Friday, January 14, 2011

Kabus di Perbukitan


PLOT
Plot novel Kabus di Perbukitan bersifat kronologi. Walaupun plot novel ini banyak disisipkan dengan unsur imbas kembali, namun pembaca masih mudah untuk memahami dan menelusuri peristiwa-peristiwa penting dalam novel.

Pembinaan Plot

Permulaan

Pengarang memperkenalkan watak Rahayu menunaikan solat subuh dan Rahayu merasa kelainan atau sakit pada lehernya. Pada bahagian ini diperkenalkan juga Rahayu dan Azrul sebagai penuntut Fakulti Ekologi Manusia UPM.

Perkembangan
  • Pada bahagian ini Rahayu dan Azrul sedang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.
  • Semasa di perpustakaan tiba-tiba Rahayu pengsan dan dia dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • pada masa yang sama Faridah kembarnya juga telah ditimpa kemalangan bersama-sama dengan kanak-kanak istimewa, Iqbal dalam perjalannya ke pekan Raub. Faridah hilang dari tempat kemalangan.
  • Selepas dua minggu, Faridah ditemui di perkampungan Orang Asli di Pahang yang diketuai oleh Tok Batin Senik dalam keadaan koma.
  • Akhirnya Rahayu meninggal dunia di sisi Faridah di hospital yang sama mereka ditempatkan.
  • Azrul berjaya menamatkan pengajiannya dan berhasrat untuk menjadi penternak kambing.
  • Faridah dan Ghazali berkahwin.
  • Ibunya meninggal dunia dan diikuti dengan kematian Ghazali dalam kemalangan jalan raya.
  • Faridah bersetuju ke New Zealand untuk mengikuti suatu kursus.
  • Faridah menetap di New Zealand dan berkahwin dengan seorang pemuda New Zealand bernama Samuel Kirkby Johnsons atau Soleh Johnsons. Mereka dikurniakan sepasang anak kembar, Anne dan Melina.
  • Zain berkenalan dengan Anne semasa Anne menghadapi masalah keretanya yang rosak.
  • Melina bekahwin dengan Jabbar al-Anbia atau dikenali sebagai Benny dan berpindah ke Malaysia serta menetap di Trengganu.
  • Benny sibuk dengan urusan perniagaannya bersama-sama dua orang kawannya Muhammad Attar dan Mehmod.
  • Anne memperkenalkan Zain kepada ibunya Faridah.
  • Muhamed Attar, Mehmod dan Benny cuba mempengaruhi Ustaz Hassan Syukri agar menyertai perjuangan mereka.
Konflik
  • Mejar(B)Kamarudin curang kepada isterinya Salmah dan berkahwin dengan Hamidah.
  • Faridah dan Rahayu dipisahkan apabila Kamarudin dan isteri keduanya berpindah ke Pontianak Indonesia.
  • Faridah putus tunang dengan Azman.
  • Rahayu pengsan di perpustakaan dan disahkan menghidap barah paru-paru.
  • Faridah dan Iqbal terlibat dalam kemalangan dan mereka hilang selama dua minggu.
  • Melina berkonflik dengan dirinya kerana sering ditinggalkan oleh Benny yang sibuk dengan urusannya.
  • Benny, Muhammad Attar tidak sependapat dengan Ustaz Hassan Syukri dalam cara perjuangan mereka dalam menegakkan agama Islam.
  • Muhamed Attar ditangkap oleh Interpol, Benny pula melarikan diri ke Dubai.

Klimaks
  • Faridah, Soleh dan Anne pulang bercuti di Malaysia untuk melawat Melina dan membincangkan perkahwinan Zain dan Anne.
  • Muhammad Attar ditangkap oleh pihak Interpol dan Melina membuat laporan ke balai polis kerana suaminya tidak pulang ke rumah.
  • Perkahwinan Anne dengan Zain berlangsung dengan meriah.
  • Soleh dan Melina ke Dubai berjumpa Benny dan Melina bersetuju menetap di Dubai.
Peleraian
  • Anne dan Zain menetap di New Zealand untuk menerajui syarikat penternakan keluarga Johnsons. Azrul dan Soleh menjalankan perniagaan kotej di Cameron Highlands. Faridah dan Soleh mengambil keputusan menetap di Malaysia.

1 comment: