Friday, February 4, 2011

KABUS DI PERBUKITAN


LATAR

Latar Masa

Pagi
  • Masa siang 8.00 pagi- Rahayu tiba di perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran bersama Azrul.
  • Waktu pagi juga Rahayu jatuh pengsan di perpustakaan. Pada waktu yang sama Faridah terlibat dalam kemalangan.
  • Waktu pagi- satu jam selepas Kamarudin meninggalkan rumah untuk mencari Faridah, Hamidah menerima panggilan yang memaklumkan Rahayu pengsan dan telah dihantar ke hospital.
  • 1.00pagi- Benny dan Melina tiba di rumah Soleh dan Faridah.
Malam
  • Malam- Pak Imam Sohod mengetuai kanak-kanak kariah membaca yasin , memohon kepada Allah agar diberi petunjuk terhadap kehilangan Faridah di tempat kemalangan.


Petang
  • Petang- Pihak polis menamatkan OPS PDK setelah usaha mencari Faridah dan Iqbal selama dua minggu menemui kegagalan.
  • Sebelum majlis perkahwinan Benny dan Melina, Zain berkenalan dengan Anne.
  • Pukul 2.00 petang-Benny dan Melina tiba di KLIA untuk bekerja di Malaysia.
Waktu Umum
  • 25 tahun- Faridah telah meningalkan kampung halaman dan selama 25 tahun dia menetap di New Zealand.
  • Dua minggu- dalam masa dua minggu Benny dan Melina berkenalan, Benny sudah melamar Melina.
  • 1980- Sepasang pelancong British hilang di Jalan Gap ketika berbasikal di Kuala Kubu Baharu ke Bukit Fraser.
  • 1989-PKM meletakkan senjata di Hatyai.
Latar Tempat
  • Kafeteria UPM- Rahayu dan Azrul sedang bersarapan.
  • Perpustakaan di UPM- Rahayu dan Azrul belajar dan mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan mereka.
- Tempat Rahayu pengsan.
  • Rumah Rehat Sri Berkat di Bukit Fraser- Faridah dan Mastura membawa murid Down Sindrom seramai 10 orang ke Bukit Fraser.
  • Jalan ke Pekan Raub - Faridah yang terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalam keretanya telah terlibat dalam kemalangan.
  • Smoke House- Rumah Tuan Cecil Renking yang wujud dalam alam hidup Faridah ketika dia koma selepas terlibat dalamkemalangan jalan raya.
  • Bukit Kutu- Mejar (B) Kamarudin dan Buyung mencari Faridah dan Iqbal di dalam hutan sekitar Bukit Kutu.
  • Perkampungan Orang Asli- Tempat Mejar(B) Kamarudin dan Buyong menemui Faridah dan Iqbal selepas dua minggu hilang.
  • Parit Satu, Sungai Besar- tempat pertemuan Faridah dan Azrul semasa dia menziarahi kubur Rahayu di Parit Satu.
  • Parit Dua, Sungai Besar- Kampung Azrul menjalankan projek penternakan kambing.
  • Rosewood New Zealand- Rumah Faridah di New Zealand.
  • Christchurch di New Zealand- sebuah bandar di New Zealand.
  • Marang Terengganu- tempat tinggal Melina dan Benny di Malaysia.
  • Cameron Highlands- Tempat penginapan Faridah dan keluarganya ketika mereka pulang ke Malaysia untuk melawat Melina dan membincangkan perkahwinan Anne dan Zain.
Latar Masyarakat
  • Masyarakat orang asli
Contoh: Tok Batin Senik merupakan Tok Batin masyarakat orang asli yang menyelamatkan
Faridah dan Iqbal di Bukit Fraser.

  • Masyarakat yang mementingkan pendidikan agama
Contoh: Faridah dan Soleh mahu anak-anaknya mendapat didikan agama sejak dari keci
lagi kerana itu dia telah menghantar anak-anaknya ke sekolah rendah agama di
Christchurh.

  • Masyarakat yang cinta akan alam sekitar
Contoh: Azrul dan teman-temannya banyak mengadakan program pendedahan tentang
alam sekitar kepada pelajar-pelajar.
Selain itu Soleh Jonsons telah mengekalkan pokok-pokok merbau dan tualan
daripada ditebang semasa projek mendirikan pusat peranginan.

  • Masyarakat yang prihatin
Contoh: Faridah dan Mastura sangat mengambil berat tentang kebajikan kanak-kanak
istimewa di tempat mereka bekerja.

  • Masyarakat yang percaya kepada bomoh
Contoh: Sarjan Yusof mencadangkan misteri kehilangan Faridah dan Iqbal diselesaikan oleh
bomoh setelah pihak polis gagal menemui mereka.

  • Masyarakat pelajar/mahasiswa
Contoh: Azrul dan Rahayu merupakan penuntut Fakulti Ekologi Manusia di Universit
Putra Malaysia.

  • Masyarakat yang cenderung dalam bidang pertanian
Contoh: Azrul berminat mengusahakan penternakan kambing dan tapak semaian untuk
menampung kehidupannya walaupun dia merupakan lulusan universiti.

No comments:

Post a Comment