Friday, October 28, 2011

SOALAN PERCUBAAN SPM 2011: NOVEL (ASPEK KESUSASTERAAN YANG KERAP DITANYA)

1. Tema (Berita Harian, Johor, WP KL)- soalan a.

2. Watak Perwatakan Utama (Berita Harian, SBP,SYIK,Negeri Sembilan,Pahang,Perlis)- a(2 soalan) b (4 soalan)

3. Persoalan (Sabah, Terengganu,N.Sembilan,Selangor,Pahang, MRSM, Perak, Perlis)-a(4 soalan) b (4 soalan)

4. Nilai (Terengganu,Selangor, Kelantan, Pulau Pinang, MRSM, Sarawak Zon A)- a(3 soalan) b (3 soalan).

5. Latar Masyarakat (Kedah, SYIK, Johor, WP KL,Kelantan,Sarawak Zon C)-b (5 soalan)

6. Peristiwa Penting yang menggambarkan aspek nilai, latar, teladan(pengajaran),persoalan,konflik, unsur suspen, peristiwa menarik dan peristiwa menyayat hati (Kedah,Perak,WP KL,Selangor, Kelantan, pulau Pinang, Pahang, Sarawak Zon a,Melaka, Sarawak Zon C)

KOLEKSI SOALAN NOVEL PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2011

BERITA HARIAN(SKOR)
a. Tema salah sebuah novel
b. perwatakan watak utama dalam dua novel

SBP
a. Huraikan dua teknik plot yang digunakan oleh pengarang berdasarkan novel yang anda pelajari.
b. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari huraikan satu perwatakan watak yang boleh dijadikan teladan dalam kehidupan sehari-hari.

KEDAHa
a. Dua peristiwa yang menyayat hati dalam satu novel.
b. Latar Masyarakat dalam dua novel.

SABAH
a. Dua teknik penceritaan dalam satu novel.
b. Satu persoalan dalam setiap dua novel.

TERENGGANU
a. Huraikan dua persoalan dalam sebuah novel.
b. Berdasarkan dua buah novel, jelaskan satu nilai murni yang terdapat dalam setiap novel.

SEKOLAH-SEKOLAH YAYASAN ISLAM KELANTAN
a. huraikan dua konflik oleh watak utama dan bagaimana diselesaikan- dalam satu novel.
b.Perbandingan dua latar masyarakat dalam setiap novel.

NEGERI SEMBILAN
a. Dua persoalan dalam satu novel.
b. Perbandingan dua novel- bandingkan satu perwatakan watak utama.

JOHOR
a. Huraikan tema novel.
b.Perbandingan satu latar masyarakat dalam setiap novel yang dikaji.

WP KL
a. Nyatakan dan huraikan tema novel.
b. Huraikan tiga peristiwa yang memperlihatkan latar masyarakat yang prihatin terhadap masalah orang lain.

SELANGOR
a. Huraikan dua peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang.
b. Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam dua novel.

KELANTAN
a. peristiwa yang mempunyai nilai murni.
b. Perbandingan satu latar masyarakat dalam setiap novel.

PULAU PINANG
a. Nilai kasih sayang digunakan dalam novel. Berikan dua peristiwa.
b. Peristiwa negatif membawa teladan dalam kehidupan kita. Berikan dua peristiwa tersebut berdasarkan dua novel yang telah anda kaji.

PAHANG
a. Dua peristiwa perwatakan watak utama.
b. perbandingan- satu peristiwa yang memaparkan persoalan kasih sayang dalam setiap novel.

MRSM
a. Huraikan dua persoalan dalam novel.
b. Berdasarkan sebuah novel, huraikan dua persoalan yang menunjukkan nilai tanggungjawab.

PERAK
a. Dua peristiwa yang menarik dalam novel.
b. Perbandingan dua novel- persoalan kasih sayang.

SARAWAK ZON A
a. Huraikan perasaan anda setelah selesai membaca novel dan sebab-sebab anda berperasaan demikian.
b. Perbandingan satu peristiwa yang menggambarkan nilai kegigihan dalam setiap novel.

MELAKA
a. Dua peristiwa yang menunjukkan pertentangan antara watak dalam satu novel.
b. Perbandingan latar tempat.

SARAWAK ZAON C
a. Nyatakan dua peristiwa yangmengandungi unsur saspens.
b. Perbandingan : satu persamaan dan satu perbezaan latar masyarakat.

PERLIS
a. Huraikan dua persoalan dalam satu novel.
b. Berdasarkan dua novel yang dikaji, huraikan perwatakan watak utama.

Monday, October 24, 2011

CARA-CARA ANDA MENGHARGAI JASA DAN PENGORBANAN GURU

Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Begitulah tadi bait-bait puisi yang diungkapkan oleh Datuk usman Awang bekas Sasterawan Negara pada tahun 1979 yang bertajuk Guru Oh Guru. Ternyata puisi tersebut mengiktiraf guru sebagai insan murni yang bertungkus-lumus mencurahkan bakti demi mendidik anak bangsa menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi, intelektual dan sosial (JERIS). Dalam proses manuntut ilmu pengetahuan, guru dikatakan pelengkap untuk memacu pembangunan minda dan intelektual seseorang. Dalam konteks negara pula, guru dapat diinterpretasikan sebagai permata yang amat berharga bagi memastikan negara berada pada landasan yang tepat agar dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain yang maju. Justeru, sememangnya jasa dan pengorbanan yang dicurahkan oleh guru perlu dihargai, hatta dengan lemparan senyuman kejujuran tanda terima kasih daripada pelajarnya.

Pelajar ialah individu yang sepatutnya menghargai jasa dan pengorbanan guru. Hal ini kerana pelajar merupakan individu yang paling hampir dan amat mendambakan ilmu daripada guru untuk bekalan menempuhi pelbagai ranjau dan liku kehidupan masa hadapan. Sebagai pelajar, mereka perlu berkelakuan baik terhadap guru walaupun di mana-mana mereka berada. Pelajar harus senantiasa menghormati guru, bersopan-santun dan berbudi pekerti mulia apabila berhadapan dengan guru mereka. Sebagai contoh, perbuatan memberi salam dan mengucapkan salam sejahtera serta menggunakan nada yang lembut semasa berkomunikasi adalah amat dituntut daripada pelajar. Uslub ini bukan sahaja dapat menghargai jasa dan epngorbanan guru, bahkan juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara guru dengan pelajar, bak kata pepatah orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Semasa di dalam kelas, pelajar yang menghormati guru tidak sesekali membuat bising sehingga mengganggu guru menjalankan tugasnya. Tegasnya, berbudi bahasa serta beradab sopan merupakan amalan terpuji bagi menghargai guru yang mengajar serta mendidik kita.

Selain itu, pelajar perlu belajar bersungguh-sungguh untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru. Belajar bersungguh-sungguh bukan sahaja penting untuk kecemerlangan diri tetapi dalam masa yang sama mampu mengharumkan nama sekolah. Kecemerlangan yang diperolelh secara langsung dapat menyejukkan hati guru yang mengajar para pelajarnya. Sebagai contoh, pelajar perlu bertungkus-lumus dan berhati waja untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam semua peperiksaan yang diduduki seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah Malaysia(STPM).Kejayaan yang tercipta diumpamakan sebagai hadiah berharga serta memastikan jerih payah guru tidak sia-sia dan berlalu begitu sahaja ibarat mencurahkan air ke daun keladi ataupun mencurahkan garam ke laut. Dalam hal ini, pelajar seharusnya sedar bahawa guru tidak pernah meminta apa-apa balasan daripada kejayaan yang tercipta tetapi cukup sekadar ucapan terima kasih yang kadang kala amat sukar dilafazkan.

Di samping mencipta kecemerlangan dalam bidang akademik, para pelajar seharusnya tidak melanggar disiplin serta melibatkan diri dengan kegiatan negatif yang boleh merosakkan nama baik guru dan sekolah. Fenomena ini perlulah diberikan perhatian oleh para pelajar kerana pelbagai perkara negatif yang dilakukan oleh pelajar sama ada di sekolah atau di luar kawasan sekolah seolah-olah menggambarkan kegagalan guru mendidik para pelajarnya. Antara ciri pelajar berdisiplin ialah mereka sentiasa datang awal ke sekolah, sentiasa menepati masa, tidak terlibat dalam gangsterisme, vandalisme mahupun ponteng sekolah. Walaupun sesetengah kes dianggap terpencil, tetapi tetap digunakan utnuk menghukum semua guru di seluruh negara seperti kata peribahasa kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Oleh itu, untuk mengelakkan pandangan sinis masyarakat terhadap tugas dan peranan yang dimainkan guru, para pelajar perlulah sentiasa mengamalkan perbuatan yang positif serta menjauhkan diri daripad terlibat dengan gejala negatif selepas tamat masa persekolahan. jelaslah, pelajar yang mematuhi disiplin umpama memberikan penghormatan kepada guru yang telah banyak berjasa.

Seterusnya, pelajar perlu prihatin dan menunjukkan kasih sayang terhadap guru. Amalan mengingati dan menghargai jasa guru adalah amalan mulia. para guru akan merasakan bahawa jasa mereka dihargai walaupun mereka tidak lagi berkhidmat sebagai pendidik. Kita boleh menghargai jasa guru dengan meraikan sambutan Hari Guru pada tanggal 16 Mei setiap tahun. Dalam hal ini sambutan Hari Guru perlulah diraikan sebaik mungkin dan tidak sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Semas sambutan Hari Guru, para pelajar boleh mengambil kesempatan untuk memberikan sedikit hadiah atau cenderamata kepada guru-guru yang mengajar mereka sebagai menyatakan terima kasih kepada insan yang diibaratkan lebah yang menghimpunkan madu kepada mereka. Hadiah yang diberikan tidak semestinya berpaksi kepada wang ringgit semata-mata tetapi mestilah disertai dengan hati yang tulus lagi ikhlas. Jika tidak mampu memberi hadiah, ucapan selamat hari guru sudah cukup bermakna buat para guru. Sesungguhnya guru tidak pernah menagih apa-apa jua balasan daripada anak didiknya walaupun telah banyak ilmu ditumpahkan kepada mereka.

Menziarahi guru ketika mereka mengalami kesusahan atau sakit juga cara kita menghargai jasa dan pengorbanan para guru. Sebagai manusia tentunya para guru menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan. Tamsilnya guru mungkin ditimpa kemalangan, bencana, menghidapi penyakit dan sebagainya. Sebagai murid, kita perlu menziarahi mereka jika mereka menghadapi situasi tersebut sebagai tanda melahirkan rasa simpati ibarat cubit peha kanan peha kira terasa sakitnya. Ketika menziarahi mereka sakit, kita perlulah membawa buah tangan sebagai tanda kita bersimpati terhadap mereka. Jika mereka mengalami kemalangan atau bencana alam, kita perlu mengutip derma bagi meringankan beban yang mereka tanggung. Jelaslah bahawa frasa 'guru, jasamu dikenang, budimu disanjung' bukanlah sekadar omongan kosong kerana pengorbanan guru sentiasa dikenang oleh para pelajar. Dengan berbuat demikian kita dapat mengurangkan beban dan masalah yang dihadapi guru. Mudah-mudahan Tuhan akan memberikan ganjaran atas kebaikan yang kita berikan.

Selain itu, kita juga boleh menghargai jasa guru dengan mendoakan kesejahteraan guru yang telah mengajar dan mendidik kita. Mendoakan kesejahteraan guru sama ada semasa hayatnya atau sesudah mereka kembali ke rahmatullah membuktikan kita sentiasa mengenang jasa mereka. Kita perlulah mendoakan mereka agar sentiasa sihat sejahtera dan dielakkan daripada segala bahaya. Hal ini kerana jika guru sihat sudah tentu mereka akan dapat menjalankan tugas mendidik kita dan generasi seterusnya dengan sempurna. Bagi mereka yang telah meninggal dunia, kita perlulah mendoakan agar dosa-dosa mereka diampunkan agar mereka sejahtera di alam barzakh. Sesungguhnya harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan sudah tentu jasa serta pengorbanan guru akan terus dikenang sepanjang masa. Dalam hal ini, tidak rugi sekiranya kita berdoa untuk kebahagiaan dan kesejahteraan orang lain apatah lagi guru yang telah banyak berjasa kepada kita. Sesungguhnya guru, 'jasamu seharum limau kasturi yang terus mewangi mengiringi kejayaan seseorang anak didikmu'.

Konklusinya, guru merupakan insan mulia yang sepatutnya dihargai oleh setiap insan. Sudah terang lagi bersuluh, jasa dan pengorbanan seseorang guru sukar untuk dibalas walau dengan menghadiahkan mereka segunung intan. Tanpa guru siapalah kita kerana gurulah yang mengajar kita mengenali erti kehidupan. Tanpa jasa dan pengorbanan guru yang berkaliber dan tidak eprnah mengaku kalah dalam perjuangan mereka, nescaya sukar untuk pemimpin atasan melaksanakan visi dan misinya mencapai wawasan negara maju pada tahun 2020. Justeru, marilah kita bersama-sama menghargai jasa guru agar ilmu yang kita peroleh daripadanya mendapat keberkatan daripada tuhan. Untuk itu marilah kita renung bait-bait puisi di bawah.

Guru,
kau ibarat dian yang membakar diri
melahirkan insan yang lestari
tanpa mengira waktu dan hari
segala ilmu dicurah dan diberi
kerana kau sedar tanggungjawab yang diberi
tanpamu negara tak mungkin teguh berdiri.

Sunday, October 23, 2011

Soalan 2:Peranan ibu bapa dalam menangani masalah ponteng sekolah

Dalam keghairahan dan obses mengejar serta merentasi momentum sirkulasi arus modenisasi yang giat bermain-main di mata masyarakat dunia, kita tersentak dengan variasi kemelut yang ditimbulkan oleh golongan yang berstatuskan pelajar. Sebagai analoginya ponteng sekolah. Masalah ini juga acapkali mendapat tempat di mana-mana tabloid seta media elektronik. Oleh itu, ibu bapa yang menjadi tonggak utama dalam sesebuah institusi keluarga , seyogianya bergerak secara aktif serta memainkan peranan mereka dalam usaha mencantas sedikit demi sedikit tabiat ini agar masa depan anak-anak mereka tidak gelap.

Antara peranan ibu bapa untuk mengatasi masalah ini ialah ibu bapa wajib memberikan didikan agama secara total selain memberi limpahan belaian kasih sayang terhadap anak-anak mereka. Hal ini kerana remaja yang umur baru setahun jagung dan darah baru setampuk pinang akan mudah tergelincir daripada landasan keimanan. Lumrah jika dikatakan bahawa anak berdarah muda pada era ini ialah golongan yang sering terpengaruh terhadap persekitaran mereka apatah lagi mereka terpaksa berhadapan dengan dunia zaman sekarang yang sarat dengan gelombang muatan cabaran reformasi. Jika dilihat dari sudut zahirnya memangnya tidak dapat dinafikan lagi ibu bapa pada era ini kurang memberikan tumpuan dan fokus terhadap anak-anak lantaran terlalu rakus mengejar fatamorgana mereka dalam aspek material. Hal ini secara tidak langsung memberi peluang kepada anak-anak untuk melakukan perkara –perkara negatif tamsilnya ponteng sekolah, melepak dan terlibat gejala-gejala yang menjerumus mereka ke kancah bertunjangkan maksiat. Ibu bapa dinasihatkan agar tidak terlalu berjerih payah mengejar harta dunia yang sama sekali tidak kekal ini sebaliknya meluangkan masa sebanyak mungkin mendidik anak-anak agar menjadi insan yang syumul dari aspek zahir mahupun batin.

Selain itu, ibu bapa wajar memantau sebarang aktiviti yang dilakukan dan dengan siapa mereka berkawan. Mengikut perangkaan yang sahih lagi tepat dikeluarkan oleh akhbar Utusan Melayu Jun lalu mengatakan bahawa majoriti golongan pelajar yang terlibat dengan masalah ponteng sekolah, vandalisme dan budaya kuning bukanlah semata-mata dipengaruhi faktor dalaman. Mereka turut dipengaruhi oleh faktor luaran iaitu bahana anasir-anasir luar yang telah berjaya mempengaruhi mereka sehingga mereka tersasar jauh daripada matlamat sebenar. Anasir-anasir itu tidak lain tidak bukan ialah kawan-kawan pelajar itu sendiri. Secara zahirnya pelajar lebih cenderung untuk mendengar kata rakan-rakan ,mereka ibarat lembu cucuk hidung kerana diri mereka akan berasa terlalu kerdil dan bimbang diperlekehkan oleh rakan-rakan kerana tidak mahu mengikut perkara negatif yang dilakukan. Hal ini sekali gus mengakibatkan banyak artikel mengenai gejala tidak sihat yang melibatkan ramai pelajar khasnya pelajar Melayu telah terpampang di dada-dada akhbar. Izharnya, ibu bapa seharusnya memantau aktiviti dan gerak -geri anak-anak mereka agar tidak terus didominasi oleh anasir-anasir luar yang boleh mengakibatkan demoralisasi selain tidak bercermin di air keruh. Perkara ini dilakukan bukanlah untuk mengongkong anak-anak malahan sebagai satu formula bagi menyelamatkan masa depan anak-anak kelak.

Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang, kita hampir setiap hari disogokkan serta dihidangkan dengan limpahan cerita-cerita moden yang tidak elok ditonton oleh pelajar di kaca televisyen. Tidak ketinggalan adpertensi-adpertensi turut serta mempromosikan iklan yang tidak berfaedah untuk santapan ramai. Perkara ini merupakan salah satu elemen utama pelajar acapkali ponteng sekolah dek terlalu ghairah menonton televisyen yang sememangnya menghidangkan variasi rancangan untuk santapan khas mata manusia spesifiknya bagi mereka yang melanggani Astro. Hal ini bukan sahaja merugikan masa mereka malahan turut membazir wang kerana terpaksa menanggung caj elektrik yang tinggi. Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda iaitu membazir itu amalan syaitan dan mereka yang suka melakukan pembaziran sesungguhnya sahabat syaitan yang nyata. Oleh itu, peranan ibu bapa dalam membendung masalah ini amat diperlukan. Ibu bapa seyogianya mengawal secara rapi rancangan yang ditonton anak-anak mereka kerana perkembangan sains dan teknologi yang kian pesat bak cendawan tumbuh selepas hujan pada mutakhir ini menyaksikan pelbagai rancangan yang disiarkan adalah semata-mata mahu menunjukkan budaya hedonistik yang kian menular.

Di samping itu, ibu bapa juga mesti memberikan anak-anak nasihat dan membentuk peribadi mereka agar luhur dan suci dipandang masyarakat sarwajagat. Selain mengelakkan mereka daripada dunia atau alam ponteng sekolah. Ibu bapa wajar memberi nasihat kepada anak-anak relevan dengan kehendak zaman. Sahabat Rasullah s.a.w iaitu Saidina Abu bakar As- Siddiq r.a pernah bersabda yang bermaksud didiklah anak-anakmu mengikut zaman mereka. Selain itu falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menggariskan empat mekanisme yang vital dalam usaha menjana satu produk modal insan untuk menghadapi cabaran kerja yang mencabar selain seimbang dari aspek mentaliti dan rohani. Empat kriteria yang dimaksudkan ialah spiritual, jasmani, emosi dan intelek yang merangkumi asas pembinaan modal insan yang memiliki standard kualiti minda kelas pertama dan kepimpinan transenden selaras dengan strata negara bitara lain tamsilnya Jepun, China dan Amerika Syarikat ibarat duduk sehamparan, berdiri sepermatang dan bersukat sama paras. Oleh itu jelaslah di sini bahawa peranan ibu bapa dalam memberi nasihat serta tunjuk ajar kepada anak-anak begitu signifikan kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.

Selain itu ibu bapa juga sepatutnya meluangkan masa pada hujung minggu bersama anak-anak untuk mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga . Ibu bapa seharusnya membawa anak berlibur ataupun berdarmawisata di tepi pantai yang bersih serta indah disulami ombak yang memukul pantai. Hal ini sedikit sebanyak dapat menghilangkan tekanan di tempat kerja untuk para ibu bapa dan tekanan selepas sehari suntuk sibuk menelaah buku bagi pelajar. Dengan cara ini sekali gus dapat menghalang daripada berlakunya gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa jauh perjalanan luas pandangan . Dalam konteks ayat ini dapat dirumuskan bahawa bercuti bukan sahaja sebagai medium untuk menghilangkan tekanan malahan dapat menimba ilmu pengetahuan mengenai keindahan alam semulajadi atau boleh diklasifikasikan sebagai ilmu alam.

Secara ijmalnya, peranan ibu bapa dalam membendung kemelut gejala ponteng yang frekuensi bergelut ini seharusnya dijalankan. Ibu bapa seyogianya mengembleng satu adunan usaha yang cukup mantap dengan mengimplementasi variasi uslub. Formula dan pedagosi yang pragmatik dan proaktif untuk membentuk kembali peribadi anak-anak selain menggalakkan mereka membuat anjakan paradigma kerana hal ini tidak wajar diambil ranca sekiranya mahu mendepani realiti dunia pascadomestik dan pascaglobalisasi yang sudah pastinya menjanjikan gelombang reformasi yang cukup padat.

Soalan: Keadaan cuaca yang tidak menentu dan aktiviti pembangunan yang tidak terancang di sesetengah kawasan di negara kita telah mengakibatkan kejadian tanah runtuh

Tulis sebuah rencana tentang cara-cara untuk mengatasi kejadian tanah runtuh.

Mengatasi Kejadian Tanah Runtuh

Oleh: Akmal Faiz bin Dhahadan

Agus anak Simbalan menangis teresak-esak . Kelopak matanya dibanjiri air mata yang terus mengalir laju. Sesekali dia menyeka air matanya yang tidak pernah kering sejak kelmarin. Pemergian ayahanda tercinta di dalam kejadian tanah runtuh itu sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikirannya. Bukit kecil di belakang rumahnya yang berdiri megah selama ini rebah lantas membawa bongkahan tanah lalu meranapkan pondok kecil tempat mereka berteduh selama ini. Begitulah situasi yang dialami oleh salah seorang mangsa tanah runtuh di perkampungan orang asli baru-baru ini. Kejadian tanah runtuh yang acapkali berlaku di negara kita akhir-akhir ini telah menggusarkan banyak pihak.

Keadaan cuaca yang tidak menentu di negara kita telah mengakibatkan kejadian tanah runtuh. Antara kaedah untuk mengatasi kejadian tanah runtuh ialah dengan menanam pokok-pokok di lereng-lereng bukit yang berisiko untuk berlakunya kejadian tanah runtuh. Disebabkan oleh statusnya sebagai sebuah negara beriklim tropika, Malaysia tidak berupaya untuk mengelak daripada ditaburi kadar hujan yang tinggi sepanjang tahun. Dengan purata taburan hujan sebanyak 165mm sepanjang tahun, ketiadaan penyerap air hujan seperti pokok mampu mencetuskan bencana tanah runtuh. Mengambil contoh daripada kejadian tanah runtuh yang berlaku di Hutan melintang Perak pada tahun 1995, kejadian malang yang meragut nyawa 15 orang penduduk perkampungan orang asli itu berlaku kerana terdapat air terjun bukit yang lalu di bukit berhampiran. Hal ini berlaku kerana bukit itu telah digondolkan bagi tujuan pembalakan. Akibatnya, struktur tanah menjadi longgar dan tidak stabil lantas menenggelamkan perkampungan orang asli yang berhampiran.

Benarlah kata pepatah orang tamak selalu rugi. Sikap pemaju perumahan yang terlalu mementingkan keuntungan telah merugikan banyak pihak. Kawasan perumahan dibina di lereng-lereng bukit seperti yang berlaku di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. Dalam usaha untuk mengatasi kejadian tanah runtuh di negara kita, seharusnya pemaju-pemaju perumahan tidak membina sebarang bangunan mahupun kawasan perumahan di kawasan lereng bukit. Apabila sesuatu bangunan didirikan di kawasan berlereng, risiko terdedah kepada bencana tanah runtuh adalah amat tinggi. Masih ingatkah lagi tentang kejadian tanah runtuh yang berlaku di kawasan perumahan elit Bukit Antarabangsa Kuala Lumpur ? Dalam kejadian tersebut sebanyak 28 buah banglo telah ranap dan ada antaranya dihanyutkan tanah yang menggelungsur dari bukit yang berhampiran. Peribahasa Melayu ada mengatakan jangan sampai pisang berbuah dua kali ,benar-benar terjadi kerana di tapak yang berhampiran juga pernah berlaku “ tragedi Highland Tower” yang turut mengorbankan anak Tun Musa Hitam Timbalan Perdana Menteri ketika itu. Bagaimanapun segala-galanya sudah terlambat kerana nasi sudah menjadi bubur.

Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Jhaziman Abu Mansur, terdapat sebanyak 1591 buah bukit, cerun dan lereng bukit yang terdedah kepada risiko bencana tanah runtuh. Walau bagaimanapun, risiko kejadian tanah runtuh dapat dikurangkan sekiranya pihak berkuasa tempatan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan cerun. Pihak berkuasa tempatan seharusnya tidak hanya goyang kaki di pejabat tetapi haruslah kerap turun padang dengan melakukan kerja-kerja penuelenggaraan cerun. Malang tidak berbau tetapi kejadian tanah runtuh dapat dielakkan melalui pengamatan selain pemerhatian seperti rekahan-rekahan kecil dan pemendapan wujud di lereng-lereng bukit. Melalui pengawasan yang berkala, pastinya bencana tanah runtuh seperti yang berlaku di sesebuah madrasah di Hulu Yam Selangor dapat dielakkan lantas menyelamatkan ratusan nyawa orang yang tidak berdosa.

Di samping itu, kerja-kerja penarahan bukit haruslah dielakkan bagi mengatasi kejadian tanah runtuh. Pengendali lebuh raya seharusnya mengambil langkah lain bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lebuh raya seperti membina terowong berbanding memotong bukit. Mengambil contoh kejadian yang berlaku di di Lebuhraya NKVE Bukit Lanjan Selangor, kejadian tanah runtuh telah berlaku dan memaksa lebuh raya tersebut ditutup kepada orang ramai selama enam bulan. Hal ini menyebabkan kerugian kepada banyak pihak kerana pengguna terpaksa dilencongkan ke lebuh raya lain yang memakan masa perjalanan yang lebih panjang berbanding perjalanan melalui lebuh raya NKVE sedia ada.

Selain itu , lereng-lereng bukit yang berisiko juga seharusnya diambil perhatian dan tindakan oleh pihak berwajib dengan membina tembok dan longkang di tepi cerun. Melalui pembinaan tembok dan longkang, aliran air hujan akan dapat disalirkan ke bawah dengan sempurna tanpa menjejaskan struktur tanah. Hal ini akan menjamin keteguhan struktur tanah serta mengelakkan tanah menggelonsor dengan lebih cepat seterusnya risiko kejadian tanah runtuh dapat dikurangkan seperti yang dilakukan di sepanjang lebuh raya Utara-selatan(PLUS). Banyak cerun atau bahagian berbukit yang dibina tembok dan longkang bagi mengalirkan air turun dengan sempurna. Di samping itu, pemaju sesuatu projek juga boleh mengurangkan risiko kejadian tanah runtuh dengan menggunakan kaedah meratakan bukit.Namun begitu, kaedah sedemikian akan mengubah geografi sesuatu tempat itu. Walau bagaimanapun , kaedah ini adalah antara kaedah yang paling selamat untuk tujuan pembangunan. Hal ini dapat dibuktikan melalui pembinaan lebuh raya karak yang sememangnya mempunyai kawasan geografi yang ber dan bercerun . Banyak bukit yang dahulunya berdiri megah kini telah tinggal nama sahaja.

Akhirul kalam, terdapat pelbagai pendekatan untuk mengatasi i kejadian tanah runtuh di negara kita. Kejadian tanah runtuh yang sering menjadi bahan berita di negara kita pasti akan dapat dikurangkan sekiranya adanya pemantauan dan kerjasama antara Jabatan Kerja Raya dengan pihak-pihak berkaitan. Kita amat berharap selepas ini tidak ada lagi kedengaran berlakunya tragedi yang menyayat hati yang membabitkan kejadian tanah runtuh. Dalam hal ini, tindakan undang-undang yang tegas dan konsisten perlu diambil kepada mana-mana pihak yang berani melanggar peraturan yang sedia ada demi kebaikan semua pihak.

Penulisan (Sesuai untuk bahan bacaan pelajar sederhana )

Soalan : Slogan “Membaca Jambatan Ilmu” menunjukkan bahawa aktiviti membaca mendatangkan pelbagai faedah kepada seseorang.

Huraikan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menjadikan membaca sebagai amalan hidup.

Dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan hari ini telah menyebabkan remaja hilang keyakinan diri dan ketahanan jiwa. Mereka lebih terdorong dan gemar melakukan pelbagai aktiviti negatif seperti berpeleseran, membuli dan vandalisme. Mengapakah mereka melakukan aktiviti yang tidak mendatangkan sebarang keuntungan kepada mereka? Tidak pernahkah terdetik dalam sanubari mereka bahawa terdapat pelbagai aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan oleh mereka khususnya membaca? Apakah yang dimaksudkan dengan membaca dan apakah kepentingannya? Membaca didefinisikan sebagai memerhati sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahami makna kandungannya, kepentingannya pula adalah untuk melahirkan individu yang berilmu pengetahuan. Hal ini kerana membacalah yang menghubungkan antara manusia dengan segala ilmu pengetahuan. Berdasarkan kajian, rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. Hal ini amat berbeza bagaikan langit dengan bumi jika dibandingkan dengan bilangan buku yang dibaca oleh rakyat Jepun. Justeru kita perlulah mencari formula terbaik persis mutiara yang buruk dibuang dengan runding, yang baik ditarik dengan muafakat untuk menjadikan rakyat Malaysia gemar membaca. Oleh itu, tanpa menuding jari ke arah orang lain kerana dikhuatiri bagai menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri, sebagai seorang pelajar dan remaja, kita perlulah mencari inisiatif dan cara yang efektif untuk menjadikan membaca itu amalan hidup.

Prakarsa pertama ialah kita perlulah rajin pergi ke perpustakaan. Marcapada , Malaysia tidak pernah ketandusan perpustakaan malah di negara ini terdapat pelbagai jenis perpustakaan. Tamsilnya, perpustakaan sekolah, perpustakaan awam dan perpustakaan bergerak. Di sini , remaja dapat membaca dan meminjam pelbagai jenis buku untuk meningkatkan ilmu pengetahuan .walaupun perpustakaan yang dipenuhi dengan buku itu ibarat lautan yang terbentang luas yang tidak mungkin dapat diterokai, remaja perlulah sentiasa berusaha dan rajin ke perpustakaan untuk membaca. Walaupun sekadar sebuah buku seminggu, ilmu yang dieroleh amat besar nilainya. Remaja juga boleh melakukan lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Negara atau perpustakaan di universiti-universiti terkemuka di Malaysia. Selain dapat menyemai minat membaca dalam diri, remaja juga dapat melihat kecanggihan teknologi yang terdapat di situ, bak kata peribahasa sambil menyelam minum air. Dengan itu, remaja perlulah rajin mengunjungi perpustakaan agar sentiasa terdorong untuk membaca.

Selain itu, remaja juga boleh ikut serta secara aktif program Nilam iaitu Nadi Ilmu Amalan Membaca. Hal ini kerana, Nilam berfungsi untuk menarik minat para pelajar membaca dalam kuantiti yang banyak. Melalui program ini, remaja perlulah membaca dua versi buku iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan kemudiannya direkodkan di dalam buku Nilam. Pelajar yang membaca dalam kuantiti yang banyak akan diberi penghargaan bermula daripada gangsa, perak , emas dan seterusnya Nilam. Malah pelajar yang aktif juga boleh mewakili sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan dalam pertandingan tersebut. Dalam program ini juga terdapat tahap rakan pembaca. Rakan pembaca berfungsi untuk menarik minat pelajar lain dan seterusnya berkongsi ilmu dengan mereka . Pelajar lain dan seterusnya berkongsi ilmu dengan meraka. Kesannya, pelajar lain juga akan turut sama menjadikan amalan membaca sebagai satu keperluan dalam hidup mereka.

Di samping itu, remaja juga perlulah aktif menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Sebagai contoh , menyertai aktiviti-aktiviti seperti membaca paling banyak, pidato dan forum semasa Program Bulan Bahasa. Selain dapat menyemai sikap membaca, remaja juga dapat meningkatkan keyakinan diri melalui aktiviti tersebut. Selain itu, pihak sekolah juga sudah pasti akan melaksanakan pelbagai program lain yang berkaitan dengan membaca. Misalnya, Satu Murid Sebuah Buku dan membaca bersama ketika ada waktu yang terluang. Justeru, pelajar tidak seharusnya melepaskan peluang keemasan ini kerana aktiviti seperti ini mendatangkan pelbagai kebaikan.

Sementara itu, remaja juga digalakkan untuk pergi ke pameran buku, ekspo dan kedai buku. Hal ini kerana, remaja akan dapat mengetahui pelbagai klasifikasi buku di sini. Misalnya, pameran buku yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan pustaka(DBP) dan Pameran Buku Kebangsaan . Di pameran-pameran seperti inilah remaja dapat membeli buku dengan harga yang murah dan berpatutan.Terdapat juga ruang-ruang khas yang disediakan sudut maklumat di pameran atau ekspo tersebut mengenai sinopsis buku-buku yang dijual . Dengan ini, remaja dapat membaca secara ringkas tentang buku-buku tersebut. Justeru, remaja bukan sahaja dapat membaca secara percuma, malah dapat menjimatkan masa , kos dan tenaga.

Remaja juga perlu menjadikan amalan membaca sebagai hobi pada masa senggang. Aktiviti ini jauh lebih baik berbanding remaja melakukan aktiviti-aktiviti yang membawa remaja ke arah negatif. Daripada remaja membiarkan masa yang terluang terbiar begitu sahaja, remaja perlu mengisinya dengan membaca kerana masa itu emas. Marcus Aurelis pernah berkata jangan membuang masa memikirkan bagaimana untuk menjadi orang yang baik, sebaliknya mulakan dengan diri sendiri dahulu. Di sini jelaslah bahawa remaja itu sendiri perlu menggalakkan dirinya agar melakukan sesuatu yang baik. Dengan itu, remaja perlulah sentiasa menggalakkkan diri sendiri agar sentiasa membaca ketika waktu senggang.

Seterusnya, remaja juga boleh membuat langganan buku pada setiap bulan. Buku-buku atau majalah yang dilanggan bukanlah sekadar berunsurkan tarbiah sahaja, tetapi juga bercorak santai. Tamsilnya, Dewan Siswa, majalah I-Sihat dan Solusi. Di rumah remaja boleh membeli buku tersebut melalui internet tau meminta bantuan guru di sekolah untuk melanggannya. Impaknya, remaja akan sentiasa membaca pada setiap masa, menjimatkan masa dan dapat mengetahui perkembangan terkini apabila melanggan buku pada setiap bulan. Remaja perlulah sentiasa berusaha ,mencari pelbagai jenis buku dengan cara melanggan buku pada setiap bulan. Persis kata peribahasa di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Remaja juga boleh menjadikan individu yang gemar membaca dan sentiasa dekat dengan buku sebagai idola. Sebagai contoh, A.Samad Said yang terkenal dengan karya puisinya,Profesor Ungku Aziz, Maru Renault dengan buku-buku sejarahnya dan penulis tersohor sharifah Abu Salem boleh dijadikan idola mereka. Apabila remaja menjadikan mereka sebagai idola, remaja akan sentiasa terdorong untuk membaca dan menjadi seperti mereka. Positifnya, remaja akan sentiasa menjadikan idola mereka itu sebagai hala tuju. Hal ini kerana ketekalan dan kejituan mereka dalam usaha menulis buku untuk dijadikan bahan rujukan harus dihargai dan dijadikan pendorong. Walaupun kini maklumat di hujung jari, tetapi tidak mungkin maklumat yang diperoleh itu menyamai secara total seperti hasil yang ditulis oleh mereka. Hal ini kerana , hanya jauhari yang mengenal manikam. Justeru , remaja haruslah menjadikan tokoh-tokoh tersohor ini sebagai idola berbanding dengan menjadikan artis sebagai pujaan hati mereka.

Prakarsa seterusnya ialah berkawan dengan rakan sebaya yang gemar membaca atau lebih dikenali sebagai ulat buku. Hal ini demikian kerana, pengaruh rakan sebaya amat kuat semasa peringkat remaja. Malah, Saidina Ali bin Abi Talib juga ada mengatakan selemah-lemah manusia adalah orang yang tidak dapat mencari rakan dan orang yang lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang dicari. Melalui kata-kata ini, dapatlah disimpulkan bahawa rakan itu amat besar nilainya dan rakanlah yang dapat memberi kita pelbagai faedah. Dengan itu, remaja perlulah arif memilih rakan seperti rakan yang rajin membaca . Jika remaja tersilap langkah dalam memilih rakan, tidak mustahil mereka akan menjadi duri dalam daging dalam hidup kita.

Konklusinya, sebagai seorang remaja kita perlulah sentiasa berusaha memajukan diri untuk jaminan masa hadapan. Hal ini kerana, remaja adalah pewaris tampuk kepimpinan negara kerana mereka merupakan pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara yang menjadi aset bernilai kepada negara dan bangsa. Janganlah biarkan usia remaja dipenuhi dengan perkara sia-sia. Kontrakdiksinya, penuhilah masa remaja kita dengan aktiviti yang berfaedah seperti amalan membaca. Remaja perlu berpegang teguh dan jitu dengan slogan Membaca itu Jambatan Ilmu dan Rakyat Membaca ,Bangsa Berjaya seperti yang diuar-uarkan oleh Pedana mMenteri Malaysia kita, dato’ seri Najib bin abdul Razak.Generasi berpengetahuan merupakan tunjang untuk merealisasi wawasan.

Saturday, October 22, 2011

USAHA-USAHA INDIVIDU MEMUPUK AMALAN MEMBACA

Dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan hari ini telah menyebabkan remaja hilang keyakinan diri dan ketahanan jiwa sehingga terdorong melakukan pelbagai aktiviti negatif seperti berpeleseran, membuli dan vandalisme. Mengapakah remaja lebih gemar melakukan aktiviti yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada mereka? Tidak pernahkah terdetik dalam sanubari mereka bahawa terdapat pelbagai aktiviti berfaedah yang boleh mereka lakukan khususnya membaca? Hal ini demikian kerana, membaca akan menghubungkan antara manusia dengan segala ilmu pengetahuan. Namun begitu, berdasarkan kajian , rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun berbanding bilangan buku yang dibaca oleh rakyat Jepun. Justeru, kita perlulah mencari formula terbaik persis mutiara kata "yang buruk dibuang dengan runding, yang baik ditarik dengan muafakat" untuk menjadikan rakyat Malaysia gemar membaca . Oleh itu, sebagai seorang pelajar dan remaja, saya perlulah mencari inisiatif dan cara yang efektif untuk menjadikan membaca sebagai amalan hidup.

Prakarsa pertama untuk menjadikan membaca sebagai amalan hidup ialah, saya perlulah rajin pergi ke perpustakaan. Marcapada , Malaysia tidak pernah ketandusan perpustakaan malah di negara ini terdapat pelbagai jenis perpustakaan, tamsilnya perpustakaan sekolah, perpustakaan awam dan perpustakaan bergerak. Di perpustakaan yang dikunjungi, saya dapat membaca dan meminjam pelbagai jenis buku untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Saya akan sentiasa berusaha dan rajin ke perpustakaan untuk membaca walaupun memaklumi bahawa perpustakaan yang dipenuhi dengan buku itu ibarat lautan yang terbentang luas yang tidak mungkin dapat diteroka. Walaupun sekadar membaca sebuah buku seminggu, dapat saya rasakan ilmu yang diperoleh amat besar nilainya. Sementara itu, saya juga akan melakukan lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Negara atau perpustakaan di universiti-universiti terkemuka di Malaysia. Selain dapat menyemai minat membaca dalam diri, saya juga dapat melihat kecanggihan teknologi yang terdapat di situ bertepatan dengan kata peribahasa sambil menyelam minum air. Ternyata pasti, dengan bersikap rajin mengunjungi perpustakaan saya akan sentiasa terdorong untuk menjadikan membaca sebagai amalan hidup.

peribahasa Melayu yang menyatakan bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan amat bersesuaian untuk saya jadikan pegangan dalam usaha memupuk amalan membaca. Kata-kata hikmat di atas akan diperjelaskan serta dibahaskan dari perspektif menyediakan sudut bacaan di rumah atau di bilik sendiri. Suka saya tegaskan bahawa perubahan diri sendiri merupakan cara paling proaktif dan mujarab untuk seseorang mencipta kejayaan. Demi memupuk budaya membaca dalam jiwa saya, saya perlu menyediakan sudut bacaan atau perpustakaan mini di rumah untuk kegunaan semua ahli keluarga. Sementelahan itu, saya perlu membeli pelbagai judul buku yang menarik dan sesuai untuk dibaca di samping mengamalkan budaya 'bed story' sebelum tidur. Neville Black, seorang ahli falsafah Barat berpendapat bahawa ilmu pengetahuan adalah senjata yang paling tajam sekiranya kita ingin bersaing dengan pihak lain pada zaman globalisasi ini. Atas kedahagaan menuntut ilmu pengetahuan, saya akan membaca dan terus membaca sehingga menjadi seorang modal insan yang brminda kelas pertama. Berdasrkan pernyataan di atas, pada hemat saya, saya perlu memupuk amalan membaca dalam diri sekali gus menjadi 'role model' kepada adik-adik saya.

Selain itu, saya juga boleh ikut serta secara aktif dalam program NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca. Hal ini kerana, NILAM berfungsi untuk menarik minat para pelajar membaca dalam kuantiti yang banyak. Melalui program ini, saya perlu membaca dua versi buku iaiatu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan kemudiannya direkodkan dalam buku NILAM. Pelajar yang membaca dalam kuantiti yang banyak akan diberi pernghargaan bermula daripada gangsa, perak , emas dan seterusnya nilam. Malah, pelajar yang aktif juga boleh mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Dalam program ini juga terdapat tahap Rakan Pembaca. Rakan Pembaca berfungsi untuk menarik minat pelajar lain dan seterusnya berkongsi ilmu dengan mereka. Kesannya pelajar lain juga akan turut sama menjadikan amalan membaca sebagai satu keperluan dalam hidup mereka. Apa yang pasti, segala keinginan untuk meningkatkan jumlah bahan bacaan yang dibaca lahir daripada diri saya sendiri tanpa wujud paksaan daripada pihak lain. Dalam hal ini , saya amat berpegang dengan ayat al-Quran yang menyatakan bahawa Allah tidak akan mengubah nasib seseorang sekiranya dia sendiri tidak mahu berubah.

Sementara itu, saya juga boleh pergi ke pameran buku, ekspo dan kedai buku. Hal ini kerana saya akan mengetahui pelbagai klasifikasi buku di sini. Misalnya pameran buku yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan pustaka(DBP) dan Pameran Buku Kebangsaan. Dalam pameran-pameran seperti inilah saya dapat membeli buku dengan harga yang murah dan berpatutan dan membaca buku secara percuma di tempat-tempat yang disediakan di pameran tersebut. terdapat juga ruang-ruang khas yang disediakan di sudut maklumat di pameran atau ekspo tersebut mengenai sinopsis buku-buku yang dijual. Dengan ini , saya dapat membaca secara ringkas tentang buku-buku tersebut sebelum membuat pilihan untuk memberlinya. Justeru, saya bukan sahaja dapat membaca secara percuma , malah dapat menjimatkan masa, kos dan tenaga. Dengan mengunjungi pameran-pameran, ekspo atau kedai buku , saya yakin akan mengenali lebih ramai rakan yang berkongsi minat yang sama iaitu membaca . Peribahasa jauh perjalan luas pemandangan amat bersesuaian dengan perkara dan situasi yang saya bincangkan di atas.

Memang tidak dapat disangkalkan bahawa negara kita sedang mengecapi perkembangan dan kemajuan dengan menongkah arus globalisasi, liberalisasi dan duniawi yang melanda seantero dunia. Oleh hal yang demikian, untuk meneruskan perjuangan kita perlu merealisasikan hasrat membentuk 'Masyarakat Pembaca Teras Negara Maju'. Saya juga berperanan penting dalam menyahut cabaran negara supaya menjadi seorang rakyat yang minat membaca. Pada dasarnya, media massa sebagai arus perdana yang berpengaruh sama ada media cetak atau media elektronik sentiasa mengadakan pertandingan atau aktiviti malahan kempen kesedaran di seluruh pelosok negara untuk memupuk minat membaca dalam masyarakat. Olah hal yang demikian, saya perlu menyertai aktiviti seperti sayembara menulis esei, syarahan dan sebagainya untuk menanam tabiat membaca. Tidak ketinggalan juga, saya dapat mengajak rakan-rakan sebaya ataupun ahli keluarga untuk menyertai kempen 'Amalan Membaca Nadi Ilmu Pengetahuan' bersama-sama. Hal ini diibaratkan sambil menyelam minum air dan serampang dua mata kerana dapat menjalinkan hubungan silaturahim serta mendapat info terkini tentang amalan membaca.

Konklusinya, remaja perlulah berusaha memajukan diri untuk jaminan masa hadapan. hal ini kerana, remaja adalah pewaris tampuk kepimpinan negara. Remaja merupakan aset negara dan amat bertepatan dengan kata-kata pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Janganlah dibiarkan usia remaja dipernuhi dengan perkara yang sia-sia. Kontradiksinya, penuhilah masa remaja kita dengan aktiviti yang berfaedah seperti amalan membaca. Remaja perlu berpegang teguh dan jitu dengan slogan 'Membaca Itu Jambatan Ilmu' dan 'Rakyat Membaca, Bangsa Berjaya' seperti yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri kita, Dato' Seri Najib Tun Ratuk mencapai wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

Penulisan ( Bahan sesuai untuk pelajar sederhana dan Lemah)







Kebaikan Budaya Membaca

Budaya membaca dalam masyarakat kerap menjadi bahan perbincangan ahli akademik dan pemimpin negara. Kajian menunjukkan bahawa budaya membaca dalam kalangan masyarakat masih rendah. Pada pandangan saya, isu budaya membaca ini tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat. Jika budaya membaca dalam kalangan masyarakat terus rendah maka hasrat pemimpin negara untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pasti terganggu. Terdapat beberapa kebaikan budaya membaca kepada masyarakat.

Kebaikan pertama budaya membaca ialah dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Dengan membaca seseorang itu dapat menambahkan pengetahuan tentang sesuatu perkara atau dapat mengetahui peristiwa-peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa ‘Membaca Jambatan Ilmu’. Sesungguhnya,terdapat banyak bahan bacaan yang boleh dibaca oleh masyarakat seperti surat khabar, majalah dan buku-buku. Oleh itu, sewajarnyalah ibu bapa membelikan bahan bacaan untuk keluarga pada setiap bulan supaya dapat menambahkan pengetahuan anak-anak.

Kebaikan seterusnya budaya membaca ialah dapat menambahkan perbendaharaan kata. Sewaktu membaca, seseorang itu akan menemui perkataan-perkataan baru yang belum pernah ditemui dalam pembacaan terdahulu. Dengan adanya perbendaharaan kata yang banyak seseorang akan lebih berupaya bercakap dengan lancar mengenai sesuatu perkara dan boleh menguasai suasuatu bahasa dengan mudah.

Budaya membaca juga membolehkan seseorang pelajar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Seseorang pelajar akan dapat memahami sesuatu tajuk mata pelajaran dengan baik jika banyak membaca atau mengulangkaji pelajaran. Pelajar boleh membaca di perpustakaan sekolah, bilik belajar atau di rumah. Jika pelajar dapat membaca buku sekurang-kurangnya dua jam sehari, pasti pelajar dapat lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.

Di samping itu , budaya membaca juga membolehkan seseorang memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Masa lapang ialah masa senggang antara dua pekerjaan.Sebagai contoh kita boleh membaca ketika menunggu bas atau menunggu kereta sewa. Penggunaan masa lapang yang baik membolehkan seseorang mendapat faedah yang banyak.

Kesimpulannya, budaya membaca banyak faedahnya kepada rakyat dan negara. Pada pendapat saya, budaya membaca ini perlu dipupuk sejak pelajar di bangku sekolah rendah lagi bersesuaian dengan peribahasa melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Kempen-kempen untuk memberi kesedaran kepada rakyat tentang kebaikan membaca perlu diteruskan dan dipelbagaikan. Dengan mengamalkan budaya membaca, hasrat Malaysia menjadi negara maju pasti akan tercapai.


KOLEKSI SOALAN-SOALAN KERTAS 1 BAHASA MELAYU PERCUBAAN SPM 2011

BAHASA MELAYU KERTAS 1

BAHAGIAN A

1. Kepentingan amalan menabung.

2. Kebaikan membeli barangan buatan Malaysia.

3. Kepentingan membaca kepada masyarakat.

4. Usaha-usaha yang boleh dilaksanakan untuk memajukan industri inap desa di negara kita.

5. Langkah-langkah merealisasikan gejala buli sifar di sekolah.


BAHAGIAN B

SOALAN 1 (Berkaitan diri / remaja)

1. Pengorbanan wanita amat besar terutamanya dalam membentuk modal insan yang cemerlang.

Jelaskan ciri-ciri wanita yang anda kagumi berdasarkan contoh yang terdapat dalam kehidupan anda.

2. Slogan “Membaca Jambatan Ilmu” menunjukkan bahawa aktiviti membaca mendatangkan pelbagai faedah kepada seseorang.

Huraikan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menjadikan membaca sebagai amalan hidup.

3. Konsep “Sekolah Dalam Taman” dapat mewujudkan persekitaran yang bersih dan cantik serta meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar. Pelbagai langkah perlu dilakukan untuk menceriakan kawasan sekolah.

Tulis langkah-langkah yang dapat anda lakukan untuk mencapai hasrat tersebut.

4. Dalam era globalisasi kini, pengaruh teknologi maklumat memungkinkan manusia berinteraksi dengan lebih mudah, cepat dan efisien.

Nyatakan pendapat anda tentang faedah-faedah menguasai teknologi maklumat kepada golongan remaja.

5. Kelulusan akademik semata-mata tidak lagi menjadi faktor penentu kejayaan seseorang pelajar setelah mereka meninggalkan institusi pendidikan formal.

Berikan pandangan anda tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang pelajar sebagai pelengkap diri untuk memasuki alam pekerjaan.

6. Semangat patriotisme perlu ada dalam diri generasi muda pada hari ini kerana mereka bakal menjadi pemimpin negara pada masa akan hadapan.

Bincangkan usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh remaja untuk memupuk semangat patriotisme dalam diri mereka.


SOALAN 2 (Berkaitan keluarga / ibu bapa)

1. Institusi keluarga yang bahagia lahir daripada anggota keluarga yang saling menyayangi dan hidup dalam keadaan yang harmoni.

Bincangkan faktor-faktor yang menentukan pembentukan institusi keluarga yang bahagia.

2. Perasaan saling menyayangi dan hormat-menghormati sesama ahli keluarga dapat membentuk masyarakat penyayang.

Berikan pandangan anda tentang peranan ibu bapa dalam melahirkan individu yang penyayang.

