Thursday, January 13, 2011

INFO SIHAT

Sekilas Sihat...

SATU CARA YANG paling pantas untuk menghilangkan rasa pening dan mual ialah dengan menyediakan segelas banana milkshake yang dicampurkan dengan sedikit madu.

JIKA SECARA TIBA-TIBA anda merasa sakit tekak dan batuk-batuk, cubalah minum segelas air bunga raya.

SETAHUN SEKALI AMALKANLAH pemeriksaan kesihatan. Antara pemeriksaan yang paling bagus ialah pemeriksaan sistem peranakan.

KAJIAN terhadap masyarakat di negara-negara yang mengamalkan diet makanan berlemak secara konsisten menunjukkan peratus kematian yang tinggi akibat kanser usus dan payu dara.

VITAMIN C DIPERCAYAI dapat membuat kulit lebih bercahaya. Ini kerana ia melancarkan peredaran darah sehingga kulit terlihat lebih segar.

PENTING bagi anda merehatkan tubuh. Lakukan dengan beberapa cara seperti meditasi, bernafas yang panjang malah membaca. Terapi yang lebih baik ialah berjalan kaki.

AMBIL SEDIKIT KERAK nasi dan rendamkan dalam air panas.Apabila sudah kembang ambil airnya dan minum. Lakukan setiap pagi untuk menghilangkan batuk.

AMALAN SERING MENGUNYAH gula-gula getah mungkin boleh membantu manusia menjadi bijak kerana gula-gula getah mempunyai kesan positif ke atas daya fikir dan ingatan.

Dipetik dari majalah RAPI keluaran Januari.

No comments:

Post a Comment