Thursday, April 7, 2011

KURSUS PENGHAYATAN KOMSAS (PUISI TRADISIONAL DAN DRAMA)










Bertempat di Hotel Meredian Melaka telah diadakan Kursus Penghayatan Komsas selama tiga hari dua malam bermula 23 Mac hingga 25 Mac 2011. Kursus selama tiga hari ini lebih berfokus kepada penghayatan Puisi Tradisional dan drama. Sifu Puisi Tradisional iaitu En. Roslan Madun telah menyampaikan bengkel puisi tradisional syair, gurindam dan seloka. keupayaan suara dan penyampaiannya ketika melagukan puisi-puisi tradisional tersebut memang tidak dapat disangkal lagi, cukup berkesan untuk dihayati dan dipraktikkan. Pelbagai ilmu baru tentang puisi tradisional yang telah diperoleh guru-guru dari zon selatan iaitu Melaka, Johor dan Negeri Sembilan selama tiga hari berkursus di sini. Diharapkan kursus-kursus seperti ini akan dapat menyuntik semangat kepada guru-guru untuk terus mempopularkan lagu-lagu puisi tradisional agar terus dapat dihayati dan menjadi santapan halwa teling pada masa-masa akan datang.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam...maaf baru terbaca komen, berminat juga nanti saya akan hubungi.Terima kasih

    ReplyDelete