Thursday, July 8, 2010

Bagaimana Mengelak Kerja Bertangguh

Bagaimana Menangani Kerja Anda yang Bertangguh-tangguh?

  • Mulakan Sekarang juga.
Pepatah cina ada mengatakan "Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama"
  • First Thing First
- Selesaikan kerja yang datang dahulu
- Selesaikan kerja yang pendek dan ringkas dahulu
  • Manfaatkan masa pendek
  • Things To Do Today
-Buat senarai "Things To Do Today" dan gantungkan di tempat yang muda
dilihat.Potong perkara yang telah dilaksanakan.
  • Tandakan kerja kepada empat kategori
- Penting dan mesti siap sekarang
- Penting tetapi boleh ditangguhkan
- Kurang penting tetapi mesti buat sekarang
- Kurang penting dan boleh ditangguhkan
  • Siapkan banyak kerja
  • Buat kerja dengan yakin
  • Leraikan halangan satu persatu
  • Belajar berkata 'No'
  • "Gantungkan Kerja" bukan Timbunkan
-dipetik dari Majalah Solusi-





SEMINAR SEHARI BERSAMA NST DAN BERITA HARIAN

Pada 26 Jun 2010 bertempat di Pulai Spring Resort Johor Bahru telah diadakan Seminar Sehari Bersama NST dan Berita Harian. Seminar yang bertemakan Guru Tampil Hebat Murid Tertambat diadakan sebagai penghargaan kepada sekolah-sekolah yang telah melanggan suratkhabar NST dan Berita Harian . Seminar tersebut telah dihadiri oleh guru-guru dari Zon Selatan . Pelbagai pengisian telah diadakan sepanjang seminar berjalan antaranya Program Gaya Hidup Sihat, Masakan Biskut tajaan cornflake yang dikendalikan oleh Chef Ismail dan Florence Tan, Ketrampilan diri bersama Ariani dan Sendayu Tinggi serta Motivasi . Aktiviti santai yang diadakan cukup memberi pelbagai manfaat kepada guru-guru yang hadir.

PROGRAM IMMERSION DAN KUNJUNG BANTU PPD KOTA TINGGI DAN MAJLIS GURU CEMERLANG

8 Julai - Bertempat di SMK Tan Sri Jaafar Albar dan SK Sedili Kecil telah diadakan Program Immersion dan Kunjung Bantu yang dikendalikan oleh PPD Kota Tinggi dan Majlis Guru Cemerlang . Program ini diadakan bertujuan untuk membantu meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran serta membantu merancang strategi bagi tujuan kecemerlangan akademik sekolah. Program di sertai oleh seramai 5 orang pegawai PPD dan 5 orang guru cemerlang. Program bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.45 petang. Program berjalan lancar dan program seperti ini akan diteruskan pada minggu-minggu yang akan datang di sekolah yang berbeza.

Saturday, April 10, 2010

KEJOHANAN BOLA JARING MSSM JOHOR






Pada 1 April hingg 4 April telah dilangsungkan Kejohanan Bola Jaring MSSM Johor bertempat di Dewan Sk Foon Yew 1 dan 3 dan Sk Tampoi. Dalam kejohanan tersebut Johor Bahru telah mengungguli bagi kategori bawah 15 dan 18 tahun. Manakala bawah 12 tahun telah dimenangi oleh Daerah Ledang dan Naib Johan dimenangi oleh Daerah Kota Tinggi. Tahniah diucapkan.

KURSUS KECANTIKAN DAN KESIHATAN ANJURAN MINGGUAN MALAYSIA DAN THE ZON HOTEL REGENCY






Pada 28 Mac 2010 telah diadakan bengkel kesihatan dan kecantikan di Hotel The Zon Johor. Bengkel yang berlangsung selama 1 hari telah dipenuhi dengan pengisian yang cukup padat dan bermakna. Antara agendanya ialah senaman ringkas dan petua kesihatan oleh Mak Dara (Ibu Halimah), penjagaan kewanitaan oleh Tengku Khalidah dan kepentingan air tajaan COWAY telah disampaikan oleh penyanyi terkenal Ifa Raziah. Pada bengkel tersebut juga kami telah diberi tunjuk ajar tentang teknik solekan oleh En Zamri iaitu salah seorang jurusolek artis yang terkenal. Meskipun solekan menggunakan jenama atau barangan yang murah tapi hasil sentuhan tangan En Zamri sangat menakjubkan. Bengkel sehari ini cukup menyeronokkan dan banyak memberi input yang sangat bermanfaat kepada para peserta yang menyertainya.

