Sunday, February 27, 2011

ERA BARU

ERA BARU MENGIMPLEMENTASI SESUATU YANG BARU ITULAH TEKAD KU


PENULISAN???SAJAK BIASA BAGIKU. CERPEN NOVEL MUNGKIN JUGA...


BERSUKAN ADALAH JIWAKU DARI
DULU...




PENCERAMAH BENGKEL SESUATU YANG BIASA
DI HADAPAN ANAK-ANAK DIDIKKU DAN LUAR BIASA APABILA BERCERAMAH DI HADAPAN GURU-GURU TAPI ITULAH ERA BARU DALAM DUNIA PERGURUANKU. MENYUNTIK SEMANGAT BARU UNTUK MENINGKATKAN KEYAKINAN KU SEBAGAI SEORANG GURU...

















BIDANG KECANTIKAN DAN KETRAMPILAN??? KESAMPING NALURI WANITAKU... JUGA MINAT KU ,TAPI TAK MUNGKIN MENUKAR PROFESIONKU...

Saturday, February 26, 2011

KURSUS PENULISAN NOVEL FIKSYEN SAINS DAN TEKNOLOGI










Pada 20 Februari 2011 bertempat di Hotel Novelle Kulai telah diadakan kursus Penulisan Novel Fiksyen Sains dan Teknologi. Kursus penulisan sehari itu dianjurkan oleh Persatuan Penulisan Johor dengan kerjasama UTM dan Utusan. Antara penceramah yang terlibat antaranya ialah penulis terkenal Lim Swee Tin. Kursus ini dihadiri oleh kalangan ahli PPJ, guru-guru , pelajar-pelajar sekolah,dan beberapa orang penulis serta penggiat seni teater Negeri Johor.

MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMA










Pada 21 Februari 2011 Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Kali Pertama telah diadakan di SMK Tun Habab selaku JKD Panitia Daerah. Antara aktiviti yang dibincangkan ialah Karnival Bahasa yang akan diadakan pada 29 Mac. Acara yang dipertandingkan ialah bahas, forum, pidato, dan menulis esei. Dalam mesyuarat tersebut dibincangkan juga program-program kecemerlangan panitia yang akan dijalankan sepanjang tahun.Mesyuarat berakhir pada jam 5 petang.




BENGKEL PENGHAYATAN TEKS KOMSAS TINGKATAN 2 DAN TINGKATAN 5 DAERAH KOTA TINGGI
Pada 26 Februari bertempat di SMK Lukman Hakim telah diadakan Bengkel Penghayatan Teks Komsas Tingkatan 2 dan Tingkatan 5. Bengkel dianjurkan oleh pihak PPD Kota Tinggi di
bawah En Azam selaku pegawai Bahasa Sekolah Menengah.Bengkel ini dihadiri oleh seramai 40 orang guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah di sekitar daerah Kota Tinggi. Dalam bengkel sehari ini guru-guru didedahkan dengan teknik-teknik pengajaran sastera yang merangkumi genre puisi moden, puisi tradisional, cerpen, novel dan prosa tradisional. Guru-guru juga diberi peluang untuk bergurindam, bersajak, berseloka, dan bersyair. Bengkel sehari ini disampaikan oleh Pn Aniza Ahmad . Terima Kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh guru-guru yang hadir. Moga-moga apa yang disampaikan dapat diaplikasikan di dalam kelas.

Saturday, February 19, 2011


Alamak stressssssnya ....!!!!! semakin hari kerja semakin menimbun.Semakin banyak yang aku buat semakin banyak yang mendatang...bila nak habis niiiiiiiiiiii...........

Friday, February 18, 2011

GURU dan BILIK DARJAH


















Tidak
Semudah Yang disangka...
Guru juga manusia biasa
Menggalas bebanan dan dugaan tetap dicuba
Meski adakalanya tidak sempurna di pandangan mata insan bernama manusia ...
tetap menerima seadanya

GURU dan CABARANNYA










MEROKOK


GURU DAN CABARANNYA

DI MANA MEREKA DI HATI KITA???


PONTENG KELAS








GURU OH GURU


Melahirkan Modal Insan Intelektual


Menjana Modal Insan Kreatif dan Aktif


Mengharungi Cabaran dalam Dunia
Pendidikan






Mendidik Emosi dan Rohani bagi membentuk Insan Kamil

APA ADA PADA TIMUN


Timun mengandungi sedikit lemak yang bermanfaat untuk melembapkan bibir yang kering dan pecah.

CARA:
  • ambil timun yang masih belum dikupas kulitnya, cuci dan keringkan.
  • sapukan perlahan-lahan pada bibir seperti memakai lipstik.
  • lakukan sekerap mungkin pasti anda akan terasa perubahannya.

TAHUKAH ANDA???


  • MAKANLAH COKLAT HITAM setiap hari kerana ia mampu mengurangkan gejala keletihan.
  • PETANDA ANDA TERLEBIH MAKAN ialah anda akan berasa mengantuk dan letih selepas 2 jam petang.
  • PEROKOK bukan sahaja berisiko diserang sakit jantung sebaliknya diabetes juga. Hal ini kerana mereka lebih cenderung untuk menikmati makanan manis berbanding yang tidak merokok.
  • SECAWAN TEH HIJAU dapat membantu menyediakan tubuh anda menentang jangkitan dan mempertingkatkan imunisasi tubuh.
  • BERSENAMLAH jika mahu awet muda kerana melalui senaman otot kekal anjal dan tulang juga tidak mudah rapuh.
  • LUANGKAN MASA SEPULUH minit untuk berbual kerana manfaatnya sama seperti bermain teka silang kata membantu mempertingkatkan fungsi minda anda.
  • BERUS GIGI perlu diletakkan 6 kaki jauh dari mangkuk tandas untuk mengelakkan terkena kuman yang disebarkan melalui udara setelah tandas dipam.

