Friday, January 14, 2011

Kabus di Perbukitan


TEMA

Novel ini bertemakan jati diri orang Melayu.
Tema ini diserlahkan melalui watak utama Faridah yang merantau ke New Zealand selama 25 tahun. Kekuatan diri membentuknya menjadi wanita yang masih sedar akan asal usul dirinya.
a). Faridah yang tinggal di Rosewood, New Zealand tidak pernah melupakan tanah tumpah darahnya .Akhirnya dia dan keluarganya kembali membina kehidupan yang lebih bermakna di Malaysia.
b). Faridah masih menggemari masakan Melayu iaitu kari yang juga merupakan masakan kegemaran anaknya Anne.
c). Faridah masih mengekalkan panggilan namanya dengan nama Melayu iaitu Idah.
d). Faridah masih kuat berpegang pada agama Islam yang menjadi pegangan kuat bangsa Melayu.

PERSOALAN

1. Persoalan ikatan kekeluargaan yang erat
Contoh : Faridah dan Rahayu merupakan pasangan kembar yang dibesarkan oleh ibu dan ayah yang telah berpisah. Meskipun mereka tinggal berjauhan Rahayu sentiasa merindui kakaknya Faridah.

Contoh: Perasaan sayang Salmah tidak pernah pudar walaupun telah berpisah dengan Rahayu selama lebih 20 tahun.

Contoh: Hamidah amat menyayangi Rahayu walaupun Rahayu hanya anak tirinya yang dibela sejak berusia 7 tahun.

2. Persoalan kesan perceraian ibu bapa kepada anak-anak
Contoh : Tindakan Kamarudin meninggalkan Salmah menyebabkan Rahayu dan Faridah terpisah.

3. Persoalan cinta akan alam sekitar
Contoh: Azrul digambarkan seorang mahasiswa yang aktif dalam program-program pemeliharaan alam sekitar.

Contoh: Bukit Kutu diwartakan sebagai Hutan Rizab Hidupan Liar.

4. Persoalan kasih sayang
Contoh : Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Akibat terlalu rindu terhadap anaknya Rahayu menyebabkan Salmah sakit dan meninggal dunia.

Contoh: kasih sayang seorang suami kepada isteri. Melina berusaha pelbagai cara untuk mencari suaminya Benny yang tidak pulang ke rumah.

5. Persoalan kahwin campur
Contoh: Perkahwinan Faridah dengan suaminya Samuel Kirkby Johnsons. Faridah yang bekerja di New Zealand telah berkahwin dengan Soleh Johnsons yang merupakan rakyat New Zealand.

6. Persoalan kepercayaan masyarakat Melayu terhadap bomoh
Contoh: hal ini dapat dipaparkan ketika operasi pencarian kehilangan Faridah dan Iqbal menemui jalan buntu dan terpaksa dihentikan. Beberapa pihak termasuk pihak polis yang terlibat mencadangkan menggunakan khidmat bomih untuk mencari Faridah.

7. Persoalan prejudis masyarakat Barat terhadap Islam
Contoh: Tangkapan Mohamed Attar oleh Interpol ada kaitan dengan isu keganasan yang dilakukan oleh umat Islam.

Contoh: kegiatan vandalisme berlaku di An Noor Islamic Centre.


No comments:

Post a Comment