Friday, February 4, 2011

MELUNAS RINDU


SINOPSIS

BAB 1

Fuad lewat pulang ke rumah petang itu setelah sekian lama ke hutan untuk mencari kayu api . Setibanya di rumah dia disapa Mak Salmah yang baru selesai solat maghrib. Menyedari kelewatannya, setelah selesai bersolat maghrib dia terus bergegas ke surau untuk solat isyak berjemaah. Seperti kebiasaanya juga sebelum menunaikan solat isyak, Fuad mengambil kesempatan membaca al-quran bergurukan Pak Mail. Selesai solat isyak Fuad menyedari Borhan suami kepada Masnah tidak berjemaah bersama kerana anaknya Muhamad Alif demam. Tiba di rumah Borhan, Fuad mengambil keputusan untuk menyewa kereta membawa Muhamad Alif ke klinik. Sementara menunggu, Fuad mengambil kesempatan menuju ke bank berdekatan bagi memastikan jumlah wang sebanyak dua ratus ribu ringgit yang dilihatnya beberapa hari sebelum ini. Selesai menjelaskan bil klinik, Fuad terus memandu pulang bersama-sama Borhan beserta isteri dan anaknya. Setibanya di rumah, Fuad masih terkenangkan jumlah wang yang dimasukkan oleh ayahnya ke dalam akaunnya. Dalam hati, Fuad berterima kasih atas pemberian ayahnya itu.

BAB 2

Pada petang itu Fuad meluangkan masa dengan menikmati keindahan pantai Batu Buruk . Sambil menikmati keindahan pantai, Fuad melayan perasaannya apabila mengenangkan bagaimana dia dapat mencari kedamaian dalam dirinya sebagai seorang Islam. Masih lagi terbayang dalam fikirannya Mak Mah suatu ketika dulu membencinya kerana dia dikatakan penyebab kematian Sofia. Walhal dia hanya berniat membawa Sofia berjumpa dengan ayah dan ibunya. Mujurlah ada Pak Ismail yang merupakan satu-satunya tempat dia bergantung harap. Namun kesabaran Fuad membuatkan mak Salmah akhirnya dapat menerima hakikat kehilangan Sofia yang juga merupakan adik Fuad. Pada waktu yang sama juga Fuad terbayangkan alangkah baiknya sekiranya Sofia masih hidup. Fuad tersebar dari lamunannya apabila mendapati waktu hampir senja. Setelah sampai di rumah, Pak Mail telah pun bersedia untuk ke surau. Balik sahaja dari surau Fuad menyatakan hasratnya kepada Pak Ismail untuk membeli tanah milik Awang Sojar.

BAB 3
Fuad, Pak Ismail dan mak Mah mengusahakan tanah yang dibeli dari Awang Sojar. Fuad membeli tanah tersebut bertujuan membantu dan membalas jasa pak Mail dan Mak Mah yang telah menjadikan dia dan Sofia sebagai anak angkat. Selain itu, Fuad juga membelikan sebuah motosikal untuk kemudahan Pak Mail dan Mak Salmah . Mak Salmah pernah terlantar di hospital apabila mendapat berita kematian Sofia walaupun hanya sebagai ibu angkat.Seminggu kemudian Pak Ismail dan Fuad didatangi seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Abas. Sebenarnya tujuan Abas yang juga merupakan guru penolong kanan Sekolah Menengah Seri Setia adalah untuk meminta pertolongan Fuad mengajar Bahasa Inggeris di sekolah tersebut. Tawaran tersebut dibuat kerana Fuad berkelulusan ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Amerika. Fuad menerima tawaran tersebut sebagai guru sandaran.

BAB 4
Fuad melaporkan diri sebagai guru sandaran di Sekolah Menengah Seri Setia pada awal pagi. Cikgu Abas sebagai guru penolong kanan memberi kepercayaan kepada Fuad untuk mengajar Bahasa Inggeris tingkatan satu dan lima. Di kantin Fuad diperkenalkan kepada seorang guru yang juga ketua Panitia Bahasa Inggeris bernama Farhana. Farhana memberi taklimat ringkas kepada Fuad tentang tugasnya sebagai guru Bahasa Inggeris . Fuad diberi tanggungjawab untuk mengajar tiga kelas tingkatan lima dan dua kelas tingkatan tiga. Jam dua petang Fuad bertolak pulang setelah tamat sesi persekolahan.