ANDAI AKU


Andainya ku alpa
Ingatkan diriku
Andai Aku kesesatan
Pimpinlah tanganku
menuju jalan kebenaran
Andai Aku dalam Kegelapan
Terangi jalanku
Andai Aku Bersalah
Maafkan Salahku
Andai Aku Berdosa
Sucikan dosaku
Dalam kepekatan malam
ku mencari ruang
Bertahjud pada-Mu
Buka Pintu hatiku
Terimalah taubatku


-Hasrahhim -
17 Februari 2011

DI SEBALIK WAJAH


WAJAH GAMBARAN EMOSI

WAJAH BAYANGAN MASA SILAM

WAJAH GAMBARAN TINGKAH

WAJAH CERMINAN HATI



NASIB WANITA / ISTERI HARI INI










KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, mendedahkan purata 10 wanita negara ini dilaporkan menjadi mangsa kes keganasan setiap hari, mencakupi keganasan seksual, fizikal dan emosi.10 wanita didera sehari .

Ramai mangsa enggan buat laporan

Oleh Sophia Ahmad sophia@bharian.com.my



KELEBIHAN SENAMAN


  • Membuatkan jantung lebih sihat, meningkatkan kecergasan dan pengaliran darah.
  • Senaman membantu mengurangkan tekanan darah dan kadar denyutan.
  • Membantu mengawal berat badan.
  • Meningkatkan kolestrol baik dan mengurangkan kolestrol tidak baik dalam darah.
  • Fikiran lebih cerdas kerana senaman dapat mengurangkan ketegangan otot yang disebabkan oleh tekanan, mood dan tumpuan.
  • Tidur lebih lena, memperbaiki bentuk badan, penampilan diri dan kesejahteraan.

MULAKAN DARI SEKARANG....



Terdapat beberapa cara untuk mengikis lemak dalam pemakan :

  • Elakkan menyapu mentega pada roti. Namun jika teringin sapuan tipis sudah memadai.
  • Hindari makanan yang diproses seperti sosej dan daging burger.
  • Makan salad tanpa mayonis
  • Buang kulit ayam.
  • buang lapisan minyak pada permukaan makanan yang berkuah.
  • Gantikan aiskrim dengan yogurt.
  • Mengudap buah-buahan berbanding sepotong kek.
  • Gunakan perahan limau sebagai pengganti dressing.
Memang Sukar Untuk dilakukan tapi Alah Bisa Tegal Biasa

MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI

DI SEBALIK SENYUMAN


FAKTA MENARIK TENTANG SENYUM

  • Para saintis mendapati senyum merupakan satu senaman berbentuk joging dalaman yang mampu memberi manfaat kepada sistem saraf otak dan juga hormon.
  • Apabila kita tersenyum, badan turut tersenyum dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
  • Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 otot ketika mengerutkan dahi.
  • Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik.
  • Senyuman mampu merendahkan tekanan darah dan menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini merangsang proses penyembuhan.
  • Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.

Tuesday, February 15, 2011

ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU



PAHLAWAN BUNTUNG

Sinopsis

Pertemuan semula Khalid anak Pak Hassan dengan Pak Hussain selepas berpisah selama 30 tahun mengimbas kembali peristiwa peperangan pada zaman Jepun. Pada zaman itu penduduk di Kampung Pulau Pak Amat hidup sengsara. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa berpindah apabila kampung mereka diserang tentera Jepun. Sekembali semula dia di kampung halaman selepas tamat perang, orang kampung kembali memulakan kehidupan sebagai nelayan. Selepas itu Pak Hussain terkena serpihan bom tentera Jepun hingga mengakibatkan kakinya dipotong. Walau bagaimanapun Pak Hussain dianggap sebagai wira atau pahlawan kerana telah menggadai nyawa demi keselamatan penduduk Kampung Pak Amat. Demi menyelamatkan orang kampung Pak Hussin waktu itu akur dengan suruhan tentera Jepun untuk mengebumikan mayat-mayat orang kampung yang seorang diri. Tugas itu dilakukan oleh Pak Hussin seorang diri dan dia sengaja melewat-lewatkan kerja agar orang kampung dapat berpindah dengan selamat. Akhirnya Pak Hussin dapat meloloskan diri dengan menipu tentera Jepun dengan alasan untuk membuang air. Kesempatan itu diambil untuk melarikan diri.

Monday, February 14, 2011

HARGA SEBUAH NYAWA

Di Mana Letaknya Harga Nyawa Manusia
Di Mana Hilangnya Jiwa Kudus Manusia
Di Mana Silapnya Tingkah Manusia
Kian Pudar Nilai Kemanusiaannya...
Nafsu Kian Bermaharajalela
Hingga Memamah Segala Genap Anggota
Hati Tertutup Terkunci
Jiwa Mati...
Padahnya Menurut Kata Hati
Celanya Berhambakan Nafsu Nafsi
Nyawa Tidak Berdosa Menjadi Galang Ganti
Dek Takut Pada Bayang-bayang dan Dosa Sendiri...