Saturday, March 26, 2011

SEMINAR BAHASA DI TANJONG VISTA KUALA TRENGGANU






Pada 14-16 Mac 2011 telah dianjurkan Seminar Bahasa Peringkat Kebangsaan di Trengganu. Seminar yang telah diadakan di Hotel Tanjong Vista Kuala Trengganu bertujuan untuk memperjuangkan dan memartabatkan kembali Bahasa Melayu sebagai bahasa utama di negara kita mahupun di peringkat kebangsaan. Selama tiga hari para peserta telah dihidangkan dengan pembentangan kertas kerja yang disampaikan oleh para cendakiawan dan pakar-pakar bahasa dari Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Thursday, March 10, 2011

BERAPA KALORI SARAPAN PAGI ANDA???? KIRA KALORI ANDA

Bun Kari Ayam 1 (204), Sandwich sardin 1 (71), Murtabak 1 ( 722), Cheese cake sepotong ( 400), Roti canai kosong + dal sekeping (414), Roti Canai telur + dal sekeping (414), dapati + kuah kari sekeping + 1/2 mangkuk (359), Roti kosong sekeping (75) karipap 2 keping( 256), nasi lemak 1 cawan ( 400), kuay teow goreng + kerang (743), kari laksa (589).cucur udang sekeping (144), donut 1 (268), pisang goreng 1 (129), Kuih apam balik 1 (282), kuih koci 1 (183), kuih talam seri kaya 1 (183), popia goreng 1 (91).









DE BELLA BOLEH MEMBANTU MENGEMBALIKAN KEYAKINAN ANDA UNTUK MENDAPATKAN BERAT BADAN YANG IDEAL...

MENGINGATKAN AKU TENTANGNYA...


Ringgggggggg.....ringgggggggg....Deringan telefon jam 4 pagi pastinya mengejutkan aku dari lena. Hati mula berdebar-debar. Panggilan pada waktu-waktu begini selalunya membawa perkhabaran yang kurang baik. Telahan ku betul... aku mendapat perkhabaran sepupu suamiku telah kembali kepada-Nya.....Innalilahiwainailahirajiun.... Bersyukur yang amat kerana tika ini aku masih diberi ruang untuk terus bernafas di muka bumi ini. . .Kematian... mengingatkan aku tentangnya yang pasti datang pada bila-bila masa . Bersyukur andai hidup masih diberi kesihatan yang sempurna. Bagiku kesihatan amat berharga dan perlu dihargai. Kalau tidak kita siapa lagi yang akan menghargai diri kita. Sepupu suami ku meninggal kerana penyakit buah pinggang dan kencing manis. Tiga minggu sebelum itu adik kepada sepupu suamiku ini meninggal juga tapi akibat serangan jantung secara tiba-tiba. Andai itu takdirnya kita kena redha menerimanya... Apa yang penting kita perlu berusaha dan mengingatkan diri kita akan peri pentingnya menjaga kesihatan diri. . . Mengingatkan Aku Tentangnya agar menghargai diri sendiri...

Tip Pemakanan Sihat


  • Mengelakkan atau mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kadar lemaknya seperti ayam goreng, nasi goreng, lemak tepu yang tinggi seperti susu sejat, santan.
  • Mengurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti gula-gula , kek, pencuci mulut dan minuman manis.
  • Makan makanan yang tinggi kadar fiber(produk wholegrain, buah , sayur)
  • Ambil makanan pada kadar yang tetap dan elakkan makan snek semasa pengambilan makanan.

Wednesday, March 9, 2011

JANGAN BERSEDIH












Bersedih hanya akan menjadikan diri kita berada dalam lingkungan tidak menyenangkan. Apabila bersedih perasaan itu akan menyebabkan wajah kita mencerminkan kesugulan.Jangan biarkan emosi menyebabkan kehidupan diselubungi kesayuan sepanjang hari.

  • MENANGISLAH UNTUK MEREDAKAN KESEDIHAN.
  • CARILAH TEMAN-TEMAN UNTUK MENCERIAKAN KEHIDUPAN ANDA.
  • BERKONGSI MASALAH DENGAN RAKAN DAN LUAHKAN SEGALANYA.
  • FIKIR SECARA POSITIF DAN JANGAN MENJADIKAN SITUASI ANDA UNTUK ANDA BERFIKIRAN NEGATIF.

Khasiat Mentega Kacang


  • Menurut pengkaji dari Harvad Medical School, roti yang disapu dengan mentega kacang merupakan rahsia untuk melawan penyakit jantung. Amalan mengambil kacang atau mentega kacang 5 hari seminggu boleh menurunkan risiko serangan jantung.
  • Mentega kacang mengandungi 700 kalori kaya dengan vitamin A yang diperlukan untuk membantu fungsi kardiovaskular.
  • Mentega juga mengandungi vitamin D yang membantu menguatkan tulang dan mengandungi vitamin E yang penting bagi sistem sarag dan kekebalan tubuh yang sihat.
  • Mentega kacang juga mengandungi setat yang baik untuk mengawal kadar kolesterol dan kadar gula dalam darah.
  • Kaya juga dengan vitamin E yang merupakan antioksidan larut dalam lemak yang terbukti mengurangi risiko kanser dan penyakit kardiovaskular.
  • Mentega kacang juga melindungi dari gejala nyanyuk.
  • mentega kacang yang pasti membantu untuk penurunan berat badan.