BAB 5
Farhana menyenaraikan program panitia untuk dibentangkan dalam mesyuarat nanti. Seketika kemudian, Fuad menghampiri Farhana untuk memulangkan buku yang dipinjamnya. Farhana mengambil kesempatan untuk meminta idea Fuad bagi memenuhi slot program panitia tersebut. Program tersebut diberi nama program Personal Guidance. Selesai perbincangan mereka , Fuad berpesan kepada Farhana supaya mengambil jagung yang dibawanya dari rumah. Pada mulanya Farhana tidak percaya tetapi akhirnya Fuad dapat meyakinkan Farhana. Setelah tamat mesyuarat pada tengah hari tersebut, Farhana teringat pesanan Fuad supaya mengambil jagung sebelum pulang. Farhana berasa kagum dengan sikap Fuad yang menghormati waktu azan semasa mengagihkan jagung.

BAB 6
Fuad berjalan menuju ke kantin setelah selesai mengajar lima masa. Semasa di kantin dia sempat berbual dengan Cikgu Zamani tentang pengajaran di sekolah. Setelah membayar minuman Fuad berjalan ke bilik guru dan ternampak satu kertas kecil menyatakan bahawa ada seseorang ingin berjumpanya di pintu pagar. Setibanya di pintu pagar sekolah, dia mendapati Chin sedang menunggunya. Mereka berbual di kantin sekolah. Chin menyatakan tujuannya berjumpa dengan Fuad adalah kerana amanah Robert Lim iaitu ayah Fuad untuk ebrtanya khabar tentangnya. Selain itu, Chin juga mewakili Robert Lim untuk memastikan Fuad menerima duit yang dimasukkan ke dalam akaunnya. Pada saat itu, Fuad menyedari bahawa dia masih belum boleh memaafkan ayahnya. Dia juga memberitahu Chin bahawa apabila tiba masa yang sesuai dia akan berjumpa dengan ayahnya,Robert Lim. Akhir perbualan mereka Chin berpesan kepada Fuad supaya mengunjungi ibu dan bapa saudaranya yang dianggap ibu dan bapa kandungnya di Sungai Ruan.Pada saat itu juga Fuad terkenangkan ibunya yang sudah meninggal dunia. Sampai di rumah, Fuad menyatakan hasratnya kepada Pak Ismail untuk mencari kubur arwah ibunya di Sungai Ruan.

BAB 7
Fuad mengambil kesempatan sempena cuti persekolahan untuk ke Sungai Ruan. Tujuannya adalah untuk mencari kubur ibunya di samping mengunjungi ibu dan bapa saudaranya. Dalam perjalanan Fuad sempat singgah di Bazar yang menjual pakaian dan kraf bercirikan Terengganu. Semasa membeli pakaian untuk adik, ibu dan bapanya, Fuad ternampak Farhana sedang berbaris untuk membeli tiket bas ke Kuantan. Fuad mempelawa Farhana menumpangnya kerana mereka melalui perjalanan yang sama. Dalam perjalan mereka berbual-bual tentang latar belakang masing-masing. Jam empat petang mereka sampai di Taman Tas, Kuantas iaitu rumah Farhana. Farhana memperkenalkan Fuad kepada ibu serta empat orang adiknya.

