Saturday, January 7, 2012

watak dan Perwatakan Cempaka Putih Untukmu

Watak dan Perwatakan

Watak Utama

Hartini

  • Anak ketiga kepada Encik Hasrul dan Puan Sarah.
  • Merupakan pelajar Tingkatan Tiga Teratai di Sekolah Menengah Kuala Batu.
  • Mempunyai kakak (Along), abang (Angah) dan adik bernama Amin.
  • Seorang yang berani. Contoh: Hartini berani memujuk Pak Morit supaya bersetuju agar Satiah dirawat di hospital.
  • Seorang yang tabah. Contoh: Hartini menerima kehilangan rakan karibnya dengan tabah. Dia berjanji tidak akan menangis lagi.
  • Seorang yang penyayang. Contoh: Hartini sangat menyayangi rakannya Satiah. Buktinya sewaktu Satiah meninggal dunia Hartini pengsan dan tidak sedarkan diri. Agak sukar bagi Hartini menerima hakikat bahawa rakan karibnya itu telah meninggal dunia.
  • Seorang pelajar yang bijak. Contoh: Hartini merupakan seorang pelajar yang bijak. Dia telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR iaitu 7A 1B.

Watak Sampingan

Satiah

· Anak sulung kepada Pak Morit dan Mak Sukin

· Mempunyai adik iaitu Akob dan Amat.

· Rakan karib Hartini

· Menghidap penyakit barah paru-paru.

· Seorang pendiam. Contoh: Tidak banyak bercakap di dalam kelas dan jarang ke rumah kawan-kawan .

· Seorang tabah. Contoh: Satiah tabah menanggung kesakitan akibat penyakit barah paru-paru.

· Seorang yang bijak. Contoh: Satiah merupakan pelajar cemerlang dalam peperiksaan PMR. Beliau memperoleh keputusan 8A. Dia juga mahir dalam penulisan.

Encik Hasrul

· Suami kepada Sarah .

· Mempunyai empat orang anak iaitu Along, Angah, Hartini dan Amin.

· Merupakan seorang kakitangan kerajaan di jabatan pertanian.

· Seorang yang bertanggungjawab. Contoh: Sebelum berpindah ke tempat baharu beliau memastikan segala urusan persekolahan anak-anak dan keperluan tempat tinggal diselesaikan terlebih dahulu.

· Seorang yang baik hati. Contoh: Encik Hasrul telah menghantar Satiah untuk mendapatkan rawatan di hospital.

· Seorang yang menepati janji. Contoh: Encik Hasrul mengotakan janjinya mengadakan kenduri kesyukuran apabila Hartini dan rakan-rakannya mencapai keputusan cemerlang dalam PMR.

Latar

Latar Masa

· Pagi

Contoh: Pada pukul 9.00 pagi, Encik Hasrul sekeluarga bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Jerantut

· Petang

Contoh: Pada suatu petang setelah mereka tiba di rumah baharu, masyarakat setempat menyambut kedatangan mereka.

· Malam

Contoh: Encik Hasrul mempelawa Pak Morit dan Mak Sukin bermalam di rumahnya akibat keadaan Satiah yang masih lemah kerana bimbang penyakit Satiah berulang kembali.

Latar Tempat

· Di Kuala Lumpur

Contoh: tempat tinggal asal keluarga Encik Hasrul.

· Di kampung Kuala Batu.

Contoh: sebuah perkampungan orang asli yang dihuni oleh Pak Morit dan Mak Sukin yang juga merupakan tempat tinggal baharu Encik Hasrul dan keluarganya.

· Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Batu

Contoh: Tempat Hartini , Satiah dan rakan-rakannya bersekolah sehingga PMR.

· Sekolah Menengah Gemilang Wawasan.

Contoh: Sekolah Berasrama Hartini setelah beroleh keputusan cemerlang dalam PMR.

· Johor Bahru

Contoh: Tempat tinggal nenek Hartini dan di situlah Hartini belajar komputer selepas peperiksaan PMR.

· Kampung Langsat

Contoh : Tempat Pak Morit menghantar anaknya Satiah berjumpa dukun.

Latar Masyarakat

· Masyarakat bandar

Contoh: keluarga Encik Hasrul yang telah lama tinggal di bandar agak keberatan untuk berpindah ke kawasan pedalaman.

· Masyarakat orang Asli

Contoh: Masyarakat orang Asli suka bersedekah dengan memberikan hasil pertanian seperti keledek, dan pisang kepada keluarga Encik Hasrul.

· Masyarakat yang percaya kepada amalan tradisional

Contoh: Dukun dari Kampung Langsat dan Pak Morit mempercayai Satiah jatuh sakit kerana telah terlangkah benda kotor.

· Masyarakat pelajar

Contoh: Hartini, Satiah, Sinda, Ineng, Ambok, Meramu dan rakan-rakan yang lain

menduduki peperiksaan PMR di Sekolah Menengah Kuala Batu.

· Masyarakat peniaga

Contoh: Pak Dollah seorang peniaga yang menjual ikan.

· Masyarakat pendidik

Contoh: Cikgu Hanafi sentiasa memberi pujian ke atas Satiah yang pandai mengarang.

3 comments: