Friday, February 4, 2011

KABUS DI PERBUKITAN


WATAK PERWATAKAN

FARIDAH
  • Berusia dalam lingkungan 50 tahun.
  • Wanita kampung yang dibesarkan di kampung.
  • Anak kepada Kamarudin dan Salmah.
  • Bekerja sebagai sukarelawan di Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  • Isteri kepada Ghazali dan Soleh Johnson.
  • Berasal dari Sungai Besar Selangor dan tinggal menetap di Rosewood New Zealand.
Perwatakan Faridah
  • Seorang yang bertanggungjawab
Contoh: Dia menjaga ibunya yang sakit hingga ke akhir hayat ibunya walaupun waktu itu dia telah bersuami.

  • Seorang yang penyayang
a). Contoh: Dia sentiasa berusaha memenuhi permintaan anak-anaknya terutama ketika
menyediakan makanan untuk anak-anaknya.

b). Amat menyayangi kanak-kanak buktinya dia sayang akan Iqbal walaupun di
merupakan kanak-kanak istimewa.

  • Seorang yang tabah dan kuat semangat
a). Dia seorang yang tabah menghadapi dugaan hidup terutama sewaktu menerima berita
kematian adik kembarnya Rahayu.

b). Dia juga tabah dan kuat semangat meneruskan kehidupan di negara orang selepas
kematian ibu dan suaminya Ghazali di Sungai Besar.

  • Seorang yang berpegang kuat pada agama
a). Walaupun dia berada di tempat orang tetapi dia tidak lupa untuk menghantar anak-
anaknya di sekolah agama yang terletak 30km dari rumahnya di Rosewood.

b). Dia juga telah bersolat tahajud pada pukul 4 pagi setelah bermimpikan arwah Rahayu.

  • Seorang yang mementingkan ilmu pengetahuan
a). Dia sanggup menggadai tanahnya semata-mata untuk perbelanjaan semasa berkursus di
New Zealand.

  • Seorang yang prihatin
a). Contoh: seorang yang sangat prihatin akan kanak-kanak istimewa kerana itu dia
menganggap menjalankan khidmat kepada kanak-kanak ini sebagai satu ibadah.

  • Seorang yang mempunyai jati diri yang tinggi
a)Contoh: Dia sanggup pulang semula ke Malaysia kerana terlalu rindu akan kampung
halaman walaupun sudah 25 tahun menetap di New Zealand.

b). Masih mengekalkan makanan tradisi orang Melayu walaupun tinggal di negeri orang.

  • Seorang yang berfikiran terbuka
a)Contoh: Dia bersetuju dengan rancangan Melina untuk berkahwin dengan Benny.

Watak Rahayu
  • Kembar kepada Faridah.
  • Berpisah dengan Faridah dan ibunya ketika berusia 7 tahun.
  • Pelajar tahun 2 dalam bidang pembangunan manusia (Fakulti Ekologi Manusia).
  • Teman baik kepada Azrul.
  • Menghidap lelah dan penyakit kanser paru-paru.
  • Kakak kepada adik-adik tirinya iaitu Syuqri, Abdul Rafiq dan Abdul Rashid.

Perwatakan Rahayu
  • Seorang yang penyayang
Contoh: Dia sayang akan kakak kembarnya dan ibunya Salmah walaupun mereka telah
lama terpisah.

  • Seorang yang suka membaca atau ulat buku
Contoh: Dia sering menghabiskan masa di kedai buku dan perpustakaan.

  • Seorang yang rajin
Contoh: dia rajin memasak dan membantu ibunya ketika tiada kuliah. Dia juga rajin
menyiapkan assignment lebih awal daripada kawan-kawannya yang lain.

  • Seorang yang tabah dan kuat semangat
Contoh: dia tabah dan kuat untuk melawan penyakitnya sehinggalah dia berpeluan
bertemu dengan Faridah sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Watak Salleh Johnsons
  • Suami Faridah
  • Ayah kepada Melina dan Anne
  • Pengusaha ladang biri-biri dan pusat penyembelihan Hijrah.
Perwatakan
  • Seorang yang penyayang
Contoh: Dia sangat sayang akan keluarganya sebab itu dia cuba membahagiakan mereka
dengan memenuhi segala permintaan contohnya membenarkan Melina berkahwin dengan
Benny dan bersetuju dengan cadangan Faridah untuk kembali ke tanah air.

  • Seorang yang bertanggungjawab
Contohnya Bertanggungjawab memberi didikan agama sejak anak-anaknya berusia 6 tahun
dengan menghantar mereka ke sekolah agama di Christchurch.

  • Seorang yang dermawan
Contoh: Tidak keberatan menghulurkan derma bagi melaksanakan aktiviti di
Wellington Islamic Center.

  • Seorang yang cinta akan alam sekitar
Contoh: Prihatin akan alam semulajadi. Dia mengekalkan pokok-pokok merbau dan tualang
daripada ditebang semasa projek mendirikan pusat peranginan bersama-sama Datuk Azrul
di Tanah Tinggi Loging.

No comments:

Post a Comment