Monday, January 23, 2012

Watak dan Perwatakan (Novel 6.20)

Watak Utama (Nur Sukma)

· Anak perempuan tunggal pasangan Tn. Hj Syaqir dan Pn. Delia.

· Berusia 19 tahun

· Seorang penuntut jurusan sanis politik dan falsafah di sebuah institusi pengajian tinggi awam

· Seorang guru tarian zapin

Contoh : Pada masa lapang, Sukma mengajar budak-budak berumur lima hingga dua belas tahun di kawasan perumahan tempat tinggalnya.

· Seorang yang bersimpati terhadap orang lain

Contoh : Sukma berasa simpati kepada wanita tua yang berada di luar pagar rumahnya.

· Seorang yang taat kepada perintah ibu

Contoh : Sukma menurut perintah ibunya yang melarangnya daripada berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri yang berada di luar rumahnya.

· Seorang yang merendah diri

Contoh : Sukma memohon maaf kepada ibunya setelah dia berlaku kasar terhadap ibunya.

· Seorang yang taat kepada perintah Tuhan

Contoh : Walaupun sibuk dengan urusan harian, Sukma tetap menunaikan solat setiap waktu.

· Seorang yang berani

Contoh : Sukma pergi ke Kelab WX2 seorang diri untuk melihat keadaan sebenar kelab tersebut.

· Seorang yang memiliki sifat setiakawan

Contoh : Sukma sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baiknya iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pengaruh pemikiran barat.

· Seorang yang degil

Contoh : Sukma tidak mahu mendengar arahan ayahnya supaya menunggu di dalam kereta ketika operasi dijalankan.

· Seorang yang baik hati

Contoh : Sukma mengambil makanan untuk Aim yang lapar ketika Aim datang ke rumahnya.

· Seorang yang gigih berusaha

Contoh : Sukma tidak berputus asa untuk mencari bukti dan maklumat berkaitan Kelab WX2.

· Seorang yang prejudis

Contoh : Sukma berburuk sangka terhadap tingkah laku ibunya.

2. Puan Delia

· Ibu Sukma dan isteri kepada Tn. Hj Syaqir

· Seorang yang berhati-hati

Contoh : Ibu Sukma melarang Sukma daripada berjumpa dengan wanita tua, kanak-kanak dan lelaki muda di hadapan pagar rumahnya.

· Seorang yang menghormati tetamu

Contoh : Pn. Delia menyuruh Sukma menyediakan kuih dan air kepada Rafiq .

· Pernah bekerja di sebuah syarikat besar

· Berdisiplin, amanah, baik hati dan cantik

· Seorang yang penyayang

Contoh : Ibu Sukma menghadiahkan Sukma sebuah buku kerana risau tentang diri Sukma yang dikatakan mengalami tekanan perasaan.

· Penghidap penyakit darah tinggi

Contoh : Doktor menasihati ibu agar berehat di rumah.

· Seorang perisik

Contoh : Puan Delia menyamar sebagai salah seorang ahli kumpulan WX2 dengan menjadi pemerhati dalam kumpulan tersebut untuk mengetahui pergerakan kumpulan tersebut.

3. Tuan Haji Syaqir

· Seorang yang bertanggungjawab

Contoh : Tn. Haji melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pengerusi jawatankuasa kampung dengan penuh amanah.

· Seorang yang prihatin

Contoh : Hj. Syaqir berjaya mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan rawatan kulit Ehsan .

· Seorang yang taat kepada perintah Tuhan

Contoh : Walaupun sibuk dengan urusan harian, Tn. Hj Syaqir tetap menunaikan solat setiap waktu.

· Seorang yang berjasa kepada rakyat

Contoh : Beliau dihormati oleh masyarakat sekeliling kerana jasanya terhadap mereka.

· Seorang yang tidak emosional

Contoh : Beliau sentiasa tenang dalam menyelesaikan perselisihan faham yang berlaku antara Sukma dengan Pn. Delia.

· Seorang yang bertolak ansur

Contoh : Beliau tidak memarahi Sukma apabila mengetahui bahawa Sukma pergi ke Kelab WX2 seorang diri.

· Seorang yang pandai memujuk

Contoh : Beliau menyuruh Sukma agar memohon maaf kepada ibunya dengan segera setelah Sukma berlaku kasar dengan ibunya.

4. Teja

· Seorang mahasiswa di institut pengajian tinggi awam

· Teman karib kepada Sukma sejak berusia tiga belas tahun

· Seorang yang sedikit nakal dan gila-gila bahasa

· Seorang yang mempunyai semangat setiakawan yang tinggi

· Sahabat yang prihatin terhadap masalah yang dihadapi sahabatnya

· Seorang anak yang taat terhadap kedua ibu bapanya

5. Reny

· Berketurunan iban

· Seorang penari dari Kumpulan Waris Cinta

· Mahir segala jenis tarian tradisional

· Tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi

· Menimba ilmu hanya melalui pembacaan

· Seorang yang lemah-lembut dan berbudi bahasa

· Merupakan seorang anak yang rajin

· Terlibat dengan kumpulan WX2.

6. Jerry

· Berusia 19 tahun

· Merupakan sahabat kepada Sukma

· Ayahnya pernah bekerja dengan ayah Sukma

· Taat kepada kedua ibu bapanya

· Hidupnya diatur oleh kedua ibu bapanya

· Seorang pemuda yang ingin mencari kebebasan

· Seorang lelaki yang baik, boleh dipercayai dan tidak pernah menyusahkan keluarganya

· Terlibat dengan kumpulan WX2.

7. Iskandar

· Sahabat kepada Sukma sejak bersekolah menengah

· Gemar memberontak dan pesimistik

· Seorang lelaki yang ego

· Tertarik dengan Sukma

· Bertaubat di atas kesalahan yang telah dilakukan

· Boleh bekerjasama dalam mengatasi kumpulan WX2

8. Kak Ros

· Merupakan jiran kepada keluarga Sukma

· Seorang Inspektor Polis

· Berusia lingkungan 30 an

· Seorang yang cekal dan tabah

· Hidup bersendirian tanpa kedua ibu bapanya

· Seorang yang berani menjalankan tugas

· Sayangkan Sukma seperti adiknya sendiri

· Mengambil berat tentang Sukma

9. Rafiq

· Berasal daripada Washington

· Pelajar cemerlang daripada Amerika

· Merupakan pelajar baru di universiti Sukma

· Seorang yang berperwatakan sederhana

· Seorang lelaki yang menyenangkan dan berwajah cerah

· Mengikut ayahnya berpindah ke Malaysia

· Mempunyai semangat setiakawan

· Tertarik dengan Sukma

· Seorang lelaki yang baik hati

· Seorang yang mudah di bawa berbincang

· Seorang yang merendah diri

10. Wanita tua

· Seorang wanita tua yang berdikari

· Sayang akan cucunya

· Bidan kepada ibu Sukma

· Pernah mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga Sukma

· Mempunyai seorang anak lelaki yang telah meninggal dunia

· Menjual buah-buahan di pasar untuk menyara kehidupannya

· Seorang yang tabah membesarkan cucunya seorang diri

· Seorang yang berperanan penting dalam mempengaruhi pandangan Sukma terhadap ibunya.

11. Abang Aim

· Seorang yang kurus, badannya melengkung , berkulit gelap dan lemah

· Seorang penghidap AIDS

· Pernah bekerja dengan ayah Rafiq di lading

· Bekas ahli kumpulan WX2

· Tinggal di belakang rumah Tok Siak

· Menceritakan tentang pergerakan kumpulan WX2 yang menggunakan pati1 dan dadah untuk mempengaruhi pengikut mereka

