Friday, January 14, 2011

Kabus di Perbukitan


Teknik Penceritaan

1. Pemerian
Contoh: Gambaran Azrul dan rahayu yang sedang menikmati sarapan pagi sambil memerhatikan gelagat siswa siswi UPM yang lalu lalang di hadapan mereka.

Contoh: Gambaran peristiwa rumah Salmah dikunjungi oleh orang kampung setelah mendapat berita tentang kemalangan yang menimpa Faridah.

2. Teknik Dialog
Contoh: Perbualan antara Kamarudin dan Hamidah setelah Kamarudin menerima berita kemalangan yang menimpa Faridah. Kamarudin cuba menerangkan siapa Faridah yang sebenarnya kepada Hamidah.

3. Teknik Imbas Kembali
Contoh: Faridah mengingat peristiwa sewaktu dia masih kecil, dia membesar di kawasan Pantai Sungai Haji Dorani. Rahayu mengutip lala dan kerang di pantai ketika emak mereka berniaga menjual pisang goreng.

Contoh: imbas kembali tentang peranan dan sejarah Rumah Rehat Sri Berkat suatu masa dahulu. Semasa Zaman kolonial rumah tersebut digunakan untuk berehat oleh pengurus-pengurus ladang.

4. Imbas Muka
Contoh: Chief Inspektor Aznil membayangkan kemungkinan-kemungkinan Faridah sesat ketika meredah hutan.

Contoh: Buyong membuat andaian bahawa Mejar (B) Kamarudin pasti akan terpesona dengan kawasan Bukit Kutu.

5. Monolog Dalaman
Contoh: Benny berbisik dalam hati mengucapkan selamat tinggal kepada Melina.

6. Gambaran Peristiwa Serentak
Contoh: Teknik ini digunakan untuk menunjukkan hubungan jiwa yang kuat dalam diri pasangan kembar Rahayu dan faridah yang berpisah selama 14 tahun. Rahayu meninggal dunia dan pada masa yang sama Faridah tersedar dari pengsan atau koma.

No comments:

Post a Comment