Novel ini bertemakan ketabahan seorang pelajar dalam menghadapi cabaran hidup.
Tema ini diserlahkan melalui watak utama, Badri yang menempuh pelbagai cabaran sepanjang menjalankan tugas sebagai pengawas sekolah yang belum pernah disandang sejak zaman persekolahannya.
Persoalan
i. Persoalan ibu bapa yang mementingkan kerjaya menyebabkan anak-anak terlibat gejala sosial. Contohnya, Shahrul yang kurang mendapat perhatian daripada ibu bapanya terlibat masalah disiplin sekolah dan bercampur dengan kumpulan motor.
ii. iiPersoalan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak. Contohnya, Encik Tan memohon kepada pihak pengetua supaya Meng Kong ditempatkan di asrama sekolah agar anaknya berdisiplin dan berjaya dalam peperiksaan.
iii..Persoalan hasad dengki dalam persahabatan. Persoalan ini digambarkan melalui watak Shahrul mengarahkan Kumar memasukkan dua kotak rokok ke dalam beg Meng Kong supaya Meng Kong dibuang dari asrama.
- Persoalan melaksanakan tanggungjawab terhadap tugas. Contoh, Badri sebagai seorang pengawas terus merujuk Cikgu Jailani sekiranya pelajar terlibat dengan kes disiplin seperti Jamil.
- Persoalan semangat kerjasama dalam menyelesaikan masalah. Contoh Siew Mei memberikan maklumat tentang penglibatan Shahrul dan rakan-rakannya dalam penjualan telefon bimbit secara ansurans kepada pelajar.
- Persoalan sikap gigih golongan pelajar untuk mendapatkan kejayaan dalam peperiksaan. Contoh Badri, Siew Mei dan taufik mengadakan kumpulan belajar dan akhirnya berjaya dengan mendapat 9A dan 7A dalam SPM.
- Persoalan buruk sangka dalam masyarakat pelajar. Contoh, Shahrul, Kumar, Jamil dan Meng Kong bersangka buruk terhadap Badri sehingga menyimbah air ketika Badri berada di dalam tandas sekolah.
- Persoalan gejala lumba haram dalam kalangan remaja. Contoh, Shahrul terlibat perlubaan haram sehingga hampir ditangkap oleh pihak polis.
- Persoalan berdikari untuk mendapatkan pengalaman bekerja. Contoh Badri dan Taufik bekerja sambilan di resort bapa saudara Badri sementara menunggu keputusan SPM.
No comments:
Post a Comment