Tuesday, February 8, 2011

NOVEL DI SEBALIK WAJAH

WATAK PERWATAKAN

Doktor Fikri
  • Pelajar tingkatan 2 . Berumur 14 tahun.
  • Mengalami kecacatan iaitu balar
  • Seorang yang tabah
Contoh: Doktor Fikri tabah menghadapai dugaan apabila diejek oleh rakan-rakan sekolah
disebabkan kecacatannya .
  • Seorang yang rajin
Contoh: Doktor Fikri rajin mengisi masa lapang dengan membaca buku dan membant
bapanya menanam sayur-sayuran serta menjual hasil kebunnya di Pekan Baru Menggatal.
  • Seorang yang penyayang
Contoh: Doktor Fikri sayang akan keluarga dan rakan-rakannya.
  • Seorang yang berdikari
Contoh: Doktor Fikri berusaha sendiri untuk menambah tabungan dengan menjual hasi
tanaman dan ayam ternakannya.

Cikgu Saiful
  • Bapa kepada Doktor Fikri
  • Seorang bapa yang bertanggungjawab
Contoh: menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa dengan mengazankan Doktor
Fikri sewaktu kelahirannya. Dia juga bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan Dokto
Fikri.
  • Seorang yang rajin
Contoh: Cikgu Saiful rajin mengusahakan tanaman sayur-sayuran .
  • Seorang yang taat akan perintah agama
Contoh: Cikgu Saiful sering menunaikan solat berjemaah bersama-sama keluarganya.

Josy
  • Pelajar tingkatan Dua melati Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal.
  • Seorang yang prihatin
Contoh: Josy sentiasa mengambil berat tentang masalah Doktor Fikri dan memberikan
semangat kepadanya.
  • Seorang yang setiakawan
Contoh: Josy tetap berkawan dengan Doktor Fikri walaupun kawan-kawan yang lain telah
menjauhkan diri daripada Doktor Fikri sewaktu dia dituduh mencuri buku-buku d
perpustakaan.
  • Seorang yang tetap pendirian
Contoh: Dia tidak mudah mempercayai fitnah yang dilemparkan oleh Narius dan rakan-
rakannya terhadap Doktor Fikri.

Narius
  • Pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal.
  • Bermasalah disiplin
Contoh: Narius sering membuli dan cuba memeras ugut pelajar-pelajar sekolahnya
termasuklah membuli Doktor Fikri.
  • Insaf akan kesalahan lalu
Contoh: Narius telah insaf dan berubah menjadi pelajar yang baik selepas peristiwa Cikg
Saiful menjaminnya sewaktu ditahan di lokap atas permintaan Doktor Fikri.

No comments:

Post a Comment