1. Pemerian
Contoh: Murid-murid dalam Tingkatan Tiga Teratai hanya 25 orang sahaja termasuk aku. Ada 15 orang murid perempuan dan 10 orang murid lelaki. Ketua kelas kami ialah Ali Sintok. Dia murid yang cukup serius dan berdisiplin. (m/s 15)
2. Dialog
Contoh: “Yalah. Dua tiga hari lagi kita berangkat. Nenek tahu Tini rindu akan mama dan kawan-kawan di sana. Sabarlah, nanti nenek uruskan tiket dulu,” kata nenek (m/s 51)
3. Imbas kembali
Ketika membaca catatan demi catatan yang ditulis itu aku terasa seperti berada di sisi Satiah. Aku seperti sedang bercakap dengannya. Bayangan peristiwa semasa bersama-
sama seperti hadir semula dalam hidupku. Semua peristiwa yang berlaku antara kami ditulis dengan menarik. (m/s 120)
4. Monolog Dalaman
“Apa agaknya yang sedang Satiah lakukan pada saat ini? (m/s 87)
5. Suspens
Hartini, Nora dan Najmi dipanggil oleh pengetua berkaitan kes pengedaran pil ecstasy.
(m/s 98)
Hartini terkejut dengan kematian rakan karibnya Satiah, menyebabkan badannya lemah longlai. (m/s 115)
No comments:
Post a Comment