MAKANLAH COKLAT HITAM setiap hari kerana ia mampu mengurangkan gejala keletihan.
PETANDA ANDA TERLEBIH MAKAN ialah anda akan berasa mengantuk dan letih selepas 2 jam petang.
PEROKOK bukan sahaja berisiko diserang sakit jantung sebaliknya diabetes juga. Hal ini kerana mereka lebih cenderung untuk menikmati makanan manis berbanding yang tidak merokok.
SECAWAN TEH HIJAU dapat membantu menyediakan tubuh anda menentang jangkitan dan mempertingkatkan imunisasi tubuh.
BERSENAMLAH jika mahu awet muda kerana melalui senaman otot kekal anjal dan tulang juga tidak mudah rapuh.
LUANGKAN MASA SEPULUH minit untuk berbual kerana manfaatnya sama seperti bermain teka silang kata membantu mempertingkatkan fungsi minda anda.
BERUS GIGI perlu diletakkan 6 kaki jauh dari mangkuk tandas untuk mengelakkan terkena kuman yang disebarkan melalui udara setelah tandas dipam.
No comments:
Post a Comment