Monday, January 23, 2012

Tema dan Persoalan (6.20 Siti Jasmina bt Ibrahim )

Tema

Novel ini membawa tema perjuangan golongan muda .

Perjuangan golongan muda yang diwakili oleh Sukma, Rafiq dan Teja yang berusaha gigih untuk menyelamatkan golongan remaja (pelajar sekolah menengah dan universiti) daripada terus hanyut dengan pengaruh pemikiran barat yang menuntut kebebasan.

Persoalan

Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya;

1. Persoalan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya.

Contoh: Ibu Sukma berasa sangat bimbang apabila Sukma ingin berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri di hadapan rumahnya pada jam 6.20 kerana baginya tindakan Sukma akan membawa bahaya kepada dirinya.

2. Persoalan konflik dalam keluarga.

Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang berlaku antara ibu dengan Sukma. Ibu beranggapan Sukma mengalami tekanan perasaan dan telah membelikanya sebuah buku untuk mengurangkan masalahnya.

3. Persoalan tanggungjawab seorang sahabat.

Contoh: Jerry sanggup membantu Sukma dengan memberitahu segala maklumat kelab WX2 walaupun Jerry tahu bahawa nyawanya terancam.


4. Persoalan berani menegakkan kebenaran

Contoh: Sukma,Teja dan Rafi berusaha mencari lebih banyak bahan bukti dan maklumat berkaitan kelab WX2. Sukma sanggup pergi ke Kelab WX2 seorang diri untuk mengetahui keadaan sebenar kelab tersebut.

5. Persoalan menunaikan ketaatan terhadap perintah Tuhan.

Contoh: Tn. Hj Syaqir dan Sukma tidak lupa menunaikan solat walaupun mereka sibuk dengan urusan masing-masing.

6. Persoalan prihatin terhadap masalah orang lain.

Contoh: Tn. Hj Syaqir berusaha mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan merawat penyakit kulit Ehsan.

7. Persoalan sikap remaja mudah terpengaruh.

Contoh: Iskandar, Jerry dan Reny yang menyertai kumpulan WX2 yang memperjuangkan kebebasan mutlak akibat dipengaruhi pemikiran barat.

No comments:

Post a Comment