Tuesday, February 8, 2011






Sambungan. . .

Di sekolah Fakhrul tidak fokus terhadap apa-apa yang diajar oleh gurunya di dalam kelas.Masanya lebih banyak dihabiskan dengan tidur dan termenung. Puas ditegur oleh guru-guru yang masuk ke kelasnya tapi sedikit pun tidak menjentik hatinya untuk berubah.Jiwanya kosong.
"Fakhrul!!!...bangun!!!" jerit cikgu Mardiah.
"Awak ingat ni waktu tidur ke?. Nak tidur balik rumah".Fakhrul tetap membatu di tempat duduknya. Jeritan Cikgu Mardiah langsung tidak berbekas di hatinya.
" Sekarang awak pergi tandas dan cuci muka". Muka Cikgu Mardiah merah padam menahan marah apabila Fakhrul tidak mengendahkan arahannya.
Fakhrul memandang Cikgu Mardiah dengan pandangan sinis. Ditolak kerusinya sekuat hati dan terus berlalu keluar dari kelas.
"Biadap", desis hati Cikgu Mardiah sambil menahan marah. Dia cuba mengawal perasaannya. Dia tidak mahu emosinya nanti akan menjejaskan pelajar-pelajar lain untuk belajar. Habis masa Cikgu Mardiah , namun batang hidung Fakhrul tidak muncul-muncul. Cikgu Mardiah dapat mengagak tindakan Fakhrul yang tidak masuk semula ke kelas.Pening Cikgu Mardiah memikirkan sikap anak muridnya yang seorang itu. Kalau diikutkan hati memang stress dibuatnya setiap kali berhadapan dengan Fakhrul. Kalau boleh Cikgu Mardiah tidak mahu emosi menguasai dirinya hingga menjejaskan kreadibilitinya sebagai seorang guru. Lagipun Fakhrul bukannya tidak pandai, dia ada potensi untuk berjaya tetapi disebabkan sikapnya dia jadi begitu.
"Mar...Mar...!".
Cikgu Mardiah menoleh ke arah suara yang memanggilnya.Langkahnya untuk pergi ke bilik guru terhenti di pertengahan mata anak tangga ke tingkat 2.
"Ada apa Fuad?, tanya Cikgu Mardiah. Fuad merupakan salah seorang guru disiplin di sekolah itu. Karektor Fuad yang agak sedikit berwajah garang menyebabkan ramai kalangan pelajar berasa gerun apabila dipanggil olehnya. Sesuai dengan tugasnya sebagai guru disiplin.
"Fakhrul. Tadi aku terserempak dengan dia di pintu pagar belakang sekolah.Pagar berkunci.Kau tau apa dia nak buat?"...bersambung...

No comments:

Post a Comment