12. Aim kecil

· Anak yatim piatu

· Berusia 5 tahun

· Tinggal bersama dengan neneknya sejak berusia 2 tahun

· Matang walaupun masih kecil

· Muncul di rumah sukma pada 6.20 pagi

· Gemar memakan roti

· Mendengar kata

· Sayang akan neneknya

13. Su Ani

· Ibu saudara Teja

· Pemilik Kafé Flora

· Berkahwin dengan Su Rawi

· Seorang yang pemurah

· Seorang yang baik hati

· Mesra dengan kanak-kanak

14. Pak Rashid

· Pemandu kepada ayah Sukma selama 6 tahun

· Berpakaian kemas berbaju kemeja putih dan berseluar hitam

· Seorang yang pandai menyimpan rahsia

· Prihatin terhadap sukma

· Seorang yang baik hati


Plot(Novel 6.20)

Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

1. Permulaan

Sukma tertanya-tanya tentang kehadiran tetamu – tetamu yang hadir di pintu pagar rumahnya pada jam 6.20 pagi.

Ibunya telah melarang Sukma daripada bertemu dengan mereka. Hal ini menyebabkan Sukma begitu teruja untuk mengetahui tetamu misteri tersebut.

2. Perkembangan

Ibu menuduh Sukma mengalami tekanan perasaan.

Sukma dan Teja berkenalan dengan Erman dan Renny yang akan mengadakan persembahan tarian tradisi Sarawak.

Jerry telah menceritakan tentang “ruang sepi’ yang terdapat pada kelab WX2.

Reny menjelaskan bahawa dia mengenali Iskandar dan mengetahui tentang Sukma melaluinya.

Sukma telah pergi ke Kelab WX2 untuk menyiasat dan bertemu dengan Iskandar.

Sukma telah berjumpa dengan abang Aim.

3. Klimaks

Kak Ros ingin menemui Sukma untuk mendapatkan maklumat tentang Kelab WX2.

Jerry telah memberi maklumat kepada pihak polis.

Rafiq membawa Iskandar menemui Sukma dan Iskandar mengaku kesilapannya serta mahu membantu Sukma.

Pihak polis telah berjaya membuat tangkapan.

4. Peleraian

Ibu Sukma koma di hospital akibat terkena tembakan ahli kumpulan WX2 semasa operasi.

Tema dan Persoalan (6.20 Siti Jasmina bt Ibrahim )

Tema

Novel ini membawa tema perjuangan golongan muda .

Perjuangan golongan muda yang diwakili oleh Sukma, Rafiq dan Teja yang berusaha gigih untuk menyelamatkan golongan remaja (pelajar sekolah menengah dan universiti) daripada terus hanyut dengan pengaruh pemikiran barat yang menuntut kebebasan.

Persoalan

Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya;

1. Persoalan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya.

Contoh: Ibu Sukma berasa sangat bimbang apabila Sukma ingin berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri di hadapan rumahnya pada jam 6.20 kerana baginya tindakan Sukma akan membawa bahaya kepada dirinya.

2. Persoalan konflik dalam keluarga.

Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang berlaku antara ibu dengan Sukma. Ibu beranggapan Sukma mengalami tekanan perasaan dan telah membelikanya sebuah buku untuk mengurangkan masalahnya.

3. Persoalan tanggungjawab seorang sahabat.

Contoh: Jerry sanggup membantu Sukma dengan memberitahu segala maklumat kelab WX2 walaupun Jerry tahu bahawa nyawanya terancam.


4. Persoalan berani menegakkan kebenaran

Contoh: Sukma,Teja dan Rafi berusaha mencari lebih banyak bahan bukti dan maklumat berkaitan kelab WX2. Sukma sanggup pergi ke Kelab WX2 seorang diri untuk mengetahui keadaan sebenar kelab tersebut.

5. Persoalan menunaikan ketaatan terhadap perintah Tuhan.

Contoh: Tn. Hj Syaqir dan Sukma tidak lupa menunaikan solat walaupun mereka sibuk dengan urusan masing-masing.

6. Persoalan prihatin terhadap masalah orang lain.

Contoh: Tn. Hj Syaqir berusaha mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan merawat penyakit kulit Ehsan.

7. Persoalan sikap remaja mudah terpengaruh.

Contoh: Iskandar, Jerry dan Reny yang menyertai kumpulan WX2 yang memperjuangkan kebebasan mutlak akibat dipengaruhi pemikiran barat.

