Remaja pada masa ini merupakan angkatan muda yang akan menjadi
tonggak pemerintahan pada masa hadapan. Bijak pandai ada berkata, sekiranya
kita hendak melihat kepimpinan masa hadapan, lihatlah remaja yang ada pada masa
ini. Lantaran itu, dalam menempuh milenium yang sarat dengan cabaran reformasi
ini, ciri-ciri remaja yang kamil dan
mempunyai nilai keinsanan yang syumul penting untuk membangunkan negara. Dalam
hal ini, semua pihak berperanan bagi melahirkan remaja yang mempunyai ciri-ciri remaja yang berwawasan.
Berakhlak mulia merupakan salah satu
ciri remaja berwawasan. Hal ini demikian kerana akhlak yang luhur, datang dari
hati yang bersih. Remaja yang berakhlak mulia akan suka didampingi malah akan
meraih rasa hormat daripada orang sekeliling. Remaja yang berakhlak mulia pasti
tidak akan terjebak dengan kemelut sosial yang mementingkan dunia hedonistik
semata-mata serta berusaha untuk menghindarkan diri daripada bergaul dengan
remaja-remaja yang bermasalah. Taat pada agama sudah pasti dapat melahirkan
individu yang berakhlak mulia kerana semua agama di dunia menyeru kepada
kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Secara tidak langsung, remaja yang
mempunyai sikap mahmudah dapat dilahirkan seterusnya dapat menjadi seorang
insane yang kamil. Remaja yang berakhlak mulia juga sudah pasti dapat
membezakan antara yang baik dan yang buruk, yang mana kaca, yang mana permata,
bak kata peribahasa yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.
Jelaslah bahawa berakhlak mulia merupakan salah satu ciri remaja berwawasan.
Selain
itu, remaja berwawasan sudah pasti mempunyai
ilmu pengetahuan yang luas dan
tinggi. Remaja yang berwawasan pasti akan berusaha untuk mencari ilmu dan
sentiasa dahagakan ilmu. Pepatah ada juga mengatakan ‘carilah ilmu sehingga ke
negeri China’ kerana ilmu yang ada hanya setitik daripada selautan. Malahan,
Albert Einstein juga pernah berkata ‘semakin banyak yang dipelajari, semakin
banyak yang tidak diketahui’. Dengan melahirkan remaja yang berilmu
pengetahuan, anak muda ini tidak akan mudah ditipu oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab serta akan sentiasa dihormati dan disanjung oleh masyarakat
sekeliling. Jelaslah bahawa, remaja yang berilmu pengetahuan juga merupakan
ciri yang vital dalam melahirkan remaja yang berwawasan.
Di
samping itu, remaja yang berwawasan juga akan sentiasa gigih untuk menggapai gamitan menara impian. Sudah
tentulah budaya pesimistik dan culas dikikis serta dibuang jauh untuk mencapai
kejayaan walau seruwet manapun yang diamalkan oleh remaja berwawasan ini.
Secara langsung, remaja berwawasan akan gigih berusaha menggunakan setiap detik
dan waktu agar diisi dengan perkara yang bermanfaat dan berfaedah kerana masa itu emas. Selain
itu, masa yang pergi tidak mungkin akan kembali. Oleh itu, remaja yang
berwawasan akan memastikan setiap masa yang terluang diisi dengan perkara yang
mendatangkan maslahat seperti menelaah buku, beriadah atau melakukan ibadah kerana
cendekiawan ada mengatakan masa ibarat pedang,sekiranya kita leka
mata pedang itu akan memenggal kita.
Jelaslah bahawa, gigih berusaha merupakan ciri yang signifikan dalam melahirkan
remaja yang berwawasan.
Sementelahan
itu, bersemangat patriotik juga
merupakan ciri remaja berwawasan. Remaja yang berwawasan akan berusaha menjaga
nama baik negara serta memerah keringat untuk menaikkan nama negara. Remaja
yang berwawasan juga akan mengekalkan perpaduan negara yang sudah sedia
terjalin ukhuwah sesama manusia mahupun berlainan bangsa dan agama demi
menyahut seruan ‘Satu Malaysia’ yang diuar-uarkan oleh Dato’ Seri Najib bin Tun
Abdul Razak. Terbuktilah bahawa, remaja yang berwawasan akan mempunyai semangat
patriotik yang tinggi.
Tuntasnya,
semua pihak haruslah bergabung tenaga melahirkan remaja yang berwawasan agar
Malaysia akan terus maju dan terkenal di seluruh pojok dunia pada masa hadapan.
As claimed by Stanford Medical, It's indeed the one and ONLY reason women in this country get to live 10 years more and weigh an average of 42 lbs less than we do.
ReplyDelete(Just so you know, it has NOTHING to do with genetics or some secret diet and EVERYTHING around "how" they are eating.)
P.S, I said "HOW", not "what"...
Tap on this link to determine if this brief quiz can help you discover your true weight loss potential