Kursus Komsas






Pada 5 April 2010 bertempat di PKG SK Laksamana , telah diadakan kursus dan bengkel sehari Komsas. Bengkel telah disampaikan oleh Pn. Mahnita dan Pn. Ku Sunira dari SMK Tun Habab. Sepanjang bengkel guru-guru telah menjalankan aktiviti mikro teaching dan membuat Rancangan Mengajar berdasarkan teks-teks komsas tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

lagi gambar-gambar Lawatan Muhibbah






Mesra dalam ingatan....

KUNJUNGAN MUHIBBAH SMK YUNUS KE SMKS






Pada 10 April 2010 , KBG SMK YS Kluang telah mengadakan lawatan muhibbah ke SMK Semenchu. Rombongan tiba di SMKS tepat jam 9.45 pagi. Guru-guru telah dijamu dengan pelbagai hidangan sarapan pagi yang dibawa dan disediakan sendiri oleh guru-guru SMKS. Pelbagai acara sukan telah diadakan , antaranya ialah pertandingan petanq , giant scrabble, dadu race, galah panjang , boling kelapa dan badminton. Acara sukan dimulakan tepat jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari. Sebelum pulang tetamu telah dihidangkan makan tengah hari.....emmmm .Majlis bersurai pada jam 2.00 petang....Terima Kasih kerana sudi datang ke Sekolah kami....

Friday, April 9, 2010

KURSUS PENGHAYATAN SASTERA






Pada 30 Mac hingga 1April telah diadakan kursus penghayatan dan pemantapan Kesusasteraan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di Hotel Selesa Johor Bahru. Kursus tersebut melibatkan peserta-peserta dalam kalangan guru cemerlang dari Zon tengah dan Zon selatan. Kebanyakan fasilitator terdiri daripada pensyarah-pensyarah Maktab.Sepanjang kursus selama 3 hari peserta telah didedahkan dengan pelbagai teknik pengajaran sastera yang boleh dipraktikkan di dalam bilik darjah. Guru-guru bukan sahaja didedahkan secara teori tentang teknik pengajaran tersebut, malah mereka juga telah mempraktikkannya sepanjang kursus berlangsung.Secara keseluruhannya kursus seperti ini sangat menarik dan berkesan untuk membugar kembali penghayatan dan pemahaman guru terhadap teks-teks sastera yang digunakan di dalam kelas. Guru yang terlibat dengan kursus ini juga dapat mengajar dengan gaya dan nafas baru yang pastinya sentiasa segar sepanjang zaman.

Wednesday, March 17, 2010

TIP SIHAT GAYA RASULULLAH

1. Panduan cara tidur yang betul adalah dengan mengiringkan badan ke kanan manakala tangan kanan menyokong kepala. Mengiringkan badan ke kiri semasa tidur dikhuatiri menekan perut. Ini akan menganggu proses pencernaan. keadaan ini juga akan mengganggu kemampuan jantung untuk mengepam darah.

2. Berwaspadalah dengan kesan penyakit hati kepada kesihatan. Sifat dengki, sombong, suka memfitnah dan pendendam akan meningkatkan risiko dijangkiti barah dan hepatitis.

3. Diet menangani segala penyakit dan menurunkan berat badan ialah makan dan minum jangan berlebihan dan makanlah rezeki yang halal dan baik.

4. Ada 6 emosi jika dibiarkan akan memudaratkan kesihatan. Pertama MARAH berlebihan akan menyebabkan penyakit jantung. Kedua TAKUT berlebihan akan menyebabkan kemurungan dan kerosakan sel otak, ketiga KEBIMBANGAN yang berlebihan akan memudaratkan buah pinggang, Keempat SEDIH berlebihan akan menyebabkan sakit pada paru-paru, Kelima GEMBIRA berlebihan menyebabkan sakit jantung dan Keenam MALU yang berlebihan akan menyebabkan penyakit ulser dan hati. kebijaksanaan mengawal emosi menjadikan badan sihat.

