Monday, February 7, 2011

HILANG KASIHNYA




Kicauan burung mengejutkan Fakhrul dari lenanya. Dia menggeliat. Dia menggosok-gosok matanya yang tidak gatal. Terasa kelat untuk membuka mata."uahhhhhhhhhhh....."!,dia
menguap. Dikuak sedikit tingkap biliknya dan menjengah ke luar. "Ah... gelap lagi",bisik hatinya. Fakhrul menarik selimut . Hembusan angin dan kedinginan di luar menampar-nampar hatinya agar menyambung tidur semula.
"tuk...tuk...!
"Fakhrul ,bangun... sekolah!", kejut ibunya.Fakhrul tidak menjawab. Baginya kedinginan pagi menjadi lebih nikmat jika bertemankan tilam dan bantal. Tidur sampai naik matahari pun tak apa. Baginya satu kepuasan. Nikmat dunia. Dia tidak ada hati lagi untuk menyarung baju putih dan seluar hijau pekat pada setiap hari. Kalau pun dia pakai itu kerana terpaksa. Terpaksa memenuhi desakan ibunya.
"Tuk...tuk...! Tuk...tuk...!pintu bilik terus diketuk bertalu-talu.
"Bangun Fakhrul... sekolah...",Mak Siah tidak berputus asa untuk terus mengejutkan Fakhrul.Setiap pagi Mak Siah mengejutkan Fakhrul dengan doa dan penuh harapan agar Fakhrul lembut hati untuk memenuhi tanggungjawabnya pergi ke sekolah.
"Hisssssh...", Fakhrul mendengus sambil mencampakkan bantal dan selimutnya ke penjuru katil. Bingit telinganya dengan bunyi bising ketukan pintu. Dicapainya tuala dan terus ke bilik mandi.Akhirnya pagi itu dia terpaksa akur juga untuk menyarung sut putih hijau. Sakit hatinya bila terpaksa mengaku kalah .Sarapan yang dihidang oleh ibunya tidak dijamah. Jauh sekali untuk menyalam tangan tua ibunya. Dengan wajah yang bungkam Fakhrul berlalu pergi. Mak Siah memandang dari kejauhan hingga bayang-bayang Fakhrul hilang barulah dia beredar ke dapur. Sayu hati keibuannya . Namun apalah daya dia hanya mampu memanjatkan doa untuk mengharapkan keajaiban berlaku . Fakhrul satu-satunya menjadi tempat dia bergantung harap kelak.Bersambung...

No comments:

Post a Comment