Saturday, April 10, 2010

KEJOHANAN BOLA JARING MSSM JOHOR






Pada 1 April hingg 4 April telah dilangsungkan Kejohanan Bola Jaring MSSM Johor bertempat di Dewan Sk Foon Yew 1 dan 3 dan Sk Tampoi. Dalam kejohanan tersebut Johor Bahru telah mengungguli bagi kategori bawah 15 dan 18 tahun. Manakala bawah 12 tahun telah dimenangi oleh Daerah Ledang dan Naib Johan dimenangi oleh Daerah Kota Tinggi. Tahniah diucapkan.

KURSUS KECANTIKAN DAN KESIHATAN ANJURAN MINGGUAN MALAYSIA DAN THE ZON HOTEL REGENCY






Pada 28 Mac 2010 telah diadakan bengkel kesihatan dan kecantikan di Hotel The Zon Johor. Bengkel yang berlangsung selama 1 hari telah dipenuhi dengan pengisian yang cukup padat dan bermakna. Antara agendanya ialah senaman ringkas dan petua kesihatan oleh Mak Dara (Ibu Halimah), penjagaan kewanitaan oleh Tengku Khalidah dan kepentingan air tajaan COWAY telah disampaikan oleh penyanyi terkenal Ifa Raziah. Pada bengkel tersebut juga kami telah diberi tunjuk ajar tentang teknik solekan oleh En Zamri iaitu salah seorang jurusolek artis yang terkenal. Meskipun solekan menggunakan jenama atau barangan yang murah tapi hasil sentuhan tangan En Zamri sangat menakjubkan. Bengkel sehari ini cukup menyeronokkan dan banyak memberi input yang sangat bermanfaat kepada para peserta yang menyertainya.

Kursus Komsas






Pada 5 April 2010 bertempat di PKG SK Laksamana , telah diadakan kursus dan bengkel sehari Komsas. Bengkel telah disampaikan oleh Pn. Mahnita dan Pn. Ku Sunira dari SMK Tun Habab. Sepanjang bengkel guru-guru telah menjalankan aktiviti mikro teaching dan membuat Rancangan Mengajar berdasarkan teks-teks komsas tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

lagi gambar-gambar Lawatan Muhibbah






Mesra dalam ingatan....

KUNJUNGAN MUHIBBAH SMK YUNUS KE SMKS






Pada 10 April 2010 , KBG SMK YS Kluang telah mengadakan lawatan muhibbah ke SMK Semenchu. Rombongan tiba di SMKS tepat jam 9.45 pagi. Guru-guru telah dijamu dengan pelbagai hidangan sarapan pagi yang dibawa dan disediakan sendiri oleh guru-guru SMKS. Pelbagai acara sukan telah diadakan , antaranya ialah pertandingan petanq , giant scrabble, dadu race, galah panjang , boling kelapa dan badminton. Acara sukan dimulakan tepat jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari. Sebelum pulang tetamu telah dihidangkan makan tengah hari.....emmmm .Majlis bersurai pada jam 2.00 petang....Terima Kasih kerana sudi datang ke Sekolah kami....

Friday, April 9, 2010

KURSUS PENGHAYATAN SASTERA






Pada 30 Mac hingga 1April telah diadakan kursus penghayatan dan pemantapan Kesusasteraan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di Hotel Selesa Johor Bahru. Kursus tersebut melibatkan peserta-peserta dalam kalangan guru cemerlang dari Zon tengah dan Zon selatan. Kebanyakan fasilitator terdiri daripada pensyarah-pensyarah Maktab.Sepanjang kursus selama 3 hari peserta telah didedahkan dengan pelbagai teknik pengajaran sastera yang boleh dipraktikkan di dalam bilik darjah. Guru-guru bukan sahaja didedahkan secara teori tentang teknik pengajaran tersebut, malah mereka juga telah mempraktikkannya sepanjang kursus berlangsung.Secara keseluruhannya kursus seperti ini sangat menarik dan berkesan untuk membugar kembali penghayatan dan pemahaman guru terhadap teks-teks sastera yang digunakan di dalam kelas. Guru yang terlibat dengan kursus ini juga dapat mengajar dengan gaya dan nafas baru yang pastinya sentiasa segar sepanjang zaman.