BAB 8
Di sungai Ruan, suasana muram menyelubungi isi rumah keluarga Peter Lim. Semenjak Peter Lim terlantar sakit akibat demam, isterinya Swee Lan yang menjaga makan minum serta kebajikan anak-anaknya. Semenjak ketiadaan Fuad, Peter Lim tidak lalu makan atau minum. Mujurlah Robert Lim yang merupakan adik suaminya memberi bantuan kewangan. Swee Lan hanya menoreh getah dan dengan hasil pekerjaannya itulah digunakan untuk menampung semua perbelanjaan. Ketibaan kereta Fuad di hadapan rumah Swee Lan menyedarkannya daripada terus mengelamun. Kehadiran Fuad disambut dengan tangisan oleh ibu saudaranya itu.Bapa saudaranya iaitu Peter Lim juga telah llalu makan dan minum setelah disuap oleh Fuad. Fuad berjanji menanggung segala perbelanjaan persekolahan Mei Lin, Ah Soh dan Guan. Keesokan harinya Fuad bertanyakan Peter Lim dan Swee Lan tentang ibunya. Ibu dan bapa saudaranya menceritakan serba sedikit tentang ibunya. Mereka juga menyatakan bahawa Ah Sok iaitu peneroka Lembah Klau yang melarikan Fuad semasa kecil. Kematian ibunya iaitu Mariana dirahsiakan daripada pengetahuan umum kerana bimbang difitnah. Fuad juga dimaklumkanbahawa ibunya mempunyai seorang kakak. Sewaktu di surau, Fuad telah berkenalan dengan seorang lelaki dalam lingkungan umur lima puluhan dikenali sebagai Pak Said, Pak Said bersetuju untuk menemani Fuad ke Lembah Klau untuk mencari kubur ibunya pada keesokan harinya .

BAB 9
Di rumah Farhana, sehari sebelum Fuad ke Lembah Klau, Farhana masih menantikan panggilan telefon daripada Fuad. Sambil menunggu panggilan daripada Fuad , Farhana sempat melayan perasaannya. Farhana teringat semasa dia masih belajar dalam bidang pendidikan Bahasa Inggeris di London dulu. Dalam masa yang sama Farhana terkenang pula perkenalannya dengan Fuad. Fuad banyak memberi dorongan kepadanya sebagai pendidik. Perasaannya terganggu dengan teguran ibunya supaya menunaikan solat dengan segera.Ibunya juga cuba mengagak status hubungan Farhana dengan Fuad. Selang beberapa ketika kemudian ibu Farhana pula terkenangkan arwah suaminya yang berkerja sebagai anggota polis. Kematian suaminya adalah disebabkan oleh penyakit kanser usus. Farhana juga diberitahu ibunya bahawa rakannya Yati telah bertunang.

BAB 10
Fuad menjemput Pak Said untuk ke rumah Pak Ngah Lias di Felda Lembah Klau. Kereta yang dipandu Fuad berhenti disebuah kedai makan untuk bertanya arah . Faud berasa lega kerana Pak Ngah Lias yang dicarinya masih hidup. Ketika berada di rumah pak Ngah Lias, Pak Said menceritakan serba sedikit latar belakang Fuad kepada Pak Ngah Lias. Pak Ngah Lias amat terkejut apabila mengetahui bahawa Fuad merupakan anak kepada Robert Lim atau nama Islamnya Roslan. Pak Ngah Lias memberitahu bahawa Seman telah memberikan nama Abdul Halim kepada Fuad dan setelah dua puluh tujuh tahun barulah Fuad mengetahui nama sebenarnya . Berpuluh-puluh tahun Pak Ngah Lias menyimpan misteri kehilangan Abdul Halim walaupun cuba dijejakinya beberapa waktu selepas kematian Seman. Pak Ngah Lias menyatakan bahawa ibu Fuad iaitu Mariana tinggal di Kuala Lipis bersama kakak angkatnya Mariah. Selepas waktu Asar mereka bertolak ke Kuala Lipis untuk bertemu Mariah namun diberitahu bahawa Mariah sudah lama berpindah. Fuad bertemu Pak Samsudin, jiran Mariah dahulu dan mengetahui bahawa ibunya masih hidup. Fuad memberitahu hal tersebut kepada Peter Lim dan Swee Kab. Justeru Swee Lan mencadangkan spaya Fuad menemui bapanya di Kuala Lumpur agar dapat membantu mencari ibunya. Peter Lim memberitahu Fuad bahawa bapanya masih menyimpan cincin yang telah ditempah khas ketika perkahwinan mereka. Cincin itu telah diberikan kepada Mariana dan satu lagi cincin disimpan oleh bapanya.

