Friday, January 13, 2012

WATAK PERWATAKAN MERENANG GELORA


Watak dan perwatakan

Watak Utama

i. Badri

· Anak sulung kepada Mak Siti.

· Mempunyai seorang adik lelaki bernama Badrul.

· Perawakan segak dan berwibawa

· Pengawas sekolah

· Seorang yang bertanggungjawab. Contoh, sebagai seorang pengawas dia harus menggalas tugas dengan menunjukkan dirinya berbeza dengan murid lain.

· Seorang yang berdisiplin. Contoh, dia tidak pernah melanggar peraturan sekolah sepanjang pengetahuan adiknya.

· Seorang yang aktif dalam kegiatan sukan. Contoh, menjadi wakil sekolah dalam pertandingan bola sepak bawah 15 tahun.

seorang yang menepati masa. Contoh, pada pukul 6.40 pagi dia akan menunggu bas awam untuk pergi ke sekolah.

· Seorang yang setia dalam persahabatan. Contoh, Badri berkawan baik dengan Jamil dan banyak membantu dalam pelajaran.

· Seorang yang berani menghadapi cabaran. Contoh, Badri bersikap tidak perduli dalam menangani murid yang berlagak ala samseng, sengaja melanggar disiplin, ditangkap menggunakan telefon bimbit semasa di sekolah.

· Seorang yang rajin mengulang kaji pelajaran. Contoh, mengajak Siew Mei dan Taufik membentuk kumpulan belajar.

· Seorang yang berpendirian teguh. Contoh, Badri tidak menghiraukan tentang usikan rakan-rakannya mengenai hubungannya dengan Nadira dan Siew Mei.

Watak Sampingan

ii. Shahrul

· Salah seorang sahabat Badri .

· Rakan-rakan baiknya bernama Kumar dan Meng Kong

· Anak keluarga berada.

· Seorang yang materialistik. Contoh, Shahrul tidak selesa tinggal di rumah teres kerana selama ini dia tinggal di rumah banglo.

· Seorang yang suka berfoya-foya. Contoh, bercampur gaul dengan budak-budak motor dan melepak di kompleks beli-belah.

· Seorang yang gemar makan makanan barat. Contoh, Shahrul sering mengunjungi sebuah restorant barat di pusat beli-belah.

· Seorang yang buruk sangka. Contoh, dia menganggap Badri berlagak menjadi pengawas.

· Seorang yang panas baran. Contoh, Shahrul mencekak kolar baju Kumar semasa memujuk Kumar mengikut arahannya untuk menjual telefon bimbit secara ansuran.

· Seorang remaja yang mudah terpikat dengan gadis cantik. Contoh dia berani membawa keluar Nadira menunggang motosikal.

iii. Nadira

· Seorang pelajar perempuan baru berpindah dari Sekolah Menengah Badrul Shah, Kedah ke Kuala Lumpur kerana mengikut ayahnya bertugas.

· Merupakan sahabat Badri dan Shahrul dalam kelas 5 Bestari.

· Seorang yang tidak tegas pendirian. Contoh, Nadira mudah dipengaruhi Shahrul untuk mempercayai kes telefon bimbit di dalam beg Badri.

· Seorang yang mengalami kejutan budaya. Contoh, setelah berada di Kuala Lumpur dan berkawan dengan Shahrul, Nadira memakai jeans ketat dan baju senteng.

· Seorang yang ego dan sombong. Contoh, Nadira tidak mendengar nasihat Badri agar tidak terpengaruh dengan Shahrul dan suka menghabiskan masa dengan tidak berfaedah yang boleh menjejaskan masa depannya.

· Seorang yang tidak menghormati orang lain. Contoh, Nadira enggan menerima nasihat kakaknya, Nurul Ain yang menegur tentang penampilannya.

iv. Meng Kong

· Anak kepada Encik Tan, pemilik kedai telefon bimbit.

· Sahabat kepada Badri

· Seorang anak yang tidak jujur. Contoh, Meng Kong mencuri kad prabayar dan telefon bimbit lalu dijual kepada pelajar di sekolahnya.

· Seorang yang mata duitan. Contoh, Meng Kong sanggup mencuri telefon bimbit di kedai ayahnya untuk mendapatkan wang sehingga mencecah hampir dua ribu ringgit.

· Seorang yang telah insaf akan kesalahan yang dilakukan. Contoh, setelah bapanya mengetahui perbuatan jahatnya melalui rakaman CCTV dia memohon maaf daripada ayahnya dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.

· Seorang yang patuh dan taat kepada ibu bapa. Contoh, Meng Kong sanggup tinggal di asrama sekolah sepertimana yang diarahkan oleh bapanya.

v. Cikgu Jailani

· Guru Matematik dan guru disiplin sekolah.

· Seorang yang tegas. Contoh, dia mengambil tindakan tegas kepada pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin.

· Seorang yang adil. Contoh, dia mengarahkan supaya para pengawas mengawasi kawasan sekitar sekolah secara bergilir-gilir dalam bentuk berpasukan yang terdiri daripada 3 orang pengawas.

· Seorang yang rasional. Contoh, Cikgu Jalani menyelidiki kes Badri disiram air ketika berada di dalam tandas dan kes telefon bimbit yang dijumpainya di dalam beg Badri.

· Seorang yang bertolak ansur. Contohnya walaupun Kumar kerap melakukan kesalahan tetapi setelah Kumar memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya, akhirnya cikgu Jailani tidak menggantung persekolahannya.

7 comments:

  1. assalamualikum bolehtanya boleh tak masukkan watak kumar,siew mei dan meng kong

    ReplyDelete
  2. saya hendak perwatakan cikgu kamarul,mak siti,badrul dan pak alang

    ReplyDelete
  3. watak siew mei dan taufik tiada?

    ReplyDelete
  4. Watak Siew mei,Jamil dan Taufik tiada.Harap dapat masukkan kedua-dua watak ini.

    ReplyDelete