Tuesday, March 8, 2011

Permainan Tradisional dan usaha-usaha mempopularkannya

Dewasa ini, permainan tradisional tidak lagi digemari oleh generasi muda malah kedapatan juga permainan yang telah pupus ditelan zaman. Terdapat banyak faktor yang telah menyebabkan fenomena ini berlaku. Oleh sebab itu, pelbagai langkah drastik perlu dilakukan untuk mempopularkan kembali permainana tradisional.
Pada umumnya, permainan tradisional merupakan permainan yang dicipta oleh masyarakat tradisional pada zaman lampau. permainan tradisional ini menjadi kebanggaan masyarakat dan seterusnya diwarisi dari satu generasi kepada generasi berikutnya. pada kebiasaannya, permainan tradisional ini dimainkan pada masa lapang, pada perayaan-perayaan tertentu atau selepas tamat sesuatu musim, misalnya musim menuai padi. Namun demikian, pada hari ini permainan tradisional hanya dimainkan oleh segelintir masyarakat sahaja. Hal ini sedemikian kerana permainan tradisional yang menjadi lambang kemegahan dan warisan tradisi masyarakat terdahulu semakin dilupai oleh generasi muda.
Terdapat banyak faktor yang telah menyebabkan permainan tradisional semakin dilupai oleh masyarakat kini. Faktor utama yang menyebabkan fenomena ini berlaku ialah remaja zaman sekarang beranggapan bahawa permainan tradisional sudah ketinggalan zaman dan tidak sesuai lagi dimainkan. Persaingan dengan permainan moden yang canggih seperti permainan komputer juga merupakan ancaman kepada permainan tradisional. Remaja hari ini juga lebih cenderung kepada sukan lasak yang dianggap lebih mencabar dan memerlukan daya saing serta daya tahan yang tinggi. Hal ini menyebabkan generasi muda tidak lagi berminat dan kian melupai cara sesuatu permainan tradisional dimainkan.
Kita, sebagai rakyat Malaysia haruslah bersama-sama bertanggungjawab dan berganding bahu untuk mempopularkan kembali permainan tradisional agar terus popular seperti kata peribahasa tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. terdapat beberapa langkah untuk mempopularkan kembali permainan tradisional. langkah pertama yang perlu diambil oleh pihak kerajaan ialah mewajibkan setiap sekolah di Malaysia mengambil bahagian dalam pertandingan permainan tradisional sama ada di peringkat sekolah , daerah, negeri dan kebangsaan. Langkah ini bagi memperkenalkan kembali sesuatu permainan tradisional dan cara-cara memainkannya agar sentiasa segar dalam ingatan generasi muda. Dalam hal ini, kita amat berasa bangga dengan usaha Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim yang menganjurkan Festival Layang-layang Peringkat Antarabangsa yang bertempat di Pasir Gudang, Johor. Selain dapat memperkenalkan warisan tradisi masyarakat Malaysia, usaha ini juga dapat menarik kedatangan pelancong asing datang ke negera kita.
Pihak Kerajaan dengan kerjasama media massa dalam dan luar negera juga memainkan peranan besar untuk mempopularkan kembali permainan tradisional. pihak kerajaan dan media massa haruslah mengadakan pelbagai kempen mempromosikan permainan tersebut dengan mengadakan pameran dan pertandingan berkaitan permainan tradisional. Kempen-kempen ini perlulah diadakan secara berterusan terutama di tempat-tempat yang dikunjungi ramai masyarakat tempatan dan para pelancong. Tegasnya apa yang akan dilakukan oleh semua pihak perlulah menunjukkan komitmen yang tinggi dan tidak bersifat bagai melepaskan batuk di tangga sahaja.
Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam memperkenalkan permainan tradisional kepada anak-anak mereka. Mereka perlu mengajar cara-cara permainan tradisional sejak kecil lagi. Situasi ini dapat dikaitkan dengan peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. ibu bapa boleh membelikan anak mereka permainan tradisional seperti gasing, congkak, wau dan lain-lain lagi. Mereka juga boleh bermain bersama-sama anak mereka. Situasi ini secara tidak langsung dapat mengeratkan pertalian antara keluarga dan menyelami hati dan perasaan mereka, ibarat kata peribahasa sambil menyelam minum air.
Natijahnya semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk sama-sama mempopularkan kembali permainan tradisional yang semakin pupus. Hal ini amat penting agar permainan tradisional tetap popular dalam kalangan generasi muda.