Latihan
i. Nyatakan tema novel Merenang Gelora Karya Ruslan Ngah.
ii. Jelaskan tiga nilai yang terdapat dalam novel Merenang Gelora Karya Ruslan Ngah
Jawapan
i. Tema novel Merenang Gelora ialah ketabahan seorang pelajar dalam menghadapi cabaran hidup. Tema ini diserlahkan melalui watak utama, Badri yang menempuh pelbagai cabaran sepanjang menjalankan tugas sebagai pengawas di sekolah yang belum pernah disandang sejak zaman persekolahannya.
ii. Tiga nilai dalam novel Merenang Gelora karya Ruslan Ngah ialah :
· Nilai Ketabahan
Badri tetap tabah dengan tugasnya sebagai pengawas walaupun berbagai-bagai dugaan,cemuhan,ugutan dan tindakan dihadapi
· Nilai Prihatin
En Tan berusaha mendapatkan tempat di asrama untuk anaknya Meng Kong supaya anaknya berubah dan tidak terjebak dengan gejala sosial.
· Nilai sayang akan seni bangsa
Badri mempelajari seni pertahanan diri iaitu silat dengan Pak Alangnya dan sentiasa menjaga etika silat di mana-mana saja dia berada.
No comments:
Post a Comment