5. Tidur adalah proses fisiologi yang penting. Semasa tidur organ-organ dicergaskan semula. Apabila lambat tidur pencergasan semula organ akan terganggu. Tidur yang panjang pula akan memekatkan darah dan meningkatkan risiko serangan jantung dan angin ahmar.Tidur yang menyihatkan ialah dua jam sesudah makan malam dan bangun antara jam 3 hingga 4 pagi. Serangan angin ahmar dan jantung sering berlaku antara jam tiga hingga enam pagi.

6. Cara yang betul untuk menguji keaslian madu ialah mengan mengukur keasidannya. PH bagi madu asli antara 3.4 dan 4.5. Apabila ia dititiskan ke atas kertas akhbar, ia tidak akan mudah diserap .

7. Ibn Sina berpendapat mereka yang berumur 45 tahun ke atas diwajibkan mengambil madu secara teratur.

8. Air sejuk berbahaya bagi pencernaan. Elakkan meminum air sejuk kerana air sejuk mengganggu fungsi enzim-enzim pencernaan. Air sejuk juga memudaratkan organ pernafasan terutamanya sesudah memakan makanan panas, manis dan sesudah mandi air panas.

9. Nabi menganjurkan supaya meminum air seteguk demi seteguk. Ambil nafas sebanyak tiga kali bagi setiap teguk. Baca bismillah sebelum minum dan alhamdulillah selepas minum cara begini lebih menyegarkan dan menyihatkan.

10. Terdapat banyak keberkatan pada makan malam. Nabi melarang kita meninggalkan makan malam. Ini kerana tabiat itu mempercepatkan proses penuaan dan menyebabkan tidur kurang nyenyak. Rasulullah menyarankan "Makan malamlah kamu walaupun dengan hanya sebiji kurma.

11. Salah satu rahsia orang Kazakhastan panjang umur ialah kebiasaan mereka meminum yogurt. Yogurt mempunyai kandungan protein yang mampu menurunkan kadar kolesterol dan kaya dengan kalsium.

12. Tomato mengandungi lycopene iaitu antioksida yang dapat mengurangkan risiko pembengkakan prostat. Bagi lelaki yang berumur 40 tahun ke atas digalakkan minum jus tomato untuk menyihatkan prostat.

13. Dua cara berkesan mengurangkan kegemukan adalah mengurangkan makan dan bersenam. Senaman yang disarankan pula dilakukan pada waktu petang kerana ia memiliki nilai aerobik yang besar hingga boleh membakar lemak

14. Nabi menyarankan kita supaya menyejukkan makanan sebelum memakannya.Mulailah dari tepi pinggan. Nabi melarang meniup makanan yang panas. Kajian mendapati makanan yang panas menyebabkan barah kerongkong dan barah perut.

15. Kandungan lemak tepu dan sodium paling rendah terdapat pada daging kambing. Daging kambing adalah daging yang selamat dimakan berbanding daging lembu dan ayam. Untuk mengurangkan daging kambing yang bersifat panas, minumlah air belimbing selepas makan daging kambing.

BACA DAN RENUNG-RENUNGKAN......

Friday, March 12, 2010

MAJLIS AKUR JANJI






Pada 4 Mac 2010 telah diadakan Majlis Akur Janji bertempat di Dewan Nurul Ilmi.Majlis mendapat kerjasama daripada ibu bapa, guru-guru dan juga para pelajar.Majlis diakhiri dengan pertemuan ibu bapa dan guru-guru tingkatan bagi membincangkan prestasi dan pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir tahun 2009.

TAHNIAH ......





Debaran telah pun berakhir sebaik saja keputusan SPM 2009 diumumkan......
Suka duka dan tawa gembira pada hari keputusan SPM diumumkan

KEPUTUSAN SPM YANG MENDEBARKAN






Alhamdulilah keputusan SPM yang diumumkan pada 11 Mac 2010 telah membawa perkhabaran yang agak menggembirakan kerana keputusan keseluruhan lebih baik daripada tahun sebelumnya. Keputusan meningkat daripada 98.64% kepada 98.78%. Walaupun peningkatannya agak sedikit tetapi cukup memberikan impak kepada kami warga SMKS Seramai 70 orang telah mendapat A+,A dan A- dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dua orang calon juga telah mendapat 9A iaitu Hamidah Hashim dan Shazwani Daud....sekalung Tahniah kepada semua calon SPM yang telah berjaya dengan cemerlang.......