Friday, January 14, 2011

Kabus di Perbukitan


Pengajaran / Mesej

1. Kita perlulah mempunyai jati diri yang teguh dan kental terhadap bangsa sendiri.
Contoh: walaupun Faridah sudah 25 tahun tinggal di New Zealand,dia tetap mengingati dan menghargai tanah airnya Malaysia.

2. Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab menjaga dan mendidik anak-anak mereka.
Contoh: Salmah sanggup bekerja di sawah bagi menampung kehidupan bersama-sama anak kembarnya, Faridah dan Rahayu setelah Kamarudin meninggalkan mereka.

3. Kita hendaklah taat akan perintah Allah dan meletakkan pegangan agama sebagai asas kehidupan untuk berjaya dalamhidup.
Contoh: Soleh menunaikan solat di masjid pada setiap hari dan selalu menderma kepada badan kebajikan. Dia juga amat dikenali dalam kalangan orang muslim di New Zealand.

4. Kita janganlah terlalu mengharapkan kerja makan gaji setelah bergelar siswazah.
Contoh: Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu dipersetujui oleh bapanya.

5. Kita hendaklah gigih berusaha untuk memperoleh kejayaan dan kemajuan.
Contoh: Azrul gigih memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya hingga berjaya.

6. Kita hendaklah memulihara dan menjaga alam semulajadi agar kerosakan ekologi dapat dikurangkan.
Contoh: Soleh Johnsons dan Datuk Azrul tidak mahu mengusahakan ladang sayur demi kelestarian Tanah Tinggi Lojing, sebaliknya mengusahakan pusat peranginan berkonsep agropelancongan.

7. Kita jangan mengabaikan adat budaya bangsa dalam kehidupan.
Contoh: Datuk Azrul dan Datin Aisyah menziarahi Faridah dan Soeh di Cameron Highlands untuk berbincang dan mengurus perkahwinan Zain dan Anne.

8. Kita hendaklah bijak membuat keputusan apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.
Contoh: Melina bertindak melaporkan kehilangan suaminya Benny kepada polis dengan segera setelah Benny tidak pulang ke rumah selama empat hari.

9. Kita hendaklah prihatin akan kesusahan orang lain yang berada di sekeliling kita.
Contoh: Azrul sentiasa menemani Rahayu yang sakit di Hospital UKM.

No comments:

Post a Comment