BAB 11
Suasana masih hingar-bingar di blok C bangunan Sekolah Menengah Seri Setia walaupun kelas lanjutan pada petang itu sudah lama berlangsung. Cikgu Abas tidak brpuas hati kerana suasana hingar-bingar seperti itu kerap kali berlaku semenjak program kelas lanjutan diadakan. Cikgu Abas juga begitu menyukai Fuad yang merupakan seorang guru yang rajin walaupun hanya sebagai guru sementara di sekolah itu. Sikap Fuad jauh berbeza dengan Cikgu Zamani yang telah lama mengajar di sekolah tersebut. Tengah hari esoknya dalam mesyuarat guru, Cikgu Abas meluahkan kemarahannya kepada sebahagian guru yang tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru.

BAB 12
Fuad memberikan kad ucapan hari lahir kepada Farhana dan mengajak Farhana keluar berjalan-jalan . pada pukul lima petang Fuad menjemput Farhana di rumahnya. Mereka berdua menaiki kereta mengelilingi pusat Bandar dan singgah di Restoran Terapung di taman Syahbandar . Selepas itu Fuad mengajak Farhana pergi ke rumah Pak Ismail dan Mak Salmah. Mereka makan malam dan soalt isyak berjemaah di sana. Selepas itu, mereka meminta izin daripada Mak Salmah untuk berangkat pulang . Sebelum masuk ke kereta Farhana sempat dipeluk oleh Mak Salmah.

BAB 13
Dalam perjalanan ke rumah Cikgu Zamani, dari kejauhan Fuad terdengar suara tetamu di rumahnya. Namun Fuad kehairanan setelah mendapati hanya tiga tetamu yang berada di dalam rumah Cikgu Zamani iaitu Cikgu Amin, Cikgu Azli, dan Cikgu Rosli. Selesai makan Fuad menyedari agenda sebenar cikgu Zamani menjemputnya adalah untuk mempengaruhi Fuad menyertai jemaahnya. Walau bagaimanapun Fuad tidak memberi sebarang keputusan sama ada bersetuju atau sebaliknya. Dalam perjalanan pulang Fuad terkenang akan Farhana. Dia brharap supaya Farhana dapat memberikan kebahagiaan kepada Mak Salmah sebagaimana Sofia suatu masa dahulu.

BAB 14
Robert Lim melemparkan beg bimbitnya ke atas sofa sebaik sahaja memasuki ruang tamu. Terlalu banyak perkara yang merungsingkan fikirannya terutamanya berkaitan Mariana, ibu Fuad. Kalau betul cerita yang disampaikan oleh Peter Lim tempoh hari bermakna kukuh benarlah kenyataan bahawa Mariana masih hidup. Robert Lim meminta Chin menemaninya ke Terengganu untuk berjumpa dengan Fuad. Robert Lim ingin memberikan cincin dan gambar kepada Fuad. Tiga hari selepas itu Robert Lim dan Chin pun bertolak ke Terengganu. Pak Ismail dan Mak Salmah terkejut dengan kedatangan Robert Lim. Namun, Robert Lim dan Chin tidak sempat berjumpa dengan Fuad kerana pergi ke Kuantan. Robert Lim bercadang menemui Fuad di Kuantan untuk memberikan cincin tersebut.

BAB 15
Sejak kebelakangannya ini, Farhana sering bertengkar dengan Cikgu Zamani hingga menimbulkan suasana tidak selesa di bilik guru. Tiba sahaja di rumah , Fuad terus mandi dan menunaikan solat Zuhur. Ketika itu pak Ismail baru pulang dari sawah. pak Ismail dapat meneka ketidakceriaan di wajah Fuad. Setelah makan, Fuad duduk-duduk di beranda rumah. Selalunya pada waktu begitu dia akan melelapkan mata tetapi tidak pada hari itu. Akhirnya Fuad memutuskan untuk ke rumah Borhan. Borhan sedang bersantai di luar rumah waktu Fuad tiba . Borhan gembira menyambut kedatangan Fuad. Mereka berdua berbual-bual kosong. Namun Borhan dapat melihat kemuraman di wajah Fuad. Keresahan yang berpanjangan akhirnya memaksa Fuad menghubungi Farhana namun Cikgu Zalifah memberitahu Farhana menjaga ibunya yang sakit di hospital . Fuad mengambil keputusan untuk menemui Farhana di Kuantan.

No comments:

Post a Comment