Tuesday, January 10, 2012

NOVEL MERENANG GELORA (RUSLAN BIN NGAH)


SINOPSIS

Novel ini memaparkan kisah seorang pelajar bernama Badri yang baru dilantik menjadi pengawas.Perasaan teruja menjadi pengawas wujud dalam dirinya. Di sekolah dia mempunyai rakan baik bernama Jamil yang berbeza dari segi prinsip hidupnya. Kehadiran pelajar baru Siti Cahaya Nadira menjadi pertelagahan pendapat antara Badri dan Jamil mengenai perempuan tetapi berakhir dengan pedamaian.

Peristiwa Badri terserempak dengan Meng Kong dan rakannya di tandas menyebabkan Badri disiram air semasa di tandas oleh pelajar yang tidak dikenali. Badri pulang awal dari sekolah untuk menukar pakaian dan meminta keizinan ibunya untuk ke perpustakaan seterusnya ke rumah Pak alang untuk belajar silat. Apa yang berlaku tidak melemahkan semangatnya malah berusaha menjejaki pelajar tersebut dan akhirnya pelajar tersebut dapat ditangkap dan diserahkan kepada guru disiplin iaitu Cikgu Jalani .

Semasa pulang dari sekolah Badri mendapati nota kecil di poket seluarnya. Nota tersebut daripada Siew Mei yang ingin menceritakan aktiviti haram Meng Kong serta penglibatan Jamil . Badri kecewa kerana Jamil merahsiakan darinya dan hubungannya semakin renggang. Kakak Nadira menegur pakaian yang dipakainya tetapi Nadira memarahi kakaknya pula. Badri bertemu Nadira di perpustakaan untuk menceritakan tentang Sharul tetapi tidak dipercayai oleh Nadira.

Tatakala Nadira bersama dengan Shahrul dan rakan-rakan rempitnya,pihak polis menyerbu kumpulan tersebut dan menahan Nadira dalam ketakutan ditinggalkan Shahrul, selepas disoal siasat Nadira dihantar pulang dan dia dimarahi pula oleh ibu dan kakaknya. Nadira menyesali perbuatannya dan ingin berbaik pula dengan Badri. Hubungan baik antara Badri dan Nadira dicemburui oleh Shahrul malah menyimpan dendam kepada Badri.

Jamil menceritakan segalanya kepada Badri setelah dia dituduh mencuri telefon oleh Meng Kong. Badri menasihati Jamil supaya tidak melibatkan diri dengan aktiviti tersebut kerana beliau adalah anak harapan keluarga .Selain itu Jamil sepatutnya membantu Meng Kong dan rakan-rakannya supaya tidak terus bergelumang dengan aktiviti tersebut.

Badri terdengar perbualan Shahrul dan rakan-rakan mengenai jualan telefon semasa berjoging di tepi tasik. Namun Shahrul ternampak kelibat Badri lalu menyerangnya tetapi dapat ditangkis oleh Badri. Dendam Shahrul kepada Badri semakin memuncak dan sentiasa mencari jalan untuk membalas dendam terhadap Badri.

Melalui CCTV ayah Meng Kong dapat mengesan perbuatan anaknya sendiri mencuri telefon bimbit dan beliau menyesal menuduh Idham dan Jamil. Ayah Meng Kong berjumpa pengetua untuk mengenal pasti telefon bimbit yang dirampas pihak sekolah dan memohon Meng Kong ditempatkan di asrama. Ketiga-tiga pelajar telah menerima hukuman rotan oleh pihak sekolah.

Meng Kong telah berubah menjadi baik, manakala Shahrul dan Kumar berusaha supaya Meng Kong dibuang sekolah dengan memasukkan rokok di dalam beg Meng Kong namun perbuatan Kumar telah dapat dihidu oleh Badri dan akhirnya Kumar menyesal atas perbuatannya.Hubungan antara Badri dan Siew Mei semakin akrab dan ini menyebabkan fikiran Nadira terganggu.

Badri pernah ternampak Jamil berbual dengan bernama pemuda Amran dan tiga rakannya yang mati ditembak oleh polis kerana mengedar dadah. Hal ini membimbangkan Badri kemungkinan Jamil juga terlibat. Kematian Amran menyebabkan Shahrul ketakutan kerana rahsianya akan dibongkar oleh Badri. Dia merancang melanggar Badrul dengan motor,malangnya dia yang cedera parah kerana terhumban ke longkang. Dia bernasib baik kerana Badrul serta kawan-kawannya pula segera menghantarnya ke hospital

Tingkah laku Shahrul masih tidak berubah dan tidak disenangi oleh rakan-rakannya.Hal ini demikian kerana ibu bapa tidak mempeduli langsung tentang dirinya. Perbuatannya menyorok telefon di dalam beg Badri akhirnya diketahui oleh Cikgu Jailani. Oleh sebab ketakutan Shahrul hilang fokus seterusnya terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Setelah tamat peperiksaan SPM Siew Mei ke Jepun kerana menziarah kakaknya . Kesempatan yang ada memberi peluang Siew Mei mempelajari bahasa Jepun . Badri dan Taufik bekerja sambilan di resort bapa saudaranya di Terengganu. Apabila keputusan SPM diumumkan Badri dan Siew Mei mendapat 9A manakala Taufik menperoleh 7A

Badri menjadi doktor perubatan di Hospital Besar Kuala Lumpur manakala Siew Mei menjadi doktor gigi. Jamil menjadi pemilik resort di Terengganu setelah menamatkan pengajian dalam bidang hotel dan pelancongan. Sharul dan Kumar mengambil bidang otomotif di politeknik dan mereka berkongsi membuka bengkel kereta di Kuala Lumpur setelah tamat pengajian, Meng Kong meneruskan perniagaan ayahnya yang semakin berkembang manakala Nadira berkelulusan bidang fesyen berkahwin dengan Shahrul dan membuka butik . Jamil berharap hubungan Badri dan Siew Mei berakhir dengan perkahwinan.Bagi Badri pula dia berasa puas kerana kawan-kawannya berjaya merenang gelora dalam kehidupan yang lalu dan berharap berjaya pula merenang gelora kehidupan mendatang sehingga akhir hayat.

No comments:

Post a Comment