Friday, January 13, 2012

PLOT NOVEL MERENANG GELORA

Plot

Permulaan

Pengarang memperkenalkan watak utama, Badri yang baru menyandang jawatan pengawas sekolah. Pada bahagian ini juga diperkenalkan watak Badrul iaitu adik kepada Badri yang cuba mengusik abangnya tentang jawatan pengawas yang baru disandang abangnya. Badri merasakan tanggungjawab menjadi pengawas sekolah merupakan tanggungjawab yang berat yang harus digalasnya.

Perkembangan

i. Pada bahagian ini diperkenalkan watak Jamil yang merupakan rakan baik Badri tetapi mereka berbeza dari segi prinsip hidup.

  1. Kehadiran seorang pelajar baru Siti Cahaya Nadira menjadi satu pertelagahan antara Badri dan Jamil tetapi berakhir dengan perdamaian.
  2. Peristiwa Badri disiram air ketika berada di dalam tandas tidak melemahkan semangatnya untuk berusaha mencari pelakunya dan akhirnya pelajar yang terbabit dapat ditangkap dan diserahkan kepada guru disiplin.
  3. Siew Mei menceritakan aktiviti haram Meng Kong menjual telefon bimbit dan kad prabayar kepada pelajar sekolah. Jamil turut terlibat dalam aktiviti tersebut.
  4. Hubungan Badri dengan Jamil semakin renggang kerana Jamil merahsiakan perkara tersebut daripada Badri.
  5. Shahrul dan rakan-rakan lumba haram telah diserbu oleh polis ketika Shahrul keluar dengan Nadira.
  6. Idham, abang kepada Jamil diberhentikan kerja oleh Encik Tan kerana Meng Kong menuduh Idham mencuri telefon bimbit di kedai bapanya.
  7. Masalah kecurian telefon bimbit telah dapat dikesan melalui CCTV yang dipasang di kedai dan di stor milik Encik Tan.
  8. Jamil menghilangkan diri tanpa dapat dijejaki oleh Badri kerana keluarga Jamil merahsiakan keberadaan Jamil.

Klimaks

i. Encik Tan, bapa Meng Kong berjumpa pengetua untuk menyelesaikan masalah telefon bimbit yang telah dirampas oleh pihak sekolah. Beliau juga memohon agar anaknya ditempatkan di asrama sekolah agar anaknya berdisiplin dan memberikan tumpuan terhadap pelajaran.

ii. Encik Tan meminta maaf kerana anaknya telah menyusahkan murid-murid dan guru-guru di sekolah tersebut. Encik Tan juga meminta anaknya, Meng Kong agar memohon maaf kepada pengetua astas kesalahan yang dilakukan.

iii. Meng kong, Shahrul dan Kumar dipanggil ke bilik pengetua dan dikenakan hukuman 3 rotan setiap seorang.

iv. Kumar ditangkap oleh Badri dan Taufik ketika cuba memasukkan dua kotak rokok ke dalam beg Meng Kong tujuannya supaya Meng Kong dibuang dari asrama.

v. Peristiwa mengejutkan apabila cikgu Jailani menemui telefon bimbit di dalam beg Badri.

Peleraian

i. Meng Kong berjaya ditempatkan di asrama dan telah berubah sikap begitu juga dengan Kumar yang telah insaf dengan kesalahan yang dilakukannya.

ii. Badri, Siew Mei, Taufik, Nadira dan Kumar telah menduduki peperiksaan SPM manakala Sahrul mengambil peperiksaan di hospital akibat kemalangan.

iii. Badri dan Siew Mei mendapat 9A manakala Taufik memperoleh 7A dalam peperiksaan SPM.

iv. Badri melanjutkan pelajaran di Ireland dalam bidang perubatan dan menjadi doktor yang akan bekerja di Hospital besar Kuala Lumpur.

v. Jamil melanjutkan pelajaran dalam bidang hotel dan pelancongan dan berjaya membuka resort di terengganu manakala Shahru dan Kumar melanjutkan pelajaran di politeknik mengambil kursus kemahiran memperbaiki kereta sehingga berjaya membuka bengkel kereta.

vi. Shahrul telah berkahwin dengan Nadira. Nadira membuka sebuah butik dengan kelulusan diploma fesyen di UITM yang dimilikinya.

vii. Siew Mei berjaya menjadi seorang doktor gigi.

viii. Badri dan rakan-rakannya berjaya merenang gelora dalam kehidupan mereka.

Teknik Plot

i. Pemerian

Badri tidak mengendahkan usikan adiknya. Dia menyuap nasi lemak dan mengunyahnya perlahan-lahan.

ii. Dialog

” Kalau Badrul buat salah, abang jangan tangkap”, usik Badrul lagi.

iii. Imbas kembali

Jamil menjelaskan kehilangannya dari sekolah kerana berpindah ke Sarawak ketika bertemu semula dengan Badri di resort Jamil.

iv. Imbas Muka

Kumar mengandaikan sekiranya Meng Kong mengambil telefon bimbit dari kotak baharu ayahnya pasti akan mengesyaki sesuatu.

v. Saspens

Kehilangan Jamil di sekolah tidak dapat dijejaki oleh Badri.

vi. Kejutan

Shahrul dan rakan-rakannya terkejut apabila Badri tiba-tiba muncul di pondok tempat mereka berbincang tentang jualan telefon bimbit.

vii. Monolog dalaman

Shahrul mengucapkan terima kasih kepada Badrul dalam hatinya.

1 comment: