Saturday, November 5, 2011

TIPS PENULISAN KARANGAN : TEKNIK KISMIS M M M M M

PIHAK :

K -KERAJAAN

I- IBU BAPA

S- SEKOLAH

M- MEDIA MASSA / MASYARAKAT

I - INDIVIDU

S - SWASTA.

Tugasan Soalan : Usaha / Langkah / Peranan / Inisiatiaf / Strategi dan tugasan yang sama maksud dengannya , gunakan peranan pelbagai pihak iaitu :

Kata kunci yang boleh digunakan : hendaklah, perlulah, haruslah, boleh...

Kaitkan peranan dengan tindakan MMMMM (sekurang-kurangnya 5 M)Untuk pelajar cemerlang...... InsyAllah pelajar yang agak lemah tidak akan ketandusan idea sekiranya menguasai sekurang-kurangnya 3 M. Contoh :

Kerajaan -
Menguatkuasakan... apa ?(undang-undang, peraturan, hukuman, dasar...)
Memantau .... (kawasan, tempat, lokasi...)
Mengadakan...( kempen , program, ....
Memberi / menyalurkan ... ( subsidi , biasiswa, bantuan....)
Menyediakan...(kemudahan, infrastruktur, peralatan, tempat...)

Ibu Bapa -
Menjadi......... (suri teladan, role model, contoh ....)
Mendidik ......... ( dengan didikan agama, didikan secara formal atau tidak formal...) Menyediakan . . .(kemudahan asas, peralatan sekolah, keperluan anak-anak...)
Memupuk........... (minat membaca, amalan menabung, kasih sayang, semangat kejiranan...)
Mengamalkan......( nilai-nilai murni... )
Memberi ..............(kasih sayang, sokongan, galakan, penghargaan...)
Meluangkan..... ( masa....)

Individu -
Mengamalkan....( nilai-nilai murni, didikan agama...)
Menyertai .........(program, aktiviti, kempen, pertandingan...)
memberi.............(sokongan terhadap kempen, aktiviti, program.....sekolah / kerajaan)
memilih.............(rakan, bahan, masa...)
Memupuk.........(minat, amalan, aktiviti, kerjaya, .....)

Untuk tugasan soalan yang sebaliknya : Faktor / punca / sebab / : Masih boleh menggunakan isi yang sama tetapi ditambah perkataan tidak atau kurang. contoh :

Pihak kerajaan kurang memantau.....
Pihak kerajaan tidak melaksanakan kempen dengan berkesan....
Pihak kerajaan kurang menyediakan kemudahan di....

Untuk tugasan soalan : Faedah / kepentingan / manfaat antara kata kunci yang boleh gunakan dapat, boleh .Masih boleh gunakan isi yang sama.

contoh : ibu bapa dapat meluangkan masa....
Kita boleh menyertai /memupuk / mengamalkan ....
Pihak kerajaan boleh menyalurkan / menyediakan / memberi /

Sesuai untuk pelajar yang kurang / tidak menguasai kemahiran menulis. Gunakan kaedah hafalan.

Modul telah saya sediakan tetapi sukar untuk saya paparkan di sini pada masa yang singkat tetapi InsyAllah saya akan cuba memaparkan formula seterusnya iaitu bagaimana formula menulis penutup, kata kunci untuk tugasan kesan , faedah, impak dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment