Wednesday, March 17, 2010

TIP SIHAT GAYA RASULULLAH

1. Panduan cara tidur yang betul adalah dengan mengiringkan badan ke kanan manakala tangan kanan menyokong kepala. Mengiringkan badan ke kiri semasa tidur dikhuatiri menekan perut. Ini akan menganggu proses pencernaan. keadaan ini juga akan mengganggu kemampuan jantung untuk mengepam darah.

2. Berwaspadalah dengan kesan penyakit hati kepada kesihatan. Sifat dengki, sombong, suka memfitnah dan pendendam akan meningkatkan risiko dijangkiti barah dan hepatitis.

3. Diet menangani segala penyakit dan menurunkan berat badan ialah makan dan minum jangan berlebihan dan makanlah rezeki yang halal dan baik.

4. Ada 6 emosi jika dibiarkan akan memudaratkan kesihatan. Pertama MARAH berlebihan akan menyebabkan penyakit jantung. Kedua TAKUT berlebihan akan menyebabkan kemurungan dan kerosakan sel otak, ketiga KEBIMBANGAN yang berlebihan akan memudaratkan buah pinggang, Keempat SEDIH berlebihan akan menyebabkan sakit pada paru-paru, Kelima GEMBIRA berlebihan menyebabkan sakit jantung dan Keenam MALU yang berlebihan akan menyebabkan penyakit ulser dan hati. kebijaksanaan mengawal emosi menjadikan badan sihat.

5. Tidur adalah proses fisiologi yang penting. Semasa tidur organ-organ dicergaskan semula. Apabila lambat tidur pencergasan semula organ akan terganggu. Tidur yang panjang pula akan memekatkan darah dan meningkatkan risiko serangan jantung dan angin ahmar.Tidur yang menyihatkan ialah dua jam sesudah makan malam dan bangun antara jam 3 hingga 4 pagi. Serangan angin ahmar dan jantung sering berlaku antara jam tiga hingga enam pagi.

6. Cara yang betul untuk menguji keaslian madu ialah mengan mengukur keasidannya. PH bagi madu asli antara 3.4 dan 4.5. Apabila ia dititiskan ke atas kertas akhbar, ia tidak akan mudah diserap .

7. Ibn Sina berpendapat mereka yang berumur 45 tahun ke atas diwajibkan mengambil madu secara teratur.

8. Air sejuk berbahaya bagi pencernaan. Elakkan meminum air sejuk kerana air sejuk mengganggu fungsi enzim-enzim pencernaan. Air sejuk juga memudaratkan organ pernafasan terutamanya sesudah memakan makanan panas, manis dan sesudah mandi air panas.

9. Nabi menganjurkan supaya meminum air seteguk demi seteguk. Ambil nafas sebanyak tiga kali bagi setiap teguk. Baca bismillah sebelum minum dan alhamdulillah selepas minum cara begini lebih menyegarkan dan menyihatkan.

10. Terdapat banyak keberkatan pada makan malam. Nabi melarang kita meninggalkan makan malam. Ini kerana tabiat itu mempercepatkan proses penuaan dan menyebabkan tidur kurang nyenyak. Rasulullah menyarankan "Makan malamlah kamu walaupun dengan hanya sebiji kurma.

11. Salah satu rahsia orang Kazakhastan panjang umur ialah kebiasaan mereka meminum yogurt. Yogurt mempunyai kandungan protein yang mampu menurunkan kadar kolesterol dan kaya dengan kalsium.

12. Tomato mengandungi lycopene iaitu antioksida yang dapat mengurangkan risiko pembengkakan prostat. Bagi lelaki yang berumur 40 tahun ke atas digalakkan minum jus tomato untuk menyihatkan prostat.

13. Dua cara berkesan mengurangkan kegemukan adalah mengurangkan makan dan bersenam. Senaman yang disarankan pula dilakukan pada waktu petang kerana ia memiliki nilai aerobik yang besar hingga boleh membakar lemak

14. Nabi menyarankan kita supaya menyejukkan makanan sebelum memakannya.Mulailah dari tepi pinggan. Nabi melarang meniup makanan yang panas. Kajian mendapati makanan yang panas menyebabkan barah kerongkong dan barah perut.

15. Kandungan lemak tepu dan sodium paling rendah terdapat pada daging kambing. Daging kambing adalah daging yang selamat dimakan berbanding daging lembu dan ayam. Untuk mengurangkan daging kambing yang bersifat panas, minumlah air belimbing selepas makan daging kambing.

BACA DAN RENUNG-RENUNGKAN......

Friday, March 12, 2010

MAJLIS AKUR JANJI






Pada 4 Mac 2010 telah diadakan Majlis Akur Janji bertempat di Dewan Nurul Ilmi.Majlis mendapat kerjasama daripada ibu bapa, guru-guru dan juga para pelajar.Majlis diakhiri dengan pertemuan ibu bapa dan guru-guru tingkatan bagi membincangkan prestasi dan pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir tahun 2009.

TAHNIAH ......





Debaran telah pun berakhir sebaik saja keputusan SPM 2009 diumumkan......
Suka duka dan tawa gembira pada hari keputusan SPM diumumkan

KEPUTUSAN SPM YANG MENDEBARKAN






Alhamdulilah keputusan SPM yang diumumkan pada 11 Mac 2010 telah membawa perkhabaran yang agak menggembirakan kerana keputusan keseluruhan lebih baik daripada tahun sebelumnya. Keputusan meningkat daripada 98.64% kepada 98.78%. Walaupun peningkatannya agak sedikit tetapi cukup memberikan impak kepada kami warga SMKS Seramai 70 orang telah mendapat A+,A dan A- dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dua orang calon juga telah mendapat 9A iaitu Hamidah Hashim dan Shazwani Daud....sekalung Tahniah kepada semua calon SPM yang telah berjaya dengan cemerlang.......

Saturday, March 6, 2010

Aksi-aksi penonton......





Reaksi dan aksi penonton sama penting dengan aksi pemain.....sokongan dan sorakan mereka dari belakang memberi semangat kepada pemain untuk terus berjuang hingga ke titisan peluh terakhir.....

De Lagi Gambar





LAGI GAMBAR-GAMBAR PERLAWANAN SOFTBALL





PERLAWANAN PERSAHABATAN SOFTBALL GURU-GURU SMKS VS PELAJAR INSTEADT






Pada 2 Mac 2010 telah diadakan perlawanan softball antara guru lelaki SMKS dan pelajar insteadt. Perlawanan dimulakan tepat pada jam 3.30 petang. Objektif perlawanan ini ialah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua pihak dan mendedahkan teknik dan strategi permainan kepada pelajar-pelajar insteadt itu sendiri. Kalangan guru-guru lelaki yang bermain dalam perlawanan persahabatan itu adalah terdiri daripada jurulatih softball pasukan sekolah. Pada akhir perlawanan guru-guru SMKS telah mendahului dengan 13 mata berbalas 7....tahniah!!!!
Diharapkan perlawanan seumpama ini dapat diteruskan pada masa-masa kan datang.