Tuesday, February 15, 2011

ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU



PAHLAWAN BUNTUNG

Sinopsis

Pertemuan semula Khalid anak Pak Hassan dengan Pak Hussain selepas berpisah selama 30 tahun mengimbas kembali peristiwa peperangan pada zaman Jepun. Pada zaman itu penduduk di Kampung Pulau Pak Amat hidup sengsara. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa berpindah apabila kampung mereka diserang tentera Jepun. Sekembali semula dia di kampung halaman selepas tamat perang, orang kampung kembali memulakan kehidupan sebagai nelayan. Selepas itu Pak Hussain terkena serpihan bom tentera Jepun hingga mengakibatkan kakinya dipotong. Walau bagaimanapun Pak Hussain dianggap sebagai wira atau pahlawan kerana telah menggadai nyawa demi keselamatan penduduk Kampung Pak Amat. Demi menyelamatkan orang kampung Pak Hussin waktu itu akur dengan suruhan tentera Jepun untuk mengebumikan mayat-mayat orang kampung yang seorang diri. Tugas itu dilakukan oleh Pak Hussin seorang diri dan dia sengaja melewat-lewatkan kerja agar orang kampung dapat berpindah dengan selamat. Akhirnya Pak Hussin dapat meloloskan diri dengan menipu tentera Jepun dengan alasan untuk membuang air. Kesempatan itu diambil untuk melarikan diri.

No comments:

Post a Comment