Friday, April 29, 2011

20 PETUA MURAH REZEKI








  • Menyempatkan diri untuk beribadah
  • Memperbanyak Istighfar
  • Tinggalkan paebuatan dosa
  • Sentiasa ingat Allah
  • Berbakti dan mendoakan ibu bapa
  • Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
  • Menunaikan hajat orang lain
  • Banyak berselawat
  • Banyak membuat kebajikan
  • berpagi-pagi - bermaksud memulakan sesuatu kerja atau aktiviti pada awal hari sebaik-baiknya selepas menunaikan solat subuh.
  • Menjalin silaturahim.
  • Biasakan diri dalam keadaan kekal berwuduk
  • Bersedekah
  • Membiasakan diri dengan solat malam (tahajud)
  • Membiasakan diri dengan solat Dhuha
  • Bersyukur kepada Allah
  • Mengamalkan zikir dan bacaan ayat al-quran tertentu contohnya Surah at-Taubah ayat 128-129 dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat dikatakan boleh menjadi kehidupan lebih lapang dan murah rezeki.
  • Berdoa
  • Berikhtiar sehabisnya
  • Bertawakal.

Friday, April 22, 2011

RAHSIA WARNA HIJAU




  • Memandang warna hijau boleh membantu kesihatan mata.
  • Hijau adalah warna yang disukai oleh Rasullah s.a.w.
  • sayuran hijau lebih baik berbanding sayuran putih.

Thursday, April 7, 2011

KURSUS PENGHAYATAN KOMSAS (PUISI TRADISIONAL DAN DRAMA)










Bertempat di Hotel Meredian Melaka telah diadakan Kursus Penghayatan Komsas selama tiga hari dua malam bermula 23 Mac hingga 25 Mac 2011. Kursus selama tiga hari ini lebih berfokus kepada penghayatan Puisi Tradisional dan drama. Sifu Puisi Tradisional iaitu En. Roslan Madun telah menyampaikan bengkel puisi tradisional syair, gurindam dan seloka. keupayaan suara dan penyampaiannya ketika melagukan puisi-puisi tradisional tersebut memang tidak dapat disangkal lagi, cukup berkesan untuk dihayati dan dipraktikkan. Pelbagai ilmu baru tentang puisi tradisional yang telah diperoleh guru-guru dari zon selatan iaitu Melaka, Johor dan Negeri Sembilan selama tiga hari berkursus di sini. Diharapkan kursus-kursus seperti ini akan dapat menyuntik semangat kepada guru-guru untuk terus mempopularkan lagu-lagu puisi tradisional agar terus dapat dihayati dan menjadi santapan halwa teling pada masa-masa akan datang.

TERAPI PEMAKANAN SIHAT BERSAMA DE BELLA












Bertempat di Hotel De Palma telah diadakan Kursus Kepimpinan dan Pemakanan Sihat anjuran Debella. Kursus selama tiga hari dua malam ini cukup memberi manfaat untuk amalan kehidupan seharian. Ternyata apa-apa yang disampaikan oleh dua orang doktor pakar pemakanan cukup memberi kesan untuk terus diamalkan.

Saturday, April 2, 2011

KEPERLUAN AIR KEPADA TUBUH


  • Dahaga bukan petanda terbaik memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang.
  • Apabila kita berasa dahaga , badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair. kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.
  • Badan lelaki memerlukan 55 hingga 65% air manakala wanita memerlukan 50-55% air sebagai pelarut, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.
  • Kandungan air di dalam badan seseorang berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing.
  • Umumnya jumlah peratusan kandungan air orang yang tidak banyak lemak lebih tinggi berbanding orang yang mempunyai banyak lemak.
  • Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari walaupun seseorang itu tidak aktif.
  • Tanpa air yang cukup, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan.Bentuk dan saiz otot turut berubah.
  • Lebih malang jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.
  • Sikap tidak suka minum air masak juga sebenarnya menyeksa organ di dalam badan terutamanya buah pinggang kerana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi menapis bahan-bahan toksik daripada air.
  • Kesimpulannya orang yang berbadan besar lebih banyak kekurangan air berbanding orang yang kurus.
Tanda Kekurangan Air
  • cepat letih
  • terlalu dahaga
  • mulut kering
  • mengantuk
  • air kencing sedikit dan pekat
  • air mata terlalu sedikit
  • lemah otot
  • sakit kepala dan pening
Kesan kekuarangan air yang serius
  • menyebabkan tekanan darah rendah
  • denyutan jantung menjadi cepat
  • kurang berpeluh
  • Mata cengkung
  • kulit menjadi kering dan tidak kenyal
  • demam
  • pengsan
  • meracau
Semakin berusia, kebolehan badan untuk mengekalkan kandungan air dalam badan menurun dan deria mengesan dahaga juga berkurang.
Minumlah air sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter sehari.