- Dahaga bukan petanda terbaik memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang.
- Apabila kita berasa dahaga , badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair. kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.
- Badan lelaki memerlukan 55 hingga 65% air manakala wanita memerlukan 50-55% air sebagai pelarut, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.
- Kandungan air di dalam badan seseorang berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing.
- Umumnya jumlah peratusan kandungan air orang yang tidak banyak lemak lebih tinggi berbanding orang yang mempunyai banyak lemak.
- Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari walaupun seseorang itu tidak aktif.
- Tanpa air yang cukup, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan.Bentuk dan saiz otot turut berubah.
- Lebih malang jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.
- Sikap tidak suka minum air masak juga sebenarnya menyeksa organ di dalam badan terutamanya buah pinggang kerana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi menapis bahan-bahan toksik daripada air.
- Kesimpulannya orang yang berbadan besar lebih banyak kekurangan air berbanding orang yang kurus.
Tanda Kekurangan Air
- cepat letih
- terlalu dahaga
- mulut kering
- mengantuk
- air kencing sedikit dan pekat
- air mata terlalu sedikit
- lemah otot
- sakit kepala dan pening
Kesan kekuarangan air yang serius
- menyebabkan tekanan darah rendah
- denyutan jantung menjadi cepat
- kurang berpeluh
- Mata cengkung
- kulit menjadi kering dan tidak kenyal
- demam
- pengsan
- meracau
Semakin berusia, kebolehan badan untuk mengekalkan kandungan air dalam badan menurun dan deria mengesan dahaga juga berkurang.
Minumlah air sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter sehari.
No comments:
Post a Comment