. Cara-cara mengatasi kenaikan harga barang.

18. Manfaat Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

ULANGKAJI SAAT AKHIR.... MEMBUAT LATIHAN

SET 1

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kecek – (V)

1

seorang pengarah

membuka akaun semasanya

di sebuah bank ternama

tetapi dalam diam

dia mencantum kemiskinan

orang lain

ke dalam amanahnya

yang telah lama pecah.

2

di kampung

seorang petani

membuka akaun kemiskinannya

di ruang kedaifan

dan mengunci sedozen anak-anaknya

di dalam pagar sengsara

tetapi dia tidak pernah mencantum

kekayaaan orang lain

ke dalam getirnya

yang sudah lama

berumbi.

3

di pantai

seorang nelayan

membuka akaun sengsaranya

di rahang laut ternganga

dan mengurung sederet anak-anaknya

di bawah pusaran nasib

tapi dia tidak pernah mengumpul

kesenangan orang lain

ke dalam kegusarannya

yang telah sekian musim

berlumut

di papan hidupnya.

4

Tuhan tidak pernah mungkir

mencatatkan setiap angka

dan nilai hitungan paling kecil

ke dalam akaun-Nya

di rumah keadilan.

AWANG ABDULLAH

Antologi Dirgahayu Bahasaku

Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Dalam rangkap ketiga sajak ini penulis menyatakan sikap seorang nelayan yang wajar dicontohi.

Nyatakan sikap tersebut.

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah seseorang melakukan pecah amah.

[3 markah]

(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.

[4 markah]

Cadangan jawapan set 1 : Sajak Kecek – (v)

(i) Satu sikap seorang nelayan di kawasan pantai yang wajar dicontohi

- Walaupun dibelenggu kemiskinan dan membesarkan anak-anak dalam serba kemiskinan, nelayan tersebut tidak pernah menggunakan hasil titik peluh orang lain.

(ii) Pada pendapat saya, sebab-sebab berlakunya gejala rasuah dalam kalangan masyarakat kita kerana

- Dipengaruhi sikap tamak/ mementingkan diri sendiri

- kurangnya didikan agama / pegangan agama yang tidak kukuh.

- Keinginan untuk menjalani kehidupan yang mewah sedangkan berada di luar kemampuan.

(iii) Pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut

- Kita hendaklah bersikap amanah semasa menjalankan tugas agar mendapat keredaan Allah.

- Kita janganlah mencari kekayaan dengan menindas orang lain agar kehidupan sentiasa dalam keberkatan.

- Kita mestilah bertanggungjawab mencari rezeki yang halal agar dapat menjamin kebahagian keluarga.

SET 2

(i) Nyatakan kehidupan seorang pengarah seperti yang terdapat dalam sajak tersebut.

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah golongan nelayan di negara kita masih dibelenggu oleh kemiskinan?

[3 markah]

(iii) Jelaskan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam sajak tersebut.

[4 markah]

Cadangan jawapan set 2 – Kecek (v)

(i) Kehidupan seorang pengarah seperti yang terdapat dalam sajak

- Sibuk mengumpul kekayaan dengan hasil simpanan pelanggannya,

- Semasa menjalankan tugas, dia begitu licik pecah amanah / menggelapkan wang.

(ii) Pada pendapat saya, golongan nelayan di negara kita masih dibelenggu oleh kemiskinan kerana

- Masih menggunakan peralatan tradisional - tidak mendapat tangkapan ikan yang banyak

- Wujudnya orang tengah yang mengaut keuntungan yang lebih.

- Kekurangan modal untuk membeli peralatan moden

(iii) Dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam sajak tersebut

- Nilai amanah – melaksanakan tugas dengan penuh amanah

- Nilai bertanggungjawab – mencari rezeki yang halal

- Nilai kegigihan – gigih berusaha mencari rezeki

- Nilai bersimpati – terhadap nasib golongan kurang berada

- Nilai rasional – dalam menjalani kehidupan.

SET 3

(i) Nyatakan kehidupan seorang petani seperti yang terdapat dalam sajak tersebut.

[3 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan pendapatan petani?

[3 markah]

(iii) Huraikan tema yang terdapat dalam sajak tersebut.

[3 markah]

Cadangan jawapan set 3 – sajak kecek

(i) Kehidupan seorang petani seperti yang terdapat dalam sajak tersebut.

- Hidup dalam kemiskinan / kedaifan

- Anak-anak petani dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan

- Tidak pernah mengambil hasil titik peluh orang lain

(ii) Pada pendapat saya, usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan pendapatan petani ialah

- Memberikan bantuan kewangan / modal

- Membantu petani memasarkan sendiri barangan mereka – mengelakkan orang tengah mengaut keuntungan

- FAMA – memberikan khidmat nasihat,

- Memberikan subsidi – benih, baja

- Petani mengusahakan kegiatan sampingan yang lain

(iii) Tema sajak tersebut

- kepentingan sikap amanah dalam kehidupan

- Dalam mencari rezeki, kita perlu amanah kerana wang yang diperoleh digunakan untuk menyara keluarga.

- Golongan yang berjawatan didapati sering kali pecah amanah untuk hidup mewah berbanding golongan yang berpendapatan rendah.