Friday, January 20, 2012

Plot Novel Cempaka Putih UntukMu

Secara keseluruhannya plot novel Cempaka Putih digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

1. Permulaan

Cerita bermula dengan sebuah keluarga iaitu Encik Hasrul yang bertugas sebagai pegawai kerajaan melalui Jabatan Pertanian telah ditawarkan berkhidmat di sebuah perkampungan orang Asli. Ahli keluarga terpaksa mengikut Encik Hasrul berpindah ke tempat tersebut sebagai menghormati beliau sebagai ketua keluarga.

2. Perkembangan

Keluarga Encik Hasrul mengambil Satiah yang merupakan kawan karib Hartini sebagai anak angkat. Hubungan antara keluarga Encik Hasrul dan Pak Morit semakin erat. Hartini menjalani kehidupan seperti biasa namun Satiah terpaksa bertarung dengan penyakit yang dihidapinya.

3. Klimaks

Penyakit Satiah semakin serius walaupun Pak Morit telah menghantar anaknya berubat dengan seorang dukun di Kampung Langsat. Satiah pengsan pada hari keputusan PMR diumumkan. Darah keluar membuak-buak dari mulutnya sehingga Pak Morit akhirnya bersetuju menghantar Satiah ke hospital untuk mendapat rawatan.

4. Peleraian

Setelah bertahun-tahun menanggung penderitaan, akhirnya Satiah menemui ajal. Dalam catatan hariannya, Satiah telah meminta Hartini supaya menanam pohon cempaka putih di

Secara keseluruhannya plot novel Cempaka Putih digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:


Sunday, January 15, 2012

Nilai (Novel Cempaka Putih UntukMu)

1. Nilai keberanian

Contoh: Hartini berani memujuk Pak Morit supaya bersetuju membenarkan Satiah dirawat di hospital.

2. Nilai ketabahan

Contoh: Penderitaan yang dialami oleh Satiah sangat menyakitkan. Walaupun

dia mengalami kesakitan yang teruk, dia tetap meneruskan pelajarannya di sekolah berasrama penuh.

3. Nilai bertanggungjawab

Contoh: Encik Hasrul merupakan seorang pegawai kerajaan yang bertanggungjawab, beliau sanggup menerima tawaran berkhidmat di luar bandar.

4. Nilai kasih sayang

Contoh: Hartini sangat menyayangi Satiah sehingga dia tidak dapat menerima pemergian rakan karibnya itu

5. Nilai kebijaksanaan

Contoh: Endik Hasrul bijak menangani masalah anaknya yang difitnah mengedar pil ecstasy di sekolahnya.

6. Nilai kegigihan

Contoh : Satiah, Ineng, Sinda, Ambok, Meramu dan rakan-rakan yang lain gigih belajar sehingga berjaya dalam peperiksaan PMR.

Pengajaran

1. Kita hendaklah ikhlas dalam persahabatan

Contoh: Hartini dan Satiah telah menjalin hubungan persahabatan dengan ikhlas walaupun berbeza kaum. Satiah menjadi teman belajar, menangis dan ketawa Hartini.

2. Kita hendaklah saling menyayangi.

Contoh: Keluarga Hartini amat menyayangi Satiah walaupun Satiah hanyalah anak angkat mereka dan berasal daripada anak orang Asli.

3. Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah

Contoh: Encik Hasrul bijak menyelesaikan masalah anaknya yang telah difitnah mengedar pil ecstasy

4. Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan

Contoh: Hartini, Satiah dan rakan-rakan yang lain bersungguh-sungguh belajar secara berkumpulan untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan PMR.

5. Kita hendaklah berpegang kepada janji

Contoh: Encik Hasrul telah menunaikan janjinya dengan mengadakan kenduri kesyukuran setelah Hartini dan rakan-rakannya berjaya dalam PMR

6. Kita janganlah menganiaya orang lain

Contoh: Junainah telah menganiaya Hartini dengan meletakkan pil ecstasy di dalam almari. Perbuatannya telah terbongkar dan dia telah menerima balasan.