ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIR. . .
BERIKU LALUAN MENUJU KE JALAN MU...
TERANGI HIDUP KU DENGAN NUR MU
SULUH HATI KU DENGAN CAHAYA PELITA MU
AGAR KU TERUS SUJUD MENGABDI PADA MU
MENGHIMPUN GANJARAN PAHALA BAGI MENUTUPI SEGALA DOSA-DOSA SILAMKU
ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIR...
BERIKU RUANG TERUS BERTAHJUD KEPADA MU
BERTAFAKUR MINDA MENGINGATIMU
LEMBUTKAN LIDAHKU DENGAN NYANYIAN ZIKIRULLAH
BASAHKAN BIBIRKU DENGAN MENYEBUT NAMAMU YA ALLAH
MEREBUT RUANG DAN PELUANG MELIPAT GANDAKAN AMALAN KU
MERAFAK KEAMPUNAN DARIPADA MU YA ALLAH
MENGHIMPUN SEPENUH KASIH BUAT MU HIHGGA KE PENGHUJUNG MALAM
ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIR...
BERIKU RUANG TINGKATKAN AMALAN KEBAJIKAN KU
MENITIPKAN SISA KASIH BUAT IBU BAPA KU
MELOMPANGKAN RUANG MASA BUAT ANAK-ANAKKU
MENGHAMPAR KEMESRAAN BUAT SUAMIKU
MENGHIDANGKAN MEREKA DENGAN HIDANGAN AIR TANGANKU
SEBAGAI TANDA KENANGAN PADA AKHIR RAMADHAN KU...
ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIR...
IBADATKU...
AMALANKU...
KASIH KU...
HIDUP KU PASRAHKAN KEPADA MU
SEGALANYA HANYA KERANA MU
YA ALLAH
No comments:
Post a Comment