Saturday, March 6, 2010

Aksi-aksi penonton......





Reaksi dan aksi penonton sama penting dengan aksi pemain.....sokongan dan sorakan mereka dari belakang memberi semangat kepada pemain untuk terus berjuang hingga ke titisan peluh terakhir.....

De Lagi Gambar





LAGI GAMBAR-GAMBAR PERLAWANAN SOFTBALL





PERLAWANAN PERSAHABATAN SOFTBALL GURU-GURU SMKS VS PELAJAR INSTEADT






Pada 2 Mac 2010 telah diadakan perlawanan softball antara guru lelaki SMKS dan pelajar insteadt. Perlawanan dimulakan tepat pada jam 3.30 petang. Objektif perlawanan ini ialah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua pihak dan mendedahkan teknik dan strategi permainan kepada pelajar-pelajar insteadt itu sendiri. Kalangan guru-guru lelaki yang bermain dalam perlawanan persahabatan itu adalah terdiri daripada jurulatih softball pasukan sekolah. Pada akhir perlawanan guru-guru SMKS telah mendahului dengan 13 mata berbalas 7....tahniah!!!!
Diharapkan perlawanan seumpama ini dapat diteruskan pada masa-masa kan datang.

Thursday, February 25, 2010

Tatabahasa: Soalan 3 (e)

Bahagian 2

Simpulan Bahasa

1. Ada hati
maksud :kemahuan / berhajat akan sesuatu

2. Buah hati
maksud: kekasih / orang yang dicintai

3.Langkah kanan
maksud: bernasib baik/bertuah

4. Kecil hati
maksid: tersinggung/terguris

5. Ayam tambatan
maksud: orang yang menjadi harapan dalam pasukan(biasanya permainan)

6. Buah tangan
maksud:hadiah

7. Mandi peluh
maksud: bekerja dengan sepenuh tenaga

8. air muka
maksud: maruah

9. Bau-bau bacang
maksud: ikatan persaudaraan yang jauh

10. Ikat perut
Maksud: mengurangkan makan kerana tidak mampu/miskin

11. Anak emas
maksud: orang yang disayangi

12.Asam garam
maksud:pengalaman

13. Bulat kata
maksud:sepakat/muafakat

14. Tangan terbuka
maksud: bersedia memberi pertolongan dengan rela hati/ murah hati

15. pelanduk dua serupa
maksud: dua orang yang mempunyai iras wajah yang sama.

16. nyawa-nyawa ikan
maksud: hampir-hampir mati

17. Buat duit
maksud:bekerja keras untuk mendapatkan wang

18. Duit terpijak
maksud: rezeki /wangyang diperoleh tanpa disangka-sangka

19. Ringan tulang
maksud: orang yang rajin

20. Atas pagar
maksud: orang yang berkecuali/tidak menyebelahi mana-mana pihak

Tatabahasa: Soalan 3 (e)

Bahagian 1

Peribahasa/simpulan bahasa
Aplikasi Soalan dalam peperiksaan SPM

i. Menyatakan maksud peribahasa/simpulan bahasa
ii. Menyatakan peribahasa /simpulan bahasa berdasarkan maksud
iii. Menyatakan peribahasa/simpulan bahasa berdasarkan ayat
iv. Membina ayat berdasarkan peribahasa/simpulan bahasa
v. Menyatakan peribahasa/simpulan bahasa berdasarkan situasi dalam ayat / dialog
vi. Menyatakan peribahasa/simpulan bahasa yang sama maksud


MESYUARAT MAJLIS GURU CEMERLANG KALI PERTAMA SESI 2010




Pada 25 Februari 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Laksamana, Majlis Guru Cemerlang Daerah Kota Tinggi telah mengadakan pertemuan pertama dengan ahli-ahlinya. Mesyuarat yang bermula pada jam 8.00am telah dihadiri oleh seramai 32 orang guru cemerlang Daerah Kota Tinggi. Pelbagai agenda yang dibincangkan antaranya membentangkan minit mesyuarat yang lalu, kewangan, pembentangan pembinaan blog, pembinaan modul soalan dan hal-hal lain. Secara keseluruhan mesyuarat kali pertama ini dapat berjalan lancar dengan adanya kerjasama daripada semua guru cemerlang yang hadir. Moga kerjasama yang ditunjukkan pada hari ini akan dapat diteruskan bagi menjayakan program-program yang akan datang.