CUBA BINA AYAT DARIPADA PERIBAHASA BERIKUT:
SENARAI PERIBAHASA TEKS TINGKATAN 4 :
1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam
mesyuarat.
Masyarakat di kampung itu bersetuju untuk
mengadakan aktiviti gotong royong pada minggu hadapan kerana mengamalkan sikap
bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada
keturunan sendiri.
Biarpun Amin adalah darah daging kepada Pak
Abu, namun beliau tetap melaporkan kegiatan tidak bermoral yang dilakukan oleh
Amin kepada pihak berkuasa.
3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
4. meninggi diri
Maksud : Sombong
5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.
6 baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka
menolong).
7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan
8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar
hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka
kecil lagi.
11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat
dalam adat
Negara Malaysia mampu duduk sama rendah dan
berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain kerana kebijaksanaan pemimpin
memakmurkan negara ini.
12. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan
orang
13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama
dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau
mengerjakan sesuatu.
14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di
air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah
diperoleh.
15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.
16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong
17. murah hati
Maksud : Pemurah.
Sifat murah hati yang diamalkan oleh pelajar
itu telah membolehkannya memperoleh gelaran pelajar cemerlang sahsiah.
18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang
tetap utuh.
19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.
Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 5
1. lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan
yang terlalu tinggi.
Penduduk kampung terus menderita akibat sikap
lintah darat yang diamalkan oleh peniaga-peniaga yang menjual barangan
keperluan harian.
2. bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama
yang lain dan saling membantu.
3. anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di
sesuatu tempat
4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di
negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di
negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah
di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan
penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
6. indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara
yang dilebih-lebihkan.
7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama
dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang
susah bersama.
9. kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau
orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.
10. Di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat
yang kita diami atau tinggal.
11. masuk kandang kambing mengembek, masuk
kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan
keadaan
12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji,
pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh
seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..
13. memerah otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak
mahu berusaha dan bersusah payah
15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke
tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk
mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
16. yang bulat tidak datang menggolek, yang
pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa
usaha
17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil
juga.
18. bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam
mesyuarat.
20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong
pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah
memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
21. mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu
perkara.
22. biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
23.sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat
sesuatu bencana.
24. berbesar hati
Maksud : Gembira.
25. anak buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah
jagaan kita.
26. tuan rumah
Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara
27. yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di
samping budaya hidup yang baharu.
28. batu penghalang
Maksud : Halangan
Pemuda itu telah menjadi batu penghalang
kepada Samsuri untuk mengahwini Mazida kerana beliau juga ada hati kepada
wanita itu.
29 untung anak lelaki cari-carikan, untung
anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal
isterinya.
30. bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal.
b. Kehidupan yang senang.
MAKSUD PERIBAHASA DAN CONTOH AYAT :
1. Ada air adalah ikan.
Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di
situ ada rezeki.
Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita
pergi, janganlah cepat kecewa kerana di mana ada air adalah ikan.
2. Ada gula adalah semut
Maksud : Apabila sesuatu tempat itu mudah
mendapat kesenangan atau kemewahan di situlah ramai orang berkumpul.
Contoh ayat : Di bandar itu ramai orang
tinggal kerana senang mendapat rezeki dan kemewahan, seperti kata peribahasa
ada gula adalah semut.
3. Air dicencang tidak akan putus
Maksud : Perselisihan antara adik-beradik
tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula.
Contoh ayat : Ahmad yang tidak bertegur sapa
dengan abangnya selama setahun, sekarang telah berbaik-baik semula kerana air
dicencang tidak akan putus.
4. Air pun ada pasang surutnya
Maksud : Untung dan malang nasib seseorang itu
sentiasa bertukar ganti.
Contoh ayat : Nasib Pak Zaki samalah seperti
keadaan air pun ada pasang surutnya kerana dahulu dia hidup mewah tetapi
sekarang dalam kesusahan.
5. Air sama air, sampah ke tepi juga
Maksud : Jangan mencampuri pergaduhan
adik-beradik atau sekeluarga kerana apabila mereka berbaik semula kita akan
tersisih.
Contoh ayat : Karim yang mencampuri
perselisihan Ismail sekeluarga kini tidak dipedulikan lagi apabila keluarga
Ismail berbaik semula kerana air sama air, sampah ke tepi juga akhirnya.
6. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
Maksud : Orang yang pendiam jangan disangka
bodoh atau penakut.
Contoh ayat : Faridah itu umpama air yang
tenang jangan disangka tiada buaya, walaupun dia sentiasa pendiam tetapi bijak
dan berani memberikan pendapat.
7. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai
ke pangkal lengan
Maksud : Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dibuat
sehingga selesai dan berjaya.
Contoh ayat : Kita mestilah belajar
bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang kerana
alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
8. Alah bisa, tegal biasa
Maksud : Perkara atau kerja yang susah menjadi
senang kalau selalu dibuat.
Contoh ayat : Kerja memotong kayu itu alah
bisa, tegal biasa sahaja bagi Ah Kow kerana sejak kecil lagi dia telah
melakukannya.
9. Alah membeli, menang memakai
Maksud : Walaupun terasa berat membeli sesuatu
barang yang mahal harganya tetapi barang itu bermutu dan tahan Iama.
Contoh ayat : Saya tetap membeli baju yang
mahal harganya itu kerana saya percaya alah membeli, menang memakai.
10. Alah sabung, menang sorak
Maksud : Harta benda habis tetapi faedahnya
tidak didapati.
Contoh ayat : Perbuatan Pak Leman itu alah
sabung, menang sorak kerana wangnya banyak habis tetapi cita-citanya untuk
menjadi pemimpin di kampung itu tidak berjaya
No comments:
Post a Comment