3. Semangat kejiranan sangat penting dalam kehidupan bermasyarakat. Ibu bapa dikatakan berperanan penting memupuk semangat kejiranan dalam kalangan anak-anak.

Tulis sebuah rencana tentang peranan ibu bapa memupuk semangat kejiranan dalam kalangan anak-anak.

4. Semangat patriotik yang semakin luntur dalam kalangan remaja kini berpunca daripada kurangnya penekanan oleh ibu bapa.

Huraikan langkah-langkah yang boleh dimainkan oleh ibu bapa untuk menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.

5. Keberkesanan peranan yang dimainkan oleh ibu bapa dalam sesebuah institusi kekeluargaan mampu menangani masalah disiplin dalam kalangan remaja.

Bincangkan.

6. Keprihatinan dan kasih sayang ibu bapa penting dalam menentukan kejayaan hidup anak-anak. Anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam majalah tempatan berdasarkan pernyataan tersebut.

Tulis rencana itu selengkapnya.

7. Ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk memupuk nilai-niai murni dalam diri anak-anak.

Huraikan pendapat anda tentang pernyataan tersebut.


SOALAN 3 (Berkaitan masyarakat / negara )

1. Dahulu, masyarakat menganggap sampah atau bahan sisa hanyalah sebagai bahan buangan yang tidak mempunyai nilai dari segi ekonomi. Kini , tanggapan tersebut telah berubah dengan adanya Program Kitar Semula. Sampah dan bahan sisa menjadi sumber penting kepada sesetengah golongan rakyat dan dapat menyelamatkan bumi.

Huraikan kepentingan Program Kitar Semula.

2. Keadaan cuaca yang tidak menentu dan aktiviti pembangunan yang tidak terancang di sesetengah kawasan di negara kita telah mengakibatkan kejadian tanah runtuh.

Tulis sebuah rencana tentang cara-cara untuk mengatasi kejadian tanah runtuh.

3. Semangat patriotik dalam jiwa rakyat Malaysia perlu sentiasa disuburkan demi kemakmuran dan kesejahteraan negara.

Bincangkan usaha yang boleh dimainkan oleh pelbagai pihak bagi memupuk semangat ini.

4. Bioteknologi merupakan proses menggunakan sel atau organisma sebagai bahan asas untuk menghasilkan sesuatu produk. Pendekatan ini sememangnya mampu membuka peluang baharu kepada peningkatan ekonomi negara. Sebagai Pegawai Jabatan Pertanian, anda dikehendaki memberikan ceramah tentang kepentingan bioteknologi dalam bidang pertanian kepada petani di tempat anda.

Tulis ceramah anda selengkapnya.

5. Anda mendapati sungai-sungai di Malaysia masih dalam keadaan yang tercemar. Sehubungan dengan itu, anda selaku pegawai alam sekitar terpanggil untuk menyampaikan sebuah ceramah . Tajuk ceramah tersebut ialah Peranan Masyarakat Dalam Memulihara Sungai-sungai di Negara Kita.

Sediakan teks ceramah tersebut selengkapnya.

6. Mutakhir ini kes penganiayaan kanak-kanak semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat di negara kita.

Jelaskan peranan masyarakat untuk membanteras gejala ini.


SOALAN 4 (Antarabangsa )

1. Pergolakan politik di sesebuah negara membawa keburukan, bukan sahaja kepada negara terbabit tetapi juga kepada negara-negara lain.

Jelaskan pernyataan tersebut.

2. Kemasukan pendatang asing yang semakin bertambah di rantau ini telah memberi kesan kepada rakyat dan negara.

Bincangkan kerjasama yang dapat dilakukan oleh Malaysia dengan negara jiran untuk mengatasi masalah tersebut.

3. Negara Malaysia mampu menganjurkan pelbagai pertandingan sukan peringkat antarabangsa seperti Le Tour de Langkawi, Piala Thomas dan Sukan Layar Piala Monsun.

Huraikan pendapat anda tentang manfaat yang diperoleh daripada penganjuran sukan peringkat antarabangsa di negara kita.

4. Peningkatan pelaburan asing boleh dilihat sebagai salah satu kayu ukur kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara.

Bincangkan faedah-faedah yang akan dinikmati oleh negara-negara terlibat dalam pelaburan asing.

5. Program Pertukaran Pelajar antara negara mendatangkan pelbagai faedah kepada pelajar dan negara yang terlibat.

Huraikan faedah-faedah tersebut.

6. Perpaduan dalam kalangan rakyat penting dalam usaha menjanakan ekonomi sesebuah negara.

Huraikan kepentingan perpaduan rakyat terhadap perkembangan ekonomi negara tersebut.

SOALAN 5 (KOMSAS)

1. Peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing bermaksud sikap bekerjasama dan tolong –menolong antara satu dengan yang lain. Peribahasa tersebut boleh dikaitkan dengan amalan hidup bermasyarakat.

Berikan pendapat anda.


2. Pisang emas dibawa belayar,

Masak sebiji di atas peti,

Hutang emas boleh dibayar,

Hutang budi dibawa mati.

Pantun di atas menjelaskan bahawa budi dan jasa seseorang perlu dihargai.

Sebagai seorang pelajar, bincangkan sumbangan yang boleh anda berikan sehingga pihak sekolah dapat menghargai budi dan jasa anda.

3. Anda bercita-cita menjadi penulis.

Huraikan persediaan yang dapat anda lakukan untuk menjadi penulis yang berjaya.

4. Pengarang sering menjadikan novel sebagai salah satu medium utnuk menyampaikan pengajaran kepada masyarakat.

Huraikan pengajaran-pengajaran yang diperoleh daripada sebuah novel yang anda baca.

5. Karya kesusasteraan Melayu mampu melahirkan generasi yang mempunyai semangat patriotik di negara ini.

Berikan ulasan anda.

6. Sempena Sambutan Hari guru Peringkat Kebangsaan, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka telah menganjurkan satu pertandingan menulis cerpen. Tema cerpen tersebut ialah pengorbanan guru. Anda ingin menyertai pertandingan tersebut.

Tulis cerpen anda itu selengkapnya.


TAJUK-TAJUK KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2011













Untuk rujukan dan ulangkaji anak-anak didik yang bakal menduduki SPM 2011 tidak lama lagi. Sama-samalah kita berkongsi idea dan bahan sebagai pecutan akhir untuk memperoleh kecemerlangan. Semoga usaha yang kita lakukan akan membuahkan hasil.
SELAMAT MENGULANGKAJI DAN SELAMAT MEMBACA...
  • Peranan individu (anda) memupuk minat membaca.
  • Peranan ibu bapa dalam memupuk budaya dalam diri anak-anak.
  • Manfaat-manfaat membaca
  • Cara-cara menghargai jasa dan pengorbanan guru.
  • Cara-cara menghargai warga tua.
  • Langkah-langkah membantu Orang Kelainan Upaya(OKU).
  • Langkah-langkah meningkatkan mutu sukan negara.
  • Usaha-usaha mempopularkan permainan tradisional.
  • Usaha-usaha menghidupkan semula budaya berpantun dalam kalangan masyarakat.
  • Faedah-faedah menganjurkan sukan peringkat antarabangsa di negara kita.
  • usaha-usaha meningkatkan semangat kejiranan.
  • Usaha-usaha mengatasi pencemaran alam sekitar.
  • Usaha-usaha mengatasi kejadian tanah runtuh.
  • ciri-ciri remaja berkualiti.
  • Keluarga impian saya.
  • Peranan ibu bapa melahirkan masyarakat penyayang.
  • Kepentingan pemakanan seimbang.