Thursday, January 5, 2012

NOVEL : Cempaka Putih Untukmu ( Rohani Deraman )

Tema

Novel ini membawa tema keakraban dan keikhlasan persahabatan antara dua orang remaja. Hartini dan Satiah bersahabat baik walaupun berbeza latar belakang dan keturunan. Persahabatan mereka kekal hingga ke akhir hayat.

Persoalan

  1. Persoalan kasih sayang antara keluarga.

Contoh: Keluarga Encik Hasrul dan Puan Sarah begitu menyayangi keluarga Pak Morit dan Mak Sukin sehingga mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk kebaikan anak mereka iaitu Hartini dan Satiah. Encik Hasrul telah membawa Satiah ke hospital manakala Puan Sarah mempelawa Mak Sukin tidur di rumahnya.

  1. Persoalan ketabahan menghadapi dugaan hidup.

Contoh: Satiah yang menghidap penyakit barah paru-paru tabah menghadapinya dan tetap meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Tanjung Bestari.

  1. Persoalan kebijaksanaan mengatasi masalah.

Contoh: Encik Hasrul berjaya membuktikan anaknya tidak bersalah dengan meminta kerjasama pengetua dan beberapa pegawai polis cawangan Narkotik supaya mengadakan pemeriksaan mengejut di seluruh bilik asrama.

4. Percaya kepada perkara karut.

Contoh : Pak Morit percaya bahawa penyakit Satiah berpunca kerana terlangkah benda kotor dan dia perlu dihantar ke suatu tempat untuk membuang benda yang ada pada tubuhnya.

5. Persoalan sanggup berkorban menghadapi kehidupan baharu

Contoh: Keluarga Encik Hasrul dan Puan Sarah menerima dengan hati yang terbuka untuk berpindah ke perkampungan orang asli dengan meninggalkan kehidupan yang selesa di bandar.

No comments:

Post a Comment