Friday, January 13, 2012

NOVEL 6.20 KARYA SITI JASMINA IBRAHIM


SINOPSIS

Novel ini mengisahkan Sukma, yang telah menghadapi beberapa peristiwa yang kebetulan berlaku pada waktu 6.20. Pada waktu tersebut,Sukma telah menerima kedatangan seorang wanita tua,kanak-kanak dan seorang lelaki. Sukma ingin mengetahui tentang mereka tetapi dihalang oleh ibunya. Tindakan ibunya menyebabkan Sukma tidak berpuas hati hingga membawa kepada pertengkaran kecil.

Jerry, teman sekuliah Sukma telah dipercayai terlibat dengan kumpulan WX2. Sukma menyedari hal ini sehinggalah dia diberitahu oleh Alvin ketika mereka sedang melakukan perbincangan kumpulan. Sukma mengambil keputusan untuk pergi ke kelab kumpulan WX2. Dia telah berjumpa dengan Iskandar. Sukma mendapati Iskandar ialah salah seorang ahli kelab tersebut.

Sukma berasa gembira apabila bertemu dengan Aim,kanak-kanak yang ditemui di rumahnya pada pukul 6.20 pagi. Sukma juga mengetahui bahawa nenek Aim ialah bidan kepada ibunya.

Sukma semakin mencurigai ibunya sendiri. Kecurigaan ini bertambah apabila Abang Aim turut bercerita tentang kisah hidupnya dan kaitannya dengan ibu Sukma. Sukma meminta Jerry memberikan maklumat kepada pihak polis tentang kumpulan WX2. Rafiq membawa Iskandar menemui Sukma dan Iskandar mengaku kesilapannya serta mahu membantu Sukma. Pihak polis telah berjaya membuat tangkapan. Akhirnya dalam operasi tersebut, Ibu Sukma telah ditembak dan koma di hospital kerana dia merupakan seorang perisik kerajaan.

2 comments: