Tuesday, February 1, 2011

KABUS DI PERBUKITAN

SINOPSIS

BAB 31 : Atas Nama Cinta

Kenduri perkahwinan Zain dan Anne Johnnsons melakar sejarah paling manis buat keluarga Datuk Azrul. Habis semua chalet dan rumah rehat ditempahnya untuk tetamu daripada luar negara. Malah satu program televisyen telah membuat liputan khas dengan tajuk "perkahwinan dua Negara". Faridah merupakan orang yang paling gembira apabila dapat kembali ke kampung halamannya. Dia bertemu Pak Talib yang kini usianya mungkin sudah mencecah 80 @ 90 tahun. Akhirnya Faridah mengecap kebahagiaan setelah melalui derita yang panjang. Faridah menangis melihat sawah padi yang kini bukan miliknya lagi. Tanah itu telah dipajakkan oleh Hj. Ghafur selama 25 tahun, dia menggunakan wang itu untuk menyara hidupnya semasa belajar di New Zealand dahulu. Faridah meminta tolong Zain untuk berjumpa dengan anak Hj Ghafur yang menjaga rumah itu. Faridah ingin masuk ke dalam rumah itu bagi menunaikan solat, sujud syukur serta solat taubat. Zain berlari -lari anak pergi ke rumah Hj Ghafur. Tiba-tiba Faridah mengeluh, dia berfikir sejenak, perbezaan tingkah laku Benny dan Zain amat ketara. Melina dan Soleh sudah bertolak ke KLIA awal pagi tadi untuk ke Dubai bagi menemui Jaafar al-Anbia, membincangkan tentang kehilangan menantunya itu. Tiba-tiba Anne bertanya kepada Faridah tentang kisah mamanya yang meninggalkan kampungnya dahulu. Faridah melihat Anne beza sekali dengan sikap kembarnya, Melinda. Melinda tidak secerdik Anne, Anne tamat mengaji dan Faridah sering mendengar alunan suara Anne di masjid Al-Noor. Zain melambai dari jauh bersama anak Hj Ghafur . Faridah melihat ada riak bahagia terpamer pada wajah Anne. Bagi Faridah, mereka anak-anak bertuah kerana dilahirkan dengan kasih sayang ibu bapa yang berpanjangan.

BAB 32: Bahagia yang Berpanjangan

Melina dan Soleh Johnson mengambil limousin dan terus ke Emirate Tower Hotel di Jalan Syeikh Zayed. Benny sedang menunggu mereka di suite yang terletak di tingkat paling atas Empire Tower Hotel. Sebaik sahaja mereka sampai, Benny terus mendapatkan Melina dan meminta maaf atas kesilapannya. Benny sebenarnya terpaksa menyambut Soleh Johnson dan melina yang tiba di Dubai International Airport tepat 12.oo p.m. Waktu nyawa sebelum kembali ke Dubai apabila helikopter yang dijanjikan untuk membawanya gagal mengambilnya. Dia terpaksa mendarat ke Phuket dan terbang ke Perancis, dia mendapat bantuan daripada sahabat-sahabatnya dari merata tempat dan menggunakan pelbagai nama samaran. Benny hanya boleh bergerak bebas di negaranya sendiri kerana satu keputusan telah dibuat bahawa Benny dilindungi dan dianggap sebagai ahli keluarga pemerintah. Soleh Johnson menuju ke bilik yang disediakan untuk berehat, dan memberikan peluang kepada anak-anaknya berunding suami isteri. Melina mengadu kepada Benny bahawa betapa sepi hidupnya ketika di Marang dahulu tanpa Benny di sisi. Namun kini betapa rindunya untuk kembali ke tempat itu semula, suasananya serta kesederhanaan penduduk berbilang kaumnya itu. Benny dan Melina telah membuat keputusan untuk tinggal di banglo peranginan keluarga Benny di Jalan Jumeirah, tidak jauh dari hotel yang paling mahal di dunia, Burj al Arab dan Jumeirah Beach Hotel. Benny akan kembali bekerja di An-Anbia Family Limited Company keran syarikat itu mempunyai kepentingan besar di negara teluk itu dan dia terpaksa meninggalkan hobi belayarnya itu. Melina akan melahirkan anaknya di hospital yang menjadi tumpuan warga arab yang kaya-raya untuk mendapatkan rawatan. Melina sangsi, banyak rencana dalam majalah antarabangsa yang menulis berat sebelah tentang dunia arab, dia kembali teringatkan rumah mereka di Marang yang bebas ke mana-mana sahaja tanpa ada rasa was-was. Di Marang, kehadirannya dihormati tetapi Melina sanggup berbuat apa-apa sahaja asalkan berada di sisi suaminya 2 hari kemudian, Soleh terbang pulang ke KL. Soleh tahu bahawa Melina akan tabah dan menjadi seorang isteri idaman apabila tinggal di negara Islam itu.

BAB 33: Janji Pada Tanah Ini

Faridah berasa dirinya insan yang paling bertuah kerana merentas alaf dalam perjalanan hidup dan perlu merentas antara negara untuk melihat cucu-cucunya. Anne dan ain kini di New Zealand mengambil alih perusahaan dan penternakan keluarga Johnsons. Anne melahirkan anak kembar iaitu Melinda dan Rahayu. Melina pula melahirkan Said al-Anbia, setahun lebih awal daripada Anne. Kini Faridah tinggal di Malaysia. Datuk Azrul mendapat tanah pajakan seluas 500 hektar di tanah tinggi Lojing untuk dibangunkan menjadi sebuah kawasan agro pelancongan tanah tinggi . Datuk Azrul dan Soleh bekerjasama merangka sendiri pelan pembangunan, membuat tinjauan lapangan dan kemudian mengajukan kertas cadangan kepada kerajaan negeri. Soleh dan Datuk Azrul menjadikan Lojing sebagai sebuah merosakkan ekosistemnya. Sungguhpun begitu, pelancongan hasil daripada kotej juga mampu menjana pendapatan yang lumayan. Faridah memilih menjadi pemerhati juga menikmati keindahan alam. Datuk Azrul dan Datin Aisyah lebih banyak menghabiskan masa berada di Lojing berbanding Bukit Besar. Hubungan kekeluargaan mereka semakin erat. Masa terlalu pantas, 2 tahun selepas pembinaan, kotej-kotej itu beroperasi penuh. Faridah memilih sebuah kotej untuk menjadi tempat tinggalnya selain di Cameron Highland. Perniagaan kotej-kotej mereka bertambah maju apabila sebuah syarikat majalah Eropah mahu membuat rencana tentang Lojing itu dan Benny juga bersetuju mewujudkan sebuah pejabat promosi di Dubai. Faridah pernah menyuarakan pendapatnya untuk memajukan Bukit Kutu tetapi malangnya Datuk Azrul memberitahu bahawa tempat itu telah diwartakan sebagai Hutan Rizab Hidupan Liar. Dia teringat saat-saat bertemu Ayu dalam alam bawah sedar. Dia berjanji pada tanah ini bahawa susur galur keturunannya akan teguh di tanah ini.

No comments:

Post a Comment