Wednesday, March 17, 2010

TIP SIHAT GAYA RASULULLAH

1. Panduan cara tidur yang betul adalah dengan mengiringkan badan ke kanan manakala tangan kanan menyokong kepala. Mengiringkan badan ke kiri semasa tidur dikhuatiri menekan perut. Ini akan menganggu proses pencernaan. keadaan ini juga akan mengganggu kemampuan jantung untuk mengepam darah.

2. Berwaspadalah dengan kesan penyakit hati kepada kesihatan. Sifat dengki, sombong, suka memfitnah dan pendendam akan meningkatkan risiko dijangkiti barah dan hepatitis.

3. Diet menangani segala penyakit dan menurunkan berat badan ialah makan dan minum jangan berlebihan dan makanlah rezeki yang halal dan baik.

4. Ada 6 emosi jika dibiarkan akan memudaratkan kesihatan. Pertama MARAH berlebihan akan menyebabkan penyakit jantung. Kedua TAKUT berlebihan akan menyebabkan kemurungan dan kerosakan sel otak, ketiga KEBIMBANGAN yang berlebihan akan memudaratkan buah pinggang, Keempat SEDIH berlebihan akan menyebabkan sakit pada paru-paru, Kelima GEMBIRA berlebihan menyebabkan sakit jantung dan Keenam MALU yang berlebihan akan menyebabkan penyakit ulser dan hati. kebijaksanaan mengawal emosi menjadikan badan sihat.

5. Tidur adalah proses fisiologi yang penting. Semasa tidur organ-organ dicergaskan semula. Apabila lambat tidur pencergasan semula organ akan terganggu. Tidur yang panjang pula akan memekatkan darah dan meningkatkan risiko serangan jantung dan angin ahmar.Tidur yang menyihatkan ialah dua jam sesudah makan malam dan bangun antara jam 3 hingga 4 pagi. Serangan angin ahmar dan jantung sering berlaku antara jam tiga hingga enam pagi.

6. Cara yang betul untuk menguji keaslian madu ialah mengan mengukur keasidannya. PH bagi madu asli antara 3.4 dan 4.5. Apabila ia dititiskan ke atas kertas akhbar, ia tidak akan mudah diserap .

7. Ibn Sina berpendapat mereka yang berumur 45 tahun ke atas diwajibkan mengambil madu secara teratur.

8. Air sejuk berbahaya bagi pencernaan. Elakkan meminum air sejuk kerana air sejuk mengganggu fungsi enzim-enzim pencernaan. Air sejuk juga memudaratkan organ pernafasan terutamanya sesudah memakan makanan panas, manis dan sesudah mandi air panas.

9. Nabi menganjurkan supaya meminum air seteguk demi seteguk. Ambil nafas sebanyak tiga kali bagi setiap teguk. Baca bismillah sebelum minum dan alhamdulillah selepas minum cara begini lebih menyegarkan dan menyihatkan.

10. Terdapat banyak keberkatan pada makan malam. Nabi melarang kita meninggalkan makan malam. Ini kerana tabiat itu mempercepatkan proses penuaan dan menyebabkan tidur kurang nyenyak. Rasulullah menyarankan "Makan malamlah kamu walaupun dengan hanya sebiji kurma.

11. Salah satu rahsia orang Kazakhastan panjang umur ialah kebiasaan mereka meminum yogurt. Yogurt mempunyai kandungan protein yang mampu menurunkan kadar kolesterol dan kaya dengan kalsium.

12. Tomato mengandungi lycopene iaitu antioksida yang dapat mengurangkan risiko pembengkakan prostat. Bagi lelaki yang berumur 40 tahun ke atas digalakkan minum jus tomato untuk menyihatkan prostat.

13. Dua cara berkesan mengurangkan kegemukan adalah mengurangkan makan dan bersenam. Senaman yang disarankan pula dilakukan pada waktu petang kerana ia memiliki nilai aerobik yang besar hingga boleh membakar lemak

14. Nabi menyarankan kita supaya menyejukkan makanan sebelum memakannya.Mulailah dari tepi pinggan. Nabi melarang meniup makanan yang panas. Kajian mendapati makanan yang panas menyebabkan barah kerongkong dan barah perut.

15. Kandungan lemak tepu dan sodium paling rendah terdapat pada daging kambing. Daging kambing adalah daging yang selamat dimakan berbanding daging lembu dan ayam. Untuk mengurangkan daging kambing yang bersifat panas, minumlah air belimbing selepas makan daging kambing.

BACA DAN RENUNG-RENUNGKAN......

No comments:

Post a Comment