Monday, May 9, 2011

FAEDAH AMALAN MENABUNG



Pepatah Melayu ada mengatakan sehari selembar benang , lama-lama menjadi kain. Peribahasa ini bermaksud jika kita melakukan sesuatu itu sedikit demi sedikit, lama-kelamaan sesuatu yang kita lakukan itu menjadi banyak. Secara tersiratnya peribahasa ini mengajak masyarakat kita mengamalkan sikap suka menabung . Malah kerajaan juga telah melancarkan kempen menabung menjamin masa depan dalam usaha menggalakkan masyarakat menabung untuk masa hadapan.

Hakikatnya amalan menabung ini mempunyai faedah-faedah yang tidak terkira banyaknya. Antaranya ialah amalan menabung ini dapat melatih diri kita supaya sentiasa berjimat cermat. Sikap berjimat cermat merupakan sikap yang amat terpuji kerana ia dapat mengelakkan diri dari melakukan pembaziran. Selain itu amalan ini dapat melatih diri sentiasa beringat dan sikap ini wajar ditanam dalam setiap diri individu sejak kecil lagi. Pepatah ingat sementara belu kene , jimat sementara belum habis wajar dijadikan iktibar dalam kehidupan kita. malah ajaran agama sendiri melarang kita melakukan pembaziran dan menuntut kita sentiasa menabung untuk masa hadapan. Jelaslah sikap suka menabung haruslah dijadikan amalan hidup setiap masyarakat di Malaysia.

Melalui amalan menabung ini juga, kita akan mempunyai wang simpanan yang akan kita gunakan pada masa hadapan atau sewaktu kecemasan. ungkapan sediakan payung sebelum hujan amat sesuai untuk digunakan dalam konteks ini. Hal ini disebabkan kita sendiri tidak mengetahui apa -apa yang akan berlaku apda masa hadapan seperti ditimpa musibah atau penyakit. Sekiranya kita mempunyai tabungan yang cukup, kita tidak akan berasa bimbang apabila sesuatu musibah menimpa kita. oleh itu dengan adanya wang simpanan itu akan menolong kita untuk menyelesaikan masalah dan sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan.

Aktiviti menabung juga menggambarkan betapa bijaknya kita dalam mengawal urusan kewangan. Kita sepatutnya bertindak dengan bijak dalam menguruskan kewangan dan amalan menabung ini haruslah dimasukkan dalam pengurusan kewangan kita. Kita sepatutnya menabung sedikit dahulu sebelum berbelanja agar kita sentiasa menyimpan walaupun sedikit. Walaupun kadang kala kita berasa amat payah untuk berbuat demikian tetapi dengan keazaman yang kuat kita pasti boleh melakukannya seperti pepatah alah bisa tegal biasa.

Faedah yang seterusnya daripada amalan menabung ini ialah dapat mengawal inflasi daripad aberlaku. Hal ini berlaku apabila kita tidak mengamalkan sikap suka menabung, wang akan memasuki pasaran dengan banyaknya. Sekiranya keadaan ini berlaku, ia akan meningkatkan harga barangan di pasaran. Inflasi bermaksud apabila berlaku lebihan wang di pasaran berbanding barangan. sekiranya inflasi berlaku di negera kita sedikit sebanyak akan menjejaskan ekonomi negera. Oleh itu rakyat haruslah sanggup berkorban demi negara agar ekonomi negara akan sentiasa stabil dan makmur,

Amalan menabung bukan sahaja membawa faedah dalam diri individu dan masyarakat malah ia juga memberi impak yang besar kepada institusi kewangan negara. Aktiviti menabung akan memperkukuh kedudukan bank di negara kita. Apabila kita menyimpan wang di bank, wang ini dapat digunakan oleh pihak lain bagi menjalankan aktiviti perniagaan dan sebagainya melalui pinjaman yang diberikan. Olaeh itu secara tidak langsung akan dapat menjana pertumbuhan ekonomi kita. Manakala pihak bank pula akan mendapat keutnungan kerana mereka memperoleh laba daripada skim pinjaman yang diwujudkan.

Tuntasnya amalan menabung merupakan amalan yang baik dan sangat dituntut oleh semua agama kerana impak yang positif. olah yang demikian amalan ini perlulah diterapkan kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia melalui kempen dan sebagainya. Kata-kata hikmat seperti 'Menabung Mencerahkan Masa Depan' hendaklah menjadi ikutan dan pedoman rakyat Malaysia.

2 comments: