Friday, January 14, 2011

Kabus di Perbukitan


NILAI
1. Nilai Kasih Sayang
Contoh: Rahayu amat merindui kakaknya Faridah yang terpisah sejak mereka berusia tujuh tahun kerana kasih sayangnya yang mendalam terhadap kakak kembarnya itu

2. Nilai Ketabahan
Contoh: Faridah tabah menghadapi dugaan yang bertimpa-timpa akibat kematian orang-orang yang disayanginya iaitu adiknya Rahayu, ibunya Salmah dan suaminya Ghazali.

3. Nilai Kegigihan
Contoh: Azrul gigih berusaha memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya hingga berjaya.

4. Nilai Bertanggungjawab
Setelah ditinggalkan suami, Salmah bekerja di sawah untuk menampung kehidupannya sebagai memenuhi tanggungjawabnya menjaga dua orang anak lelakinya.

5. Nilai cinta akan tanah air
Contoh: Sungguhpun sudah 25 tahun menetap di New Zealand, Faridah tetap memegang taraf kerakyatan Malaysia kerana dia amat cinta akan tanah airnya.

6. Nilai ketaatan
Contoh: Soleh menunaikan sembahyang berjemaah setiap hari di masjid semasa di Cameron Highlands.

7. Nilai berdikari
Contoh: Azrul bertekad untuk berdikari menjadi penternak kambing meskipun dia merupakan lulusan ijazah.

8.Nilai Cinta akan alam sekitar
Contoh: Azrul dan rakan-rakannya telah menaja penubuhan Persatuan Pencinta Alam dan Hutan yang kerap memberi pendedahan kepada murid tentang alam sekitar.

2 comments:

  1. Salam,cikgu terima kasih share novel nie.
    harap cikgu sentiasa membantu =)

    ReplyDelete
  2. InsyAllah....sama-sama kita berkongsi ilmu. tq coz sudi jengah blog ni

